sambong

7.2K 183 3
                                    

“Belajar betul-betul. Solat jangan tinggal. Hormat orang yang lebih tua daripada kita. Jangan buat perangai tau sayang. Promise dengan mama?” pesan mama disaat akhir sebelum berpisah.
“InsyaAllah, ma. Kakak tak janji tapi kakak akan cuba. I’ll try my best!” balasku. Mama kulihat hanya tersenyum sambil mengelapkan air mata. Mungkin sedih dengan perpisahan ni. Yelah perpisahan yang bukan dipinta!
“Kak Mai, kami balik dulu. Nanti kirim-kirim la berita ye. Jangan lupa kan kami kat Kluang tau.” ujar Yana pula. Aku mengesat air mata yang mengalir dipipinya.
“InsyaAllah, dik. Dah jangan nangis nanti takde orang nak masuk meminang.” usikku cuba untuk memeriahkan suasana. Dalam hati terasa sebak. Lepas ni, hanya mesej menjadi perantaraan.
“Akak ni! Manade la!” Yana memuncungkan bibir. Macam muncung itik! Giliran achik bersalam denganku pula. Sempat lagi aku mengetuk kepalanya. Bengang achik! Ha ha ha..
Sekarang giliran abah pula. Air mata mula bergenang apabila abah menyentuh lembut kepalaku.
“Mai, jaga diri baik-baik. Jadilah anak yang mempunyai masa depan. Belajar cara mendisiplinkan diri. Belajar jadi wanita solehah. Solat jangan lupa. Ingat tu?” nasihat Encik Syakir.
“Baik abah.” kataku dengan perlahan.
****
Aku tersedar apabila ada orang memanggil dan melambai-lambaikan tangan. Ek? Aku dah sampai asrama ke? Sah aku berkhayal tadi! Apalah nak jadi dengan aku ni.. Ish! Aku pun pergi ke arah gadis itu dan bertanyakan tempat. Map di tangan aku tilik sekali lagi.
“Err.. ni blok Angsana ke? Aspuri Angsana?” tanyaku untuk menyatakan kepastian. Aku lihat gadis itu tersenyum lalu mengangguk. Sah betul! Alhamdulillah..
“Tadi aku tengok kau asyik termenung je. Ada masalah ke? Lama gila kau bertapa kat situ. Eh mari la masuk!” lantas gadis itu lalu menarik tanganku masuk ke dalam dorm. Terkocoh-kocoh aku mengikut langkah kakinya yang pantas. Satu beg pakaian berada di tangannya. Minah ni jaguh lumba lari ke?
“Assalamualaikum girls! Kita ada kawan baru tau! Mari la berkenalan.” jerit gadis yang aku tidak kenali itu. Dia menunjukkan katilku dan almari untuk meletakkan baju. Aku sempat melemparkan senyuman manis kepada mereka semua. Tak ramai. Dalam 4, 5 orang aje. Ada yang melambaikan tangan. Ada yang memberikan senyuman. Aku membalas juga.
“Hai, nama aku Nur Aliyah Safwana. Panggil Wana je.” ujar gadis tersebut lalu duduk ditepi katilku.
Aku tersenyum bila dia memperkenalkan dirinya.
‘Emm tak sombong nampaknya budak ni. Boleh buat geng!’ kata hatiku lagi.
“Nama aku Nur Saffiya Humairah. Panggil Maira atau Mai aje.” kataku sambil tersenyum.
Gadis itu menganggukkan kepala.
“Asal mana?” tanya budak yang digelar Wana.
“Kluang, Johor.” jawabku ikhlas.
“Eh..aku pun nak kenal jugak dengan budak baru tu! Kejap la.” kata salah seorang gadis yang tengah masukkan baju dalam almari. Lalu dia berlari menuju ke katilku.
“Hai Mai..nama aku Puteri Diana Munirah. Panggil princess ek. He he he! Tak la. Panggil D jek.” kata gadis bernama D sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku pun menyambut hulurannya dengan senang hati.
“Gedik jek panggil princess!” pecah ketawa semua orang setelah apa yang diperkatakan oleh Wana.
Aku turut terhibur. Emm.. pengalaman pertama di asrama. Terasa macam seronok!
“Aku pula Siti Aishah Raudhah binti Khairul Anuar. Panggil je Aisyah.” kata seorang lagi gadis besebelahan katilku yang dari tadi lagi mendiamkan diri. Aku pula mempamirkan senyuman ala-ala kerang wangi kat dia. Kerang wangi erk! Bukan kerang busuk!
“Eh.. eh.. aku pun nak kenal juga! Wait for me!” jerit gadis kecil molek yang baru sahaja pulang dari bilik air barangkali.
“Assalamualaikum hai, nama aku Nurin Aiman Nasuha. Panggil Iman ja. Aku orang Kedah. Ala yang banyak sawah padi tu. Takkan tak kenal sawah?” sekali lagi pecah ketawa semua orang. Aku ketawa. Sedikit sebanyak aku mula menjadi rapat dengan mereka.
‘Terima kasih Ya Allah sebab Kau bagi aku kawan-kawan yang boleh membimbingku disini. Syukur alhamdulillah..’
p/s: assalamualaikum dan slmt sejahtera… sy miss cs… ini percubaan kedua sy.. hrp dpt diterima smua pembaca… sy xpndi nk membuat atau mengolah cerita… apa yg terlintas di fikiran trus sy tulis dn inilah hasilnya :) terima kasih sekali lagi dan minta maaf kalau xmenepati citarasa anda… slm sayang utk smua :)

Novel : Ketua Pengawas vs tunang Where stories live. Discover now