Pertemuan Sebuah Dendam

151 11 2
                                    

Sudah seminggu,Seo Mirae meninggalkan dunia dan mereka. Selama itu jugalah, SONG JI HYO menghilangkan diri. Tidak muncul sama sekali.

WAKTU REHAT
BIBI HIGHSCHOOL KANTIN

Lelaki ber enam beserta Suzy sedang berada di meja memakan makanan masing masing. Tiada suara kedengaran melainkan sudu dan garfu yang bekerja.

"Saya tak percaya Hyo ji tu sebenarnya Ji Hyo. Jadi betullah apa yang saya rasa sebelum ni. Hyo ji tu pelik"

Nampaknya, Suzy sudah diberitahu perkara mengenai Ji Hyo.

"Dia tu memang kejam. Orang yang tak bersalah pun dia bunuh"

Nasi goreng yang tak bersalah dicincang oleh Suho

"Aku nak jumpa Ji Hyo"

Uhhuuuk
Sehun dan Kai yang sedang minum tersedak.

Baekh yang hendak menyuapkan nasi ke mulutnya tiba tiba terhenti.

Do dan Suho melopong melihat ke arah Chanyeol

"Awak dah gila ke? Awak nak mati? Dia sedang fikirkan cara nak bunuh awak tahu tak?!!"

Suzy melepaskan kerisauannya

"Bagi dia, hutang nyawa dibalas nyawa. Dan saya akan balas hutang dia. Biar masalah ni cepat settle dan tak ada lagi yang terbunuh."

Chanyeol meninggalkan mereka yang masih melopong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mereka bertujuh sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah.Disebabkan ada majlis, jadi mereka pulang agak lewat.

Suzy pon join juga kerana waktu sekarang sudah hampir pukul 10.00 malam. Taknaklah sesuatu yang buruk terjadi pada si gadis comel itu. Kebetulan rumah mereka sehala.

(Kalau korang yang lupa siapa Suzy ni, dia sebenarnya kawan rapat Ji Hyo)

Mereka melalui jalan yang jauh untuk sampai ke destinasi. Saja nak ambil angin segar. Jalan itu hanyalah jalan yang kosong. Jalan yang dipenuhi pohon dan semak.

Mereka berjalan tanpa suara. Bunyi tapak kasut dan cengkerik memeriahkan suara yang cukup seram itu.

Tanpa diketahui mereka, seekor perempuan sedang berdiri di sebalik pohon memerhati mereka dari jauh. Senyum sinis terpancar di hujung bibirnya.

"Nampaknya, semua akan settle malam ni. Siap siap lah Chan..yeol"

Perempuan itu menutup separuh wajahnya dengan rambutnya yang panjang terurai. Lalu jaket bertopi berwarna merah disarungkan menutup kepala dan wajahnya.

Dengan kegelapan malam, 'dia' hilang di sebalik pohon itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedang mereka berjalan tiba-tiba

"Hikkss.. hikss.. hikss"

Serentak langkah mereka bertujuh terhenti dek kerana terdengar suara orang sedang menangis.

"Hikkss.. hikss.. hikss"

Suara yang mendayu dayu dan lembut itu menusuk telinga mereka. Meremang bulu roma masing masing.

"Kau dengar tak tu.. omma Bucuk takut"

Baekh ketakutan lalu memeluk lengan Sehun yang berada di sebelahnya. Tanpa sedar dia sudah membocorkan hal yang sangat memalukannya

"Omma kau panggil kau Bucuk heh??"

Ketawa Sehun meledak.

"Diam ah kau!!" Baekh memukul lengan Sehun

Siapa Dia??!![complete]Where stories live. Discover now