Chapter 2

12 1 0
                                    

RUMAH CHORONG, NAEUN & KRYSTAL

Chorong sedang membaca buku Fizik sambil memakai headfon dengan lagu <12:30> dari Beast dipasang. Tiba-tiba, Naeun memanggilnya, "Chorong, kau rasa kau suka siapa antara Ryeowook, Lay dan Peniel?" soal Naeun. "Entahlah, aku pun tak tahu siapa yang aku suka. Biarlah aku buat pilihan sendiri, korang ni asyik nak tanya pasal lelaki jew kenapa ni?" soal Chorong dengan rasa disyaki oleh Naeun. "Chorong, kau suka kat Ryeowook ke?" soal Krystal. Chorong terkejut apabila mereka soal begitu padanya. "Mana adalah, korang ni tuduh bukan sembarangan. Agak-agaklah nak tuduh orang macam tu." Kata Chorong dengan rasa marah. "Chorong, janganlah marah. Kitorang cuma nak soal kau jer pun." Kata Naeun dan Krystal pun tegur Chorong, "Nanti kalau kau marah selalu, nanti cepat tua, ada uban pulak tu kat rambut. Macam mana lelaki nak suka kat kau kalau kau asyik marah jer." Tegur Krystal. "Yelah, aku dah tak marah pun. Lain kali, janganlah tuduh aku bukan-bukan. Tak elok dalam kehidupan kita ni. Faham?!" amaran Chorong. "Faham, unni." Jawab Naeun dan Krystal serentak.

ESOK DI KELAS

Chorong sedang buat kad hari jadi untuk kawannya, Krystal. Semasa dia buat kad, "Tutt...tut... Tutt...tut..." telefonnya bergetar dan panggilannya itu dari kawannya, Peniel. "Nae yeobeoseyo, Peniel." Dia jawab panggilan itu. "Oh, hello. Kau buat apa sekarang ni?" soal Peniel. "Aku sedang buat kad hari jadi untuk kawan kita ni." Kata Chorong. "Siapa, Chorong?" soal Peniel seperti nak tahu siapa kawannya yang akan menyambut hari jadinya lagi 4 hari. "Cubalah awak teka siapa? Mungkin lelaki ataupun perempuan." Kata Chorong. "Hah, Krystal kan?" tekaan Peniel. "Haah, oklah aku nak sambung kerja ni. Annyeong." Dia pun memutuskan panggilan itu dan sambung kerjanya.

Selepas habis sekolah, Naeun dan Krystal balik ke asramanya, begitu juga Lay dan Peniel. Tetapi, mereka baru perasan yang Ryeowook dan Chorong tidak bersama dengan mereka. Mereka pun cuba cari mereka di luar sekolah.

BILIK MUZIK

Chorong berada di bilik muzik. Dia pun cuba cari apa yang dia patut main. Dan dia terjumpa piano dan mainkan lagunya. Tiba-tiba, dia terkejut dengan suara itu. "Hai, Chorong." Dia pun toleh belakang dan terlihat Ryeowook sedang senyum padanya. "Oh, Ryeowook. Kenapa awak suruh saya datang ke bilik ni?" soal Chorong. "Saya dengar hari jadi kawan awak, Krystal lagi 4 hari. Betul ke tekaan saya?" tekaan Ryeowook sehingga Chorong berasa risau kalau Ryeowook buat sesuatu padanya. "Betul. Kenapa dengan awak ni? Saya rasa tak sedap hati bila awak cakap macam tu pada saya." Kata Chorong dengan buat muka sedikit terkejut. "Awak ni bukan saya nak buat apa-apa kat awak pon. Janganlah takut, saya takkan apa-apakan awak pun. Cuma saya ajak awak datang ni sebab nak tanya awak jer pon." Tegur Ryeowook dengan senyumannya. "Oh, awak nak tanya apa kat saya?" pelawa Chorong untuk ditanya oleh Ryeowook. "Awak tak ada buat persembahan untuk hari jadi ke?" soal Ryeowook. "Adalah, awak kena dengar kat sana. Awak pula?" soal balik Chorong. "Adalah, tapi saya buat untuk seseorang yang saya suka sekarang ni." Jawab Ryeowook. "Takkanlah dia ni suka kat aku kot, lepas tu dia buat persembahan untuk aku. Tak percaya aku, aku bermimpi ke?" bisik hati Chorong dan merasakan yang jantungnya berdegup laju.

20 minit kemudian, mereka berdua terdengar ketukan pintu dan suara kawannya, "Chorong, Ryeowook, korang ada kat dalam ke?" tanya Krystal yang berada di luar bilik muzik. Ryeowook pun mahu keluar dari bilik itu. Tiba-tiba, Chorong halang Ryeowook dengan pegang tangannya. "Ryeowook, biar saya keluar jer. Awak menyorok kat sini dulu. Lain kali, saya telefon awak malam ni." Kata Chorong lalu dia pun cuba buka pintu untuk keluar. Ryeowook pula segera bersembunyi supaya kawan Chorong tidak tahu apa yang berlaku antara Chorong dengannya.

My Sweet GirlWhere stories live. Discover now