PUNCA KEMATIAN

109 10 0
                                    

MAKAM INCHEON

Mirae sudah menghembuskan nafas dan sudah dikuburkan di sini. Ramai yang datang melawat dengan berpakaian serba hitam. Begitu juga Chanyeol,Suho,Do,Kai,Baekh dan Sehun.

Suzy yang juga merupakan kawan baik Mirae datang melawatnya.Perempuan itu sedang berada di sisi ibu Mirae yang sedang menangis kesenggukan.

Mereka berenam hanya menatap makam Mirae dengan sayu.

Suho membendung air matanya. Hatinya ditabahkan dengan segagah mungkin. Dia cuba untuk bersikap tabah namun apakan daya,air mata lelaki akhirnya menitis juga. Siapa yang tak menangis melihat kekasih hati pergi.

Dengan air mata yang masih lagi menuruni pipi,Suho berlalu pergi. Dia tidak dapat lagi untuk terus berada di situ.

Suho ke tempat di mana tiada orang sekeliling. Dia perlu melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Kakinya melemah dan dengan perlahan dia jatuh terduduk sambil belakangnya merapati dinding. Air matanya makin lebat menuruni pipinya yang gebu dan chubby.

Rasanya,baru semalam dia berbual dengan Mirae dengan menceritakan segala yang disimpan selama ini. Tetapi, takdir begitu mengejutkannya.

"Kenapa awak perlu pergi?? Hikss hikss hikss.. saya sayang awak kenapa awak pergi? Hiks.. lebih baik saya pun mati!"

Suho menumbuk numbuk dadanya.

Pada masa yang sama, Chanyeol dan Suzy memerhati Suho di sebalik dinding.

"Itulah apa yang aku rasa selama Ji Hyo tinggalkan aku. Yang berbezanya, aku jahat dengan Ji Hyo dan dia mati bunuh diri"

Chanyeol bersuara. Suzy menoleh padanya.

"Kau masih cintakan Ji Hyo?"

Pertanyaan Suzy membuatkan Chanyeol menoleh padanya.

"Aku tak pernah tak cintakan perempuan tu. Aku cinta dia aku sayang dia. Macam mana Mirae boleh meninggal??"

Selepas menjawab pertanyaan Suzy, dia pula yang bertanya

"Pagi tadi saya pergi rumah Mirae, nak pinjam Novel yang baru dia beli. Tapi bila saya sampai,saya nampak ambulans. Masa tu, Mirae dah ada dalam ambulans. Kami pergi hospital. Mama Mirae kata, dia nak panggil mirae sarapan. Tapi Mirae tak jawab sahutan,jadi Mama mirae pergi bilik Mirae dan nampak Mirae dah tak bernyawa atas katil. Dengan darah melekat di dinding, lantai, cadar."

Suzy bercerita dengan penuh hati hati. Chanyeol hanya menghembuskan nafas.

"Pihak polis tak dapat cari bukti dalam bilik Mirae, tapi pihak polis cakap,Mirae mati bukan sebab kena bunuh dengan pisau atau benda tajam. polis nampak, ada bekas cekitan di leher Mirae"

Sambung Suzy.

"Memang pihak polis takkan jumpa bukti sebab yang bunuh Mirae bukan manusia, tapi binatang! Binatang tak guna!!!!!!"

Muncul satu suara yang membuatkan Chanyeol dan Suzy menoleh. Jadi,Suho mendengar semua perbualan mereka berdua.

Jelas di wajah Suho, wajah yang baru habis menangis. Mata yang merah dan bengkak bekas air mata yang masih berbekas di pipi.

"Binatang?? Maksud kau, ada binatang masuk dalam bilik mirae? Binatang apa? Singa? Harimau?"

Bertubi tubi soalan dilontar.

"Awak akan tahu nanti. Bukan sekarang"

chanyeol menjawab.

------------------------------------------------

Siapa Dia??!![complete]Where stories live. Discover now