Alisha

762 28 0
                                    

Hi, aku alisha.

Aku tak semudah yang semua orang sangka. Aku ni hanya seorang insan biasa yg masih cuba menyesuaikan diriku terhadap persekitaran aku. Aku tahu ramai yg memikirkan bergaul dengan orang adalah mudah dan senang. Tapi apa yg aku mampu? Memang dari kecil aku didik utk tidak bergaul dengan lelaki.

Mana tak nya, dari kecil lagi aku bersekolah di sekolah perempuan. Dari tadika, pastu rendah and menengah (sekarang).. Aiyer mmg tak jumpa laki langsung lah!! Tapi bila dpt jumpa laki adui bak kata p. Ramlee "ulat bulu dah naik daun" Hahahaha. Kontrol ayu sangat lah citer dia. bila dikenangkan balik, baik juga aku dulu.

Sampai lah satu masa aku selalu teman ibuku pergi ke rumah kawan baiknya, Makcik Zati. Makcik zati ni ada seorang anak lelaki iaitu anak sulungnya yang bernama Zarif.

Pertama kali aku pandang dia, allahu sejuknya hati ni☺️!! Tinggi, memiliki susuk tubuh badan yang kurus dan berotot sedikit. Putih kudsi dan rambutnya sentiasa rapi dan kemas. Mukanya seakan akan ada campuran cina sedikit sbb dia memilik mata yang agak sepet dan itu adalah ciri ciri lelaki yg aku paling suka!!

Aku pun memberi salam setelah masuk ke dalam rumah tu dgn ibu.

"assalammuaalaikum" dan aku terkejut rupanya Zarif masih duduk disitu. Tak seperti masa kali pertama dan kedua aku datang ke rumahnya. Dia terus naik ke atas dan tidak turun bawah langsung bila aku ada.

Aku melihat dan mendengar MakcikZati menjawab salamku dengan penuh rasa gembira!
Lalu aku mendengar ada satu suara dengan penuh lembut dan perlahan menyambut salam yg ku berikan itu.
Suara Zarif tu!! Tersenyum aku.
"Omg! Dia jawab salam aku!!! aish tak lari pulak dia naik atas"
Omel aku sendirian.

Aku pun duduk dia sofa yg berhadapan dengan Zarif. Mataku cuba utk tidak memandangnya tapi haih aku tidak mampu utk menahan mata ini utk tidak melihat wajahnya yg penuh dengan kudsi itu. Aku melihat Matanya yg fokus memandang tv yg sedang menyiarkan rancangan Dai. Acah acah ustaz lah dia tu! Tgk dai pula. Fokus betul dia tgk tu. Tak pandang langsung tempat lain. Aku cuba senyum sambil melihatnya tapi tiada respon langsung.
"Pandang lah aku haish pandang lah" omel aku dgn geram di dalam hati.

Tiba tiba,
Makcik Zati datang ke ruang tamu membawa air teh panas dan sedikit kuih muih.
Aku pun menuangkan air teh ke dalam cawan cawan. Aku berdiri dan memberi kepada mak aku, makcik zati, dan akhir sekali aku memberinya kpd
Zarif. Sebelum sempat aku memberi kepada dia,
Tiba tiba kaki ku cramp dan aku hampir terjatuh di hadapannya dan tangannya terus menyambutku daripada terjatuh.....

Aku terkejut dan hilang dalam seribu kata kerana aku sekarang berada di dalam pelukannya😳

-------------------------------------------
sorry kalau ayat tak best sangat tapi i cuba lagi perbaiki okay! I akan buat citer best best utk korang! So please vote me! Hehe thankyou!😘

Memang dia suami aku!Where stories live. Discover now