"Chorong, Lay ajak kita pergi jalan-jalan. Awak nak ikut sekali ke?" tanya Krystal. Mereka berdua sudah bersiap untuk keluar petang nanti. "Takpelah, kali ni saya nak bersendirian pula." Jawab Chorong sambil baca buku novel. Chorong cuba mahu bersendirian kerana mahu tenangkan dirinya. "Oh, okeylah. Kitorang pergi dulu. Jangan lupa, jaga rumah sampai kitorang balik tau." Nasihat Krystal lalu dia buka pintu. Mereka berdua sempat dengar nasihat Chorong, "Korang tu jaga diri tau. Aku takut kalau ada yang terjadi pada korang." Naeun pun berkata, "Ok, kau janganlah risau. Mereka bertiga kan ada. Diorang tau nak jaga kitorang. See you soon." Mereka berdua pun pergi dan tinggalkan Chorong seorang diri di dalam rumah.
5 minit kemudian, Chorong berasa bosan sehingga dia pun buat keputusan untuk ke taman. Dia pun bersiap untuk ke taman. Dan dia pun keluar dari rumah dan ternampak jirannya di luar rumahnya. Dia pun menyuruhnya supaya beritahu pada kawannya, Naeun dan Krystal bahawa Chorong keluar ke taman. Chorong pun keluar ke taman seorang diri.
TAMAN
Chorong sedang mendengar <LUV> di telefon sambil memasang earphone sambil melihat pemandangan di sekitar taman itu. Tiba-tiba, Ryeowook sedang berjalan ke bangku terlihat Chorong berada di depannya. Dia pun cuba tegur Chorong kerana dia pun rasa bosan tidak tahu nak buat apa di taman ini. "Annyeong, Chorong." Chorong pun terkejut dengan suara itu dan dia toleh belakang terlihat Ryeowook di belakangnya sambil tersenyum padanya. "Oh, Ryeowook. Awak buat apa kat sini?" soal Chorong. "Saje bersiar-siar kat sini ambil angin segar. Awak pula buat apa kat sini, saya tengok awak macam tengah tenangkan fikiran awak jew." tegur Ryeowook. "Haah, tahulah saya ni first time bersendirian macam ni. Awak tak ikut Lay dengan Peniel pergi jalan-jalan ke?" soal Chorong. "Takpelah, saya cuma nak luangkan masa bersendirian sekarang ni. Takpe ke kalau saya ganggu awak ni?" soal Ryeowook dengan rasa risau kalau Chorong marah padanya. "Takpelah, awak boleh temankan saya. Lagipun, saya dah lama tak luangkan masa dengan kawan baik macam awak ni, betul tak Ryeowook?" puji Chorong sambil menuding kepalanya pada Ryeowook. "Oh, apa salahnya, saya tak kisah pun." Kata Ryeowook. Mereka pun berjalan bersama-sama di taman.
Pada masa yang sama, Ryeowook cuba untuk berpegangan tangan dengan Chorong. Tapi, peluangnya terlepas selepas dia pandang langit yang hampir gelap. "Alamak, dah nak gelap ni. Lebih baik aku balik cepat sebelum mereka sampai. Ryeowook, saya nak balik dulu. Esok, kita jumpa lagi kat sekolah." Kata Chorong sambil bergegas ke rumahnya. Tiba-tiba, Ryeowook memanggilnya dan berkata, "Chorong, lepas balik sekolah, saya nak jumpa awak kat bilik muzik sekolah. Awak tunggu saya di sana. Ok?" jelas Ryeowook mengharap. "Ok, saya akan ke sana. Jumpa esok." Kata Chorong sambil lambaikan tangannya pada Ryeowook.
YOU ARE READING
My Sweet Girl
RomanceRyeowook, Lay, Peniel, Chorong, Naeun dan Krystal, mereka ialah kawan baik sejak sekolah rendah. Mereka selalu mengulangkaji bersama-sama apabila ada peperiksaan yang penting. Dan mereka selalu luangkan masa bersama pada petangnya. Tapi, Ryeowook se...