Part 7

185 14 0
                                    

"Urghhh .. Sakitnya belakang badan aku" Jimin mengerang kesakitan sambil tangannya mengurut belakang badannya sendiri. Manakan tidak malam tu mereka bertiga terpaksa tidur duduk disebalik kaunter kedai tersebut.

Jimin menoleh ke kiri dan ke kanan mencari sesuatu. "Mana budak dua orang tu ? Kat tempat bahaya macam ni pun nak merayau ?" Jimin berasa pelik apabila melihat dua rakannya tiada disisinya. Tiba² kedengaran bunyi seseorang sedang menyelongkar disesuatu di tempat yang tidak jauh dari kaunter tersebut.

Belum sempat Jimin ingin mengintai disebalik kaunter tersebut, dia disergah oleh "Otak!! Otak!!" Jerit Taehyung sambil tangannya diangkat keatas lalu dibuatnya muka zombie yang tidak seberapa jadi itu.

"Arghhhh!!!" Jimin terus menumbuk muka Taehyung yang tampan itu. "Yahhh V !! Terkejut aku tahu tak ??!!!" Marah Jimin sambil tangannya mengusap dadanya. Nasib baiklah mamat ni muda lagi. Kalau tak, apalah nasib dia.

"Hyung !! Wae hyung ??!!!" Jungkook yang mendengar jeritan Jimin terus bergegas ke tempat tersebut. Tengah sedap buang air kecil, tiba² dengar suara menjerit. Mana tak cuak.

"Ahhh sakit muka aku. Kuat betul kau tumbuk muka aku. Habis hilang ketampanan muka aku ni." Taehyung menyentuh pipinya yang sakit itu. Sape suruh cari nahas.

"Ni v ni. Hyung baru bangun tidur. Tiba² hyung dengar bunyi sesuatu, hyung baru nak tengok kot² ada zombie ke apa, tapi mamat ni tak sabar nak jadi zombie sampai sergah hyung macam zombie tak betul. Kena tumbuk kat muka baru nak sedar." Bebel Jimin sambil menjeling tajam kearah Taehyung. Jungkook tergelak apabila mendengarnya.

"Hahaha. Ingatkan apalah tadi. Kookie tengah buang hajat tiba² diganggu dengan jeritan hyung. Terus kookie datang sini."

"Huhuhu. Mianhe" Ucap Taehyung lalu memberi senyuman petaknya. Jimin memandangnya seakan-akan kecik-besar-kecik-besar je.

"Oke dah². Hyung berdua sekarang lapar tak ?" Soal Jungkook apabila perutnya dari tadi asyik berbunyi meminta untuk diisi. Jimin dan Taehyung mengangguk kepala.

"Jom makan ramen nak ? Alang² kat kedai ni dah disediakan air air panas, senang nak makan." Jungkook terus berjalan kearah rak yang menyediakan pelbagai jenis ramen diikuti kedua dua hyungnya.

Setelah selesai memilih ramen kesukaan masing², mereka terus meletakkan air panas kedalam ramen cawan dan sedia untuk bersarapan.

15 minit selesai makan.

"So sekarang ni macam mana ? Nak stay kat sini sampai hyung datang tolong kita atau pergi tempat lain pula ?" Tanya Taehyung. Kepalanya cuba mengintai ke tingkap melihat keadaan sekeliling. Masih lagi sunyi seperti semalam.

"Ermm.. Kita pergi tempat lainlah pula. Kalau asyik stay sampai sini je, rasa lemaslah pula. Naklah jugak hirup udara segar." Beritahu Jungkook.

"Ishhh. Tak naklah hyung. Belum sempat nak keluar, dah kene baham otak dengan zombie." Kata Jimin sedikit gerun apabila teringat cerita zombie orang puteh yang ditontonnya minggu lepas.

"Penakut punya Jimin. Harap je ada abs dengan otot. Tapi penakut." Taehyung mengejek Jimin sambil menjelir lidah kearah Jimin.

"Kau alien !!!!!!!" Jimin terus mengejar Taehyung ke sekeliling kedai tersebut. Lalu bermulalah sesi keja mengejar Jimin.

Jungkook hanya fokus terhadap apa yang diperhatikannya. Rasa pelik mula muncul difikirannya. "Jimin hyung, v hyung" Panggil Jungkook. Matanya masih melihat keluar tingkap.

"Huh huh penat." Aduh Taehyung setelah penat dikejar lalu terduduk. 

Jimin yang baru dapat menangkap Taehyung terus memeluk tubuh Taehyung. "Dapat pun kau. Penat tau tak kejar kau." 

Bts with zombie ??!! [Malay] (On Going)Where stories live. Discover now