BAB 1-I

522 36 50
                                    

Senah menyental daki-daki di setiap inci kulitnya yang putih melepak itu,apatah mimpi ayahnya ingin membawa dia makan malam di MenateKau Steak Hub yang sememangnya terkenal dengan hidangan bertaraf lima bintang 1 bulan itu.

Mandinya diteruskan dengan cepat.Senah tidak sabar menanti kejutan apakah yang dirancang untuknya.Ayahnya itu memang seorang yang menyeronokkan,sejak kehilangan ibunya,ayahnyalah yang menjaga dia bagai menatang minyak masak saji yang penuh.

"Senah!dah siap ke belum...dah lambat dah ni" jerit Joni diluar kamar mandi itu.

"Ya!nak siaplah ni..lima minit" sahut Senah.

Satu jam dua puluh tiga minit berlalu,kelihatan bayangan Senah muncul sebalik pintu utama.Senah hanya tersengih bagai kerang busuk sambil mengangkat tanganya membuat tanda peace.

"Bertuah punya anak dara, berjam-jam baru siap..dah cepat naik" arah Joni.

Senah hanya menurut kata ayahnya.Perotiga Bejja baru ayahnya meluncur laju di jalan raya dengan megahnya,kereta baru katakan.
Perotiga Keli buruk ayahnya sudah lama tersadai di belukar tebal belakang rumah.

Tiba sahaja mereka dua beranak di destinasi yang dituju,Senah Dan Joni diiring 22 gadis cantik berpakaian ala-ala Anjelina Juling.Kelakian Joni membuak melihat gadis-gadis cantik itu sebelum di tampar anak gadisnya yang geram melihat ayahnya yang sungguh miang.

"Selamat datang ayah.. opss.. pakcik dan si cantik manis Rosnah" ujar Idaman atau lebih dikenali sebagai Putera Idaman.

"Ha..ha..ha..ialah man panggil ayah pun tak apa ha..ha..ha.."

Rosnah jelek melihat kelakuan Idaman dan ayahnya itu.Putera Idaman,kasanova bertopengkan jejaka tampan lagi kaya raya.Ditambah lagi Idaman berdarah biru menyebabkan dia bertambah bongkak riak takbur dan sewaktu denganya.

Idaman menjemput Joni dan Rosnah duduk di tempat yang ditempah khasnya.Malam ini dia ada misi khas untuk menamatkan zaman bujangnya yang tak berapa nak bujang itu.

"Saya gembira sangat Rosnah dan pakcik sudi datang jemputan saya yang tak seberapa ni" kata Idaman.

"Jemputan apa ni?ayah..apa ni?"Rosnah mencelah.Berang dia kerana dibohong ayahnya.Katanya cuma makan malam keluarga sahaja.

"Shuhh..apa terjerit macam ni Senah..bukan apa kalau ayah bagitahu perkara sebenar dari awal mesti Senah tak nak ikut" terang Joni.

Idaman hanya tersipu-sipu memerhati Joni Dan Rosnah.berlagak innonncent ya,nak sahaja Senah hentak si Idaman tu ke dinding lepas itu dipijak-pijak mukanya sampai berterabur gigi.Alim-alim lembu konon.

"Betul kata ayah awak tu senah,niat abang baik cuma nak merapatkan hubangan silatturahim sesama kita sahaja"balas Idaman.

Senah terasa ingin menjolok tekaknya bila terdengar Idaman membahasakan dirinya sebagai 'abang'.Dia hanya mampu meletakkan tanganya di bahu dan mata di atas.

"Ha..ha..ha..Senah tengok tu,man kan baik orangnya,perut pun dah lapar ni,pesan makanan dulu ya"kata Joni.

Seorang pelayan menghampiri mereka bertiga."ya encik,mahu pesan apa?"

"Teh tarik 10 kaki satu dan Konoloni Keju set seorang"

"Fresh orange and steak 'medium rare'"

"Creamy green tea,chicken pie,wedges,fruit tart and steak 'very very very very well done' please"pesan Senah.

Sememangnya pesanan Senah mengejutkan Joni dan Idaman."ish makan banyak-banyak siapa nak bayar?" bisik Joni.

"Eh tak apa pakcik,kan saya yang jemput mestilah saya kena bayar,haha tak apa pesan banyak lagi" sampuk Idaman.

Joni hanya tersengih segan mendengar kata-kata Idaman.Sebaik sahaja pesanan sampai,Senah dengan gelojoh melahap semua makanan sehinggakan konoloni keju ayahpun dilahapnya.

"Hei!tu makanan ayah la"Joni menjerit pada Senah.Joni pun merebut kembali pinggan makananya,yang tinggal cuma beberapa ketul konoloni dan cebisan keju.

Nasib baik di restoran hanya mereka bertiga sahaja kerana Idaman menempah semua meja untuk lebih privasi,ya sememangnya memerlukan privasi.

"Errkkkkkkkk"

Joni dan Idaman kaget sekali lagi,disangka bumi dilanda gempa bumi rupanya hanya bunyi sendawa Senah yang bergema satu restoran.

Idaman hanya tersengih geli.Dilupakan semua tabiat buruk Senah kerana wajahnya yang cantik itu kalau tidak memang sudah di reject awal-awal.

"Syukur semua dah kenyang, baiklah kita berbincang pada topik utama..pakcik silakan"Celah Idaman.

"Ha..ha..ha..ya ya..baiklah begini sebenarnya Senah ha..ha..ha..ha ayah pun malu nak cakap..ha..ha..ha.."

Senah pula pening dengan ayahnya,cakap biar habis ni gelak serupa hantu..kalau nak diikutkan hati nak sahaja campak ayahnya ke kolam ikan ditepi restoran itu,bila diingat tak pasal-pasal jadi anak derhaka pula.

"Ha..ha..ha ayah nak jodohkan Senah dengan Idaman..ha..ha..ha.."Joni gelak besar,sebesar-besarnya alam.

Senah bagaikan terasa rahangnya jatuh mencium kasut tumitnya yang merah menyala itu.Dirasakan cairan saliva di mulutnya itu meleleh memenuhi ruang restoran itu.Ayahnya memang lawak,lawak sangat!.

"No Way!tak ingin Senah nak kahwin dengan buaya tembaga cap pingpong ni!eii tak ingin!" Senah terjerit terpekik terlolong.

Joni secara tiba-tiba teringat peristiwa isterinya melahirkan Senah,memang serupa bagaikan sorotan imbas kembali yang sempurna.

Idaman mula tidak senang duduk.Kecewa hatinya Senah menolak cintanya yang 'suci' itu.Dia kaya, tampan, hebat..apalagi yang Senah mahukan.Sememangnya dia adalah calon suami yang berpakej lengkap.

"Senah sanggup lakukan apa sahaja,Senah akan dengar semua perintah ayah,kecuali kahwin ngan sood ni!"Kata Senah sambil tanganya ralit melentik-lentik menunjuk langit seperti azwan ali mahupun roslan shah.

Joni menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia harus mencari idea supaya anaknya akan berkahwin juga dengan Idaman.Tiba-tiba muncul sebiji mentol menyala di atas kepala Joni.Otaknya sudah diisi idea gila lagi mereng.

"Baiklah..ayah akan bagi satu cabaran untuk Senah,kalau Senah gagal..Senah tetap kena kahwin dengan Idaman"

Senah mengangkat tangan sebagai tanda setuju.

"Ayah nak Senah cari Mak!"

           
Bersambung

Senah White&7 Abang Sado Where stories live. Discover now