Prolog

646 45 69
                                    

"Earghhhhhhhhhhhhhh!!!Arghh!sakit la abang!fuhhh..fuhhh"Sopeah menjerit kesakitan dengan keadaan hidungnya kembang kempis menarik nafas.

Joni kalut melayan kerenah isterinya yang mahu bersalin di tengah malam buta itu.Dengan hanya berbekalkan boxer bunga-bunga aloha dan dompet duit,Joni memandu laju kereta Perotiga Keli ke hospital berdekatan.

" Tolong!tolong bini saya..dia dah nak terberanak!"Joni terpekik terlolong dalam keadaan shirtless sambil mendukung isterinya masuk ke dalam Hospital Tungku Maaf Rahim.

Jururawat juga terpekik terlolong bagai diserang wabak histeria kerana terkejut dengan penampilan Joni sebelum sedar bahawa Joni cuma seorang suami yang mendukung isterinya yang hendak bersalin.

"Baringkan dia disini"Arah seorang jururawat yang bernama Neklopah.Katil beroda yang disorongnya tadi diletakkan berhampiran Joni.

Sebaik sahaja permukaan badan Sopeah menyentuh permukaan katil itu jururawat Neklopah menyorong katil itu laju bak kereta Pelanduk turbo kearah bilik bersalin.

Seorang doktor mengarahkan Joni masuk untuk membantu isterinya mengharungi perjuangan murni lagi suci yang merisikokan nyawa itu.Joni masuk lalu menghampiri isterinya yang sudah bertukar pakaian pesakit wanita berwarna merah jambu tahi kucing.

"Aduh sakit bang Joni oiii!!sakitnya!!!"Sopeah menjerit kesakitan sambil menampar-nampar perut Joni yang terdedah itu."Encik kena pakai baju ni dulu"kata seorang jururawat sambil menghulurkan baju kapas berwarna hijau laut china selatan.

"Dah tak ada masa dah!ketuban pesakit ni dah nak kering"Jerit doktor itu sambil menyepak baju kapas di tangan jururawat itu jauh di suatu sudut.

"Ready Puan Sopeah!take a breast..eh breath,I'm sorry sejak kebelakangan ni virus dak wicet mula meracuni otak saya..ok,1..2..3 pushhhh!!!!" Doktor itu membebel sambil mengarahkan Sopeah untuk meneran.

"Huwarghhhhhhh!!Haiyarghhhhhh!!waccahhh!!"Sopeah meneran sekuat hati sambil menarik kuat boxer suaminya.

"Arghhhh!!!!!"Joni juga turut menjerit di sisi isterinya sambil tangan erat menahan boxernya dari terlondeh dek perbuatan isterinya menarik-narik boxer alohanya.

Dengan satu nafas,Sopeah meneran sekuat hati........

" Uwekkkk!!uwekkkkk!!huhuhu"

Suara bayi menangis memenuhi Ruang bilik bersalin itu."Tahniah!baby girl"ucap doktor itu.

Joni menyambut anak sulungnya lalu didekatkan pada isterinya."Comelnya anak kita kan sayang,putih melepak macam awak"kata Joni.Sopeah hanya tersenyum manis.

"Eh abang!salji....."Sopeah menjerit teruja melihat kepingan ais bersinar jatuh berguguran di hadapan tingkap bilik itu.

" Abang akan namakan anak kita Senah Putih...Rosnah Putih binti Joni Daip,anak perempuan Puan Sopeah Jin"Joni berbisik perlahan di telinga isterinya yang tecinta.

Diatas bangunan pula bermula kejadian kejar mengejar seorang pesakit mental yang terlepas dari bilik khasnya.

"Let it go!let it go!uuhhhhhhhhh....Aku lah Princess Elcah!!" Jerit pesakit itu sambil jarijemarinya lincah menabur-nabur ais kisar yang dirembatnya dari kafetaria hospital itu kebawah bangunan hospital.

..........

Hallu🐯cerita sengal lain selain diari si mermaid?aah butul!butul!butul,mohon banyak-banyak beristighfar sebelum baca selanjutnya.😂

Senah White&7 Abang Sado Where stories live. Discover now