PART 3

12 2 0
                                    

"Assalamualaikum ! Mummy ! Daddy !" jerit Nabil dari luar rumah. Dah tiga kali Nabil memanggil dari luar rumah tapi satu kelibat manusia pun tidak kelihatan. Kami dah sampai di rumah banglo milik keluarga Nabil.

Nabil memandang aku. Aku masih terkial kial membuka helmet. 'Ishh ! Asal tetiba susah pula nak buka ni' rungut aku di dalam hati.

Nabil jalan menghampiri aku.

"Apa la Rin ni. Helmet pun tak reti bukak ke. Meh Nabil tolong"  kata Nabil sambil membuka helmet yang berada di kepalaku.

"Thank u" aku berkata setelah Nabil selesai membukakan helmet aku.

Nabil hanya tersenyum manis.

"Waalaikumsalam. La Nabil rupanya ! Sorry ye, Mummy tengah kemas belakang tadi. Tu yang lambat sikit menyahut" kata Datin Warda yang datang dari pintu hadapan. Datin Warda kelihatan ayu dengan memakai baju kebaya Kedah berwarna hijau pucuk pisang, dipadankan dengan kain labuh berwarna hitam. Rambut pula disanggul sederhana tinggi.

"Nabil balik ni sebab nak ambil baju je. Ha kenalkan ni kawan Nabil. Rin, salam Mummy Nabil" selepas menyalam Datin Warda, Nabil terus bersuara.

Aku tersentak mendengar apa yang di ucap oleh Nabil. 'Kawan ? Ouh aku dengan dia hanya kawan rupanya' bisik hati kecil aku. Aku gagahkan diri untuk tersenyum.

"Nurin Qaleesya. Datin panggil Rin ja" kata aku sejurus menyalam Datin Warda.

"Eh tak payah la berdatin datin ni. Panggil Auntie Warda ja. Panas la kat luar ni. Mari la masuk" kata Datin Warda dengan ramah. Dari tadi hanya tersenyum saja.

Aku dan Nabil mengikut langkah Datin Warda ke sofa berdekatan ruang makan.

"Daddy dengan Najmie mana ? Takkan Mummy duduk sorang je ?" tanya Nabil sambil memerhati sekeliling. Aku duduk di sebelah Nabil, manakala Datin Warda di hadapan aku.

"Daddy keluar kejap, jap lagi balik la tu. Najmie pergi bercuti dengan kawan2 dia, minggu depan baru balik. Tak lah, Mummy duduk dengan Bibik Santi. Bibik Santi tengah kemas stor atas" kata Datin Warda.

"Ouh. Hm Nabil nak naik atas jap, nak ambil baju. Rin sembang la dulu dengan Mummy Nabil ye" kata Nabil lalu berlari ke atas. Uish ni kalau jatuh, aku gelak je, Hahahaha.

"Rin dah kenal lama ke dengan Nabil ?" tanya Datin Warda sambil memandang tepat ke arah wajahku.

"Baru semalam je kitorang kenal" kata aku dengan perlahan. Takut ditengking oleh Datin Warda.

"Auntie bukan apa, Rin. Auntie cuma nak takut Rin kecewa di kemudian hari. Nabil ni selalu bawak balik perempuan ke rumah ni, bawak datang kenalkan kat Auntie. Tapi tak sampai 2 bulan, dia tinggalkan je perempuan tu. Pernah sekali, ada perempuan datang sini, menangis merayu kat Nabil supaya jangan tinggalkan dia, tapi Nabil buat endah tak endah je. Auntie takut benda tu terjadi kat Rin. Tapi kalau boleh, Auntie nak mintak tolong Rin ubahkan sikap Nabil tu. Dia dah terlalu banyak sakitkan hati perempuan" cerita Datin Warda dengan sayu. 'Tak sangka Nabil sekejam tu' bisik hati kecilku.

"Insyaallah, Auntie. Apa yang Rin boleh tolong, Rin tolong ye" kata aku sambil tersenyum manis kepada Auntie Warda.

"Rin ! Jom gerak sekarang. Diorang dah tunggu kita lama tu kat sana" terdengar suara Nabil. Dia kelihatan termegah megah berlari turun dari tangga. Kalut betul nampaknya.

