Girls, hari ini nak rehat kat mana? Kantin jugak ke?” tanya D sambil memusingkan kerusinya menghadap aku dibelakang.
“Not sure. Kau tanya la Wana, Iman dengan Aisyah. Kalau dia orang okey, aku on je.” ujarku tidak memandangnya tetapi tangan ligat mengemas buku-buku akaun lalu memasukkan buku tersebut ke dalam beg. Kelakuanku diperhatikan sepasang mata.
Erkk?
“Kau kenapa tengok aku macam tu? Tak pernah tengok orang kemas buku ke??” tanyaku sedikit kehairanan. Mana taknya! Tengok macam aku buat kesalahan besar je! Serammm!
“He he he.. takdela.. aku selalu tengok kau kemas buku dulu sebelum rehat. Kalau boleh semua barang kau nak simpan. Kenapa ek? Tak pernah aku tengok budak-budak ni simpan buku dulu. Kau lain sikit… tu sebab aku perhati.” D berterus terang.
Oh! Ingatkan apa. Aku segera mengangguk.
“Aku dah biasa macam ni la, D. Aku akan kemas semua barang bila dah guna. Kalau tak nanti hilang. Bukan boleh percaya diorang ni termasuk kawan sendiri.” ujarku untuk menyedarkan keadaan. Kawan-kawan zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Ada udang disebalik batu! Depan mengaku kawan. Belakang pedajalkan kawan. Nauzubillah!
‘Harap-harap kawan-kawan aku tak ada la yang macam tu.’ pohon hatiku.
“Kau cakap macam nak tak percayakan kami aje?.” D memuncungkan bibirnya. Merajuk la tu!
“Eh.. eh.. tak.. takdela. Aku cakap benda yang betul. Jangan salah faham D. Aku maksudkan orang lain.” terangku kepadanya lagi. Aku lihat D tersenyum semula.
“Takpe. Aku tak ambil hati pun. Aku ambil limpa je..” balas D lalu pecah ketawa antara kami.
“Oit korang berdua ni tak nak rehat ke? Borak panjang nampak? Cepatlah!” tegur Wana yang sudah berada di hadapan pintu kelas bersama Iman dan Aisyah. Erk? Ini musykil! Bila masa Wana bangun ? Bukan dia sebelah aku ke tadi?
“Okey… we are coming!” jawab D lalu menarik tanganku.
***
‘Uish ramainya! Mesti makanan cepat habis.’ terdetik hatiku. Sejak seminggu aku bersekolah di sini, pengalaman kedua yang aku peroleh adalah makanan akan cepat habis! Nama je sekolah kluster tapi kenapa jual makanan sedikit? Ni yang nak report ni! bebelku.
“Mai, kau nak beli ke? Kau nak makan apa? Aku nak belikan ni.” Wana sudah menadah tangan.
“Mai aje ke? Aku tak ada?” cemberut wajah Iman. Serentak kami ketawa melihat gelagatnya.
“Kau dah selalu dengan aku sejak form 3. Bagi chance kat orang lain pula.” perli Wana. Iman menumbuk bahunya. Ketawa meledak lagi.
“Emm boleh jugak. Belikan aku mee goreng + telur mata lembu + air cincau. Telur tu kasi besar. Jangan yang kecik. Aku tak nak sawi. Air pula aku nak…” belum sempat aku berbicara lebih lanjut Wana dah potong.
“Amboi! Kau ingat ni restoran mamak ke? Suka-suka hati je main order. Cerewet betul kawan aku yang sorang ni.” Rungut Wana.
Terhambur lagi tawa kami berlima. Aku pun terus memberikan wang kepada Wana lalu mencari tempat duduk bersama D dan Aisyah.
“Weh, jejaka idaman gadis malaya dah turun la!” jerit D dengan suara yang agak tinggi. Eh… budak ni kenapa pula? Sawan apa?
Keadaan di kantin juga sudah mula hingar bingar. Eh? Aku memandang sekeliling. Kelihatan ramai gadis terlompat kegembiraan dan tersenyum-senyum. Macam beruk! Mesti ‘mamat-mamat tu’ lalu. Bukan aku tak tahu berita ini tapi aku malas nak ambil pusing. Buat apa jaga pasal mereka. Takde class you!
“Syah, dia orang kalau jumpa mamat-mamat tu memang macam ni ke? Macam beruk kena tonyoh dengan cili padi?” tanyaku sengaja menguatkan suara.
Aisyah hanya tersenyum.
“Cuba kau tengok! Mamat-mamat hensem kegilaan girl-girl kat sini dah turun! Hensem seh! Tergugat iman aku. Dah seminggu tak tengok muka dia orang. Hari ni muncul pula tapi berdua je! Yang seorang tu mesti bertugas. Tengok la, Mai! Tengok la!” jerit D lagi tak ubah seperti orang gila.
Aisey bising la makcik sebelah aku ni! Hensem sangat ke mamat tu? Muka kalau macam hantu takde gigi takde selera nak tengok! Baik tengok kucing makcik kantin ni.
Aku memejam mata. Gedik betul perempuan zaman sekarang! Pantang nampak lelaki hensem, terus terpikat. Kalau hensem dan cerdik tak apa juga. Ni hensem aje, pandainya tidak! Buang karan!
