Pelik

368 25 2
                                    


Sedang syok tidur,

Tiba tiba, ada orng ketuk pintu bilik ku
"Alisha bangun! Ada tetamu ni, tolong mama sediakan Air"

Aku pun pantas bangun dan lihat jam menunjukkan pukul 11.

Eh? Siapa pula dtng memalam buta ni? Haih nak tidur pun tak lena.

Aku pun dengan selamba turun ke bawah dengan pijamas dan tiada seutas benang pun yg menutup mahkota ku.

Aku turun tangga perlahan dengan mataku yg hampir tertutup.

Aku berjalan ke ruang tamu utk tgk siapakah tetamu itu..

Mataku yg layu terus terbuka luas melihat Zarif duduk di sofa rumahku.
"Eh takkanlah mimpi ni" omelku sambil gelak.
Aku cuba cubit tanganku utk bangun dari mimpi
Tapi ni bukan mimpi!
Kalau bukan mimpi apa dia buat kat sini?!

"Ha turun pun anak dara sorang ni, gi buat air tu. Eh tudung mana tudung?" Kata ibu.

Tetiba aku perasan ada mata yg memandangku semasa ibu menyuruhku,
Zarif memandangku dengan terkejut! Dan aku pun cepat cepat naik atas menyarungkan tudungku.

"Apahal dia datang sini memalam buta? Sorang pulak tu. Peliknya"

Aku pun ambil langkah utk tidak memikirkannya dan teruss pergi ke dapur membuat air dan aku hidangkan utk Zarif.

"Rif, rif buat apa dtng sini memalam?" Tanya ibu.

"Ni hah alisha, acik. Dia tu suruh arif datang sbb dia nak jumpa arif."
Eh mamat ni! Selamba badak guna nama aku utk jadikan alasan
Dan pada masa yg sama, aku teringat mesejnya

'Aku cakap bagi. Bagilah. Kalau kau tak bagi, aku cari kau dkt rumah kau sekarang ha kau jangan cabar aku'

Alamak mamat ni betul betul pulak datang haih. Menyampah betul!

"Betul ke alisha? Lisa suruh dia datang?"

'Adui, nak jawab apa ni?' Omelku.
Haaa, ni.

"Ibu, lapar lah. Amikkan biskut kat dapur nak cicah air teh. Kan zarif kan?mesti nak kan?" Jawabku sambil memandang Zarif dan senyum dengan senyuman yg tidak ikhlas.

Sebaik saja ibu pergi ke dapur,
Aku terus pandang Zarif dengan marah

"Asal kau datang sini? Nak sangat ke nombor aku? Meh sini aku bagi. Dah ada girlfriend pun nak nombor perempuan lain. Berapa banyak perempuan kau nak hah!" Kataku dengan nada yg tinggi.

Air muka Zarif terus berubah.
Mukanya mula merah seperti nak marah

Eh aku ada salah ckp ke?

"Ha apasal diam?"
Zarif masih mendiamkan diri dan memandangku dengan penuh rasa marah.

"Kau ni membuang masa aku je."
Dia terus bangun dan keluar dari rumahku tanpa bersalam dgn ibuku.

Aku pantas berlari pergi ke arahnya.

"Zarif! Kenapa ni? Kenapa kau cakap macam tu? Kenapa kau tiba tiba pergi?" Tanyaku dengan lantang.

Dia pusing dan memandangku dengan penuh rasa marah dan matanya mula berkaca.

"Sebab perangai kau sama mcm orang yang aku sayang! Sejak pertama kali aku nampak kau, kau mmg sama macam dia!! Kenapa mesti kau?!" Jerit Zarif.
Langkahnya perlahan lahan mendekatiku dan memandang tepat mata ku.
"Kenapa mesti kau?"
"Kenapa kau layan aku mcm ni?!"
"Salah ke aku nak dengan kau?!"

Aku mula berasa takut.
Tiba tiba tangannya menarik tanganku dengan kuat dan badanku ditarik ke badannya.
_____________________________

Sorry, i harini keluar dua chapters. Hahaha so hopefully korang suka lah baca citer. I will try my best to make it more interesting! Please do vote me and share it to your friends!😊

Memang dia suami aku!Where stories live. Discover now