"Kami gerak dulu ye, Auntie. Jaga diri elok elok. Assalamualaikum" kata aku sambil memeluk Datin Warda. Cuba untuk mengalurkan semangat kepada Auntie Warda.

"Bye, Mummy. Love u" sambil mengstart enjin motosikalnya, Nabil bersuara.

"Waalaikumsalam. Hati2 bawak ye Nabil. Ingat yang Nabil bawak tu anak dara orang" Datin Warda sempat berpesan kepada Nabil.

Aku dengan Nabil sempat melambaikan tangan ke arah Datin Warda sebelum memecut ke arah yang harus dituju oleh kami.

SKIP

"Asal lambat sangat kau datang kat kitorang tadi weh ? Kami semua ingat kau dengan Nabil dah melencong(?) tempat lain dah tadi" tanya Aishah kepada aku. Sekarang ni aku, Aishah dengan Dila ada dekat tandas awam Taman Belia. Kitorang tukar baju dulu sebelum mandi. Dalam tandas ni cuma ada kami berdua.

"A'ah la. Aku ingat kau dengan Nabil tak jadi datang sini tadi. Weh Rin ! story la sikit, asal kau datang lambat tadi ?" tanya Dila yang berada di sebelah Aishah.

"Alah tak kemana mana pun, Nabil tu je yang ambil baju lambat sangat. Korang tau tak, tadi aku sempat berbual dengan mummy Nabil. Auntie Warda cerita semua tentang Nabil. Nabil ni macam suka sakitkan hati perempuan, so Auntie Warda taknak aku jadi macam ex² Nabil tu la" cerita aku bersungguh sungguh kepada mereka berdua. Tapi reaksi mereka berdua ni macam hambar ja.

"Sebenarnya kan Rin, kitorang dua ni dah tau pun pasal perangai Nabil tu. Kami berdua taktau nak jelaskan macam mana kat kau" ujar Aishah dengan takut².

"La asal tak cerita je. Buat habis air liur aku je cerita panjang² kat korang tadi" kata aku sambil mencekak pinggang memandang mereka berdua.

"Kau ingat tak arwah Ika ?" tanya Dila tiba2.

"Eh ingat la. Arwah meninggal sebab bunuh diri, dia gantung diri dia kat kipas kan ?" kata aku. Dulu, cerita tentang arwah Ika ni hot, semua orang asyik cerita.

"Dia dulu ex Nabil. Dia bunuh diri sebab Nabil la. Dia couple lama kod dengan Nabil, 3 tahun rasanya. Tapi sayangnya, Nabil curang. Kawan dia semua dah nampak dah perangai sebenar Nabil ni. Kawan-ii dia dah cuba yakinkan dia yang Nabil ni bukan seperti yang dia sangka, tapi dia buat endah tak endah, dia ingat kawan dia dengki dengan kebahagiaan dia dengan Nabil. Dipendekkan cerita, masatu hari jadi Nabil. So, Ika nak buat kejutan. Dia pergi rumah Nabil, dan bila dia bukak ja pintu bilik Nabil tu, kau tau tak apa yang dia nampak ? Dia nampak Nabil dengan perempuan lain tengah berasmara kat atas katil Nabil, dua dua berbogel. Dia terus mintak putus time2 tu jugak. Aku tau cerita ni zebab masatu aku nampak dia kat tepi jalan, menangis nangis macam orang gila. Aku teman dia balik, masa aku teman dia balik tu, dia cerita semua kat aku. And tau-ii je esok tu dia dah meninggal sebab bunuh diri" cerita Dila dengan panjang lebar.

Aku yang dengar terus terdiam kelu. Aku betul2 terkejut. Tak sangka Nabil macam tu.

"Sekarang aku nak buat apa ni ? Tinggalkan dia atau terus stay dengan dia ?" aku bertanya pendapat mereka berdua.

"Terpulang kepada kau, Rin. Kau dah besar. Kau dah boleh bezakan mana baik, mana buruk. Kitorang akan sokong apa pun keputusan kau" kata Aishah sambil memeluk aku.

"Eh aku pun nak jugak" sampuk Dila lalu terus memeluk aku dan Aishah.

"Thank you korang sebab selalu ada dengan aku" kata aku sambil memeluk erat mereka berdua.

Pencuri Hati AkuWhere stories live. Discover now