“D ni kalau dah jumpa mamat-mamat ni habis la. Alamat tak makan dia nanti.” ujar Aisyah tanpa disuruh. Aisyah mengunyah kerepek pisang yang dibeli di koperasi tadi. Dia menghulurkan kepadaku dan aku mengambilnya dengan senang hati.
Aku sudah maklum dengan semua ini sewaktu awal lagi biarpun aku sendiri tak mengerti kenapa dia orang bagai nak gila minat kat ‘jejaka idaman’ tu. Sampai sekarang, sudah nak dekat dua minggu aku sekolah, aku tiada jawapan lagi.
Aku menutup telinga dengan tangan apabila terdengar jeritan suara di meja belakang bergabung dengan suara D disebelah. Haiyaa! Psiko betullah mereka semua ni. Satu je nak cakap…. memang gedikkkk!!!
“Rindunya dengan ‘jejaka idaman’ tu especially Farhan. Tapi sayangnya dia bertugas pulak. Kurang jejaka idaman satu.” D berkata tiba-tiba. Wajahnya dimonyokkan. Macam baru lepas clash!
“Erk? Siapa Farhan?” soalku terpinga-pinga.
“Itulah… orang suruh tengok tak nak. Farhan tu ketua pengawas kat sekolah ni. Dia tu ketua ‘jejaka idaman’ tau!” bangga D menyebutnya.
Aku buat tak peduli. Aisyah meneruskan suapan kerepek pisangnya. Sekali lagi D menjerit membuatkan aku terkejut. Nasib baik tak cium meja! Aisyah sudah ketawa mengekek.
‘Minah ni bikin aku hangin la!’ bentakku.
“Weh apesal dengan D ni? Macam orang gila je aku tengok. Kejap jerit kejap sengih. Daripada sana lagi dah dengar suara dia.” tegur Wana setelah selesai membeli makanan untuk aku dan D.
Aku hanya menjongketkan bahu. Wana mengambil tempat duduk dihadapan aku. Iman duduk di sebelah D. Aisyah di sebelah Wana.
“Entah la.. katanya ‘jejaka idaman’ gadis malaya dah turun. Makhluk alien mana entah. Hensem sangat ke? Kalau setakat nak bajet and nak publisiti tak payah la. Buang karan je!” kutukku selamba.
‘Haisy! Kau ni kan Mai, memang tak sayang mulutkan? Kau tak jumpa lagi jejaka idaman tu tapi kau dah kutuk awal-awal. Teruk!’ bentak hati baikku.
Wana dan Aisyah berpandangan seraya menjongket bahu. Wana sedar hal itu. Dia tahu sangat kalau dah budak-budak ni menjerit, terkinja-kinja macam beruk, tandanya jejaka dari kayangan dah turun. Namun Wana tidak mengendahkan. Padanya, semua manusia sama saja! Tak ada yang beza pun. Darah tetap sama merah kecuali lagenda Mahsuri. Betulkah? Wana juga mempunyai persamaan dengan Humairah. Sama spesies dengan Humairah yang tidak berapa berkenan bergaul dengan lelaki. Sebab tu boleh kamceng! Tak berapa layan jiwang. Hehe!
“Tak baik tau kau ni, Mai. Dia orang memang hensem gila! Tak percaya try tengok. Confirm kau akan jatuh cinta!” D terus mengasak.
“Haah. Kalau kau tengok, mesti kau cair!” Iman mengiyakan.
Aku mencebik. Cair? Ingat aku ni ais ke nak cair bagai? Tengok dia? Tak kuasa!
“Baik tengok kucing daripada dia orang. Tak best! Apesal la setiap sekolah ada budak top? Memang dilabelkan oleh orang ataupun memang dah sedia top?” tanyaku tidak faham. Di kala itu, budak-budak perempuan sudah mula senyap seperti sedia kala. Mungkin jejaka idaman dia orang dah blah! Bagus sikit! Aman dunia. Telinga dapat direhatkan sekejap.
Aisyah berdeham. “Biasalah, Mai. Dia orang kan tak boleh tengok budak yang kaya, kacak, ada style tersendiri dan mungkin sifat mereka. Dan melabelkan juga merupakan salah satu faktor.”
Aku menjongketkan bahu. “Maybe but obviously aku tak minat 100% dengan title tu!” tegasku.
Wana, Iman, Aisyah dan D menggeleng. Itulah perangai Humairah yang baru mereka ketahui. Seorang gadis yang tidak mengambil peduli akan keadaan sekeliling. Susah nak jumpa perempuan yang tak minat dengan lelaki bertitle top! Mungkin minatnya lebih cenderung kepada nelayan. Ha ha ha!
Masing-masing mula menukar topik sambil makan makanan yang dibeli. Waktu rehat sudah menjangkau angka 10.38 pagi. Masa tamatnya lebih kurang 2 minit lagi. D terlihat kelibat pengawas-pengawas yang sudah mula menjejakkan kaki di kantin.
“Geng, jom balik kelas! Mata-mata cikgu dah sampai. Kang headprefect tu sound, naya aje!” Ujar D tergesa-gesa.