Bab 13 | date?

43 6 0
                                    

"Kau busy tak malam ni? "Suara serak basah Han kedengaran sederhana.aku mengerling sekilas ke arah jam meja.20:08.

"Tak.kenapa?"balasku.aku membawa langkah ke arah katil lalu membaringkan badan di atas tilam empuk.sempat tanganku membetulkan bantal yang berkedudukan agak sendeng di kepala.sebelah lagi tanganku memeluk erat bantal golek.

"Teman aku.kita lepak."aku membetulkan kedudukan..badan aku sandarkan pada bahu katil.

"Kau yang koma atau aku?bapak lah..alien mana yang sesat kat sini."sindirku.sengaja.pelik jugak mamat ni..buang tabiat ke apa?perut aku sudah senak kerana menahan ketawa.ini barulah lawak antarabangsa.

"Woih..apa kau merapu ni?"han bersuara geram.tapak tangannya menyapu belahan rambut.

"Aku?kau tu yang merapu..tak pernah ada dalam kamus sejarah hidup aku,kau ajak aku keluar malam²."aku bingkas dari katil,lantas membuka langkah ke arah beranda rumah banglo dua tingkat.angin sejuk menyapa lembut kulitku yang terdedah sedikit kerana hanya mengenakan baju tidur berlengan pendek dan berseluar tiga suku.

Aku mengenali han lebih 23 tahun..dan ini kali pertama dia mengajak aku keluar waktu malam.mesti mamat tu ada problem.telefon aku telekapkan kemas pada telinga kanan.

"Er.."kedengaran Han mengeluh.aku hanya sedia menanti jawapan.Han hanya kaku tanpa sebarang suara..nafasnya jelas kedengaran berombak.tidak tahan dengan kedinginan yang melampau,aku terus masuk lalu menutup pintu slide kaca.tanganku pantas menarik langsir berwarna coklat keemasan menutupi lapisan pintu itu.aku membawa langkah ke arah sofa,melabuhkan badanku di atasnya.

"Kau ada sembunyikan something  dari aku ke?"sapaku perlahan setelah agak lama menyepi.Han menarik nafas..

"Mana ada.aku cuma nak kau temankn aku..malam ni,make sure kau pakai baju yang meletop.dress bagi nampak cam pompuan sikit.nanti kau suruh eyka tolong make up kan."

"Jap..kau ajak keluar tu satu hal.ni kau suruh aku dress dengan make up bagai.kau dah kena sampuk ke?then..kau nak kata aku ni bukan pompuan ke selama ni?"spontan aku bertanya.hatiku sedikit berbara.geram.

"Er..kawan aku ada buat birthday party dekat rumah dia.so,aku perlukan kau untuk tolong aku kali ni.."aku terdiam.tidak terkejut dengan jawapannya tadi.semestinya aku sudah mengagak daripada butir bicaranya yang seakan banyak mengelak.

"Oo..so,kau jadi gila sebab minah senget tu lah yer.yang kau gatal sangat nak join dia punya birthday party tu pehal?"tembakku.kawan?aku bukan bodoh untuk diperbodoh.aku kenal dia bukan seminggu.so,setakat benda kecil macam tu aku dah dapat tangkap punya.

"Adalah...kau ni banyak membebel je.nak tolong aku ke tak ni?"Han membetulkan kot hitamnya. suaranya dikawal.notasi yang agak asing di pendengaranku.aku endahkan..malas hendak bertikam lidah.

"Kalau aku kata tak nak kau tetap paksa aku jugak.so,nak tak nak..aku on je lah."

"That's my girl.make sure kau pakai dress yang aku beli masa kita buat vacation ke UK dulu."Han menyimpulkan senyuman..sempat mengerling sekilas ke arah cermin sisi.

"Tu arahan atau cadangan?"

"Hah?"pertanyaan Han membuatkan aku menepuk dahi..mengelamun lah tu.

"Aku tanya..kau bagi cadangan or arahan?"

"Oh,arahan lah..aku tengah on the way ni.dalam 15 minit aku sampai."

"Orait..chow"panggilan telefon segera aku matikan tanpa notis.biarlah..

'Em..mana aku letak dress tu ya?mamat ni pun satu..mengada².kalau pakai seluar slack dengan baju blouse kan senang.nak kena make up bagai.'omelku sendirian,tangganku ligat menari di atas papan kekunci.aku tersenyum melihat screen telefon.whatsapp daripada eyka aku balas dengan emoji.

***

"Wei,yg kau pandang aku semacam ni kenapa?"

Han memandang wajah gadis yang anggun mengenakan dress labuh hitam yang bergaris kuning keemasan dikenakan dengan tudung toquies berpin keemasan.sepasang kasut bertumit sederhana tinggi melengkapkan dan menyerikan gaya elegant gadis tersebut.Han mengecilkan bola matanya..cuba mengenal pasti wajah sebenar gadis di sebalik topeng mata bercorak rerama.

"Er..kau sapa?Auni mana?"topeng itu menyukarkan dia untuk mengenalpasti wajah gadis itu

"Woiit..kau tak yah nak merapu bagai.ni aku lah.A.U.N.I."Auni mengetap gigi menahan geram.

"Kau yg buat lawak.Auni klau pakai apapun..mesti nampak kolot.tambah ni first time dia pakai dress."ujur Han sambil tersenyum sinis.satu tangan sudah mendarat di atas kepala.Senyumannya mati.

"Woi,sakit lah..pehal kau ni??main luku² kepala pulak."Han mengosok kepalanya yang terasa sakit akibat penangan Auni tadi.

"Kau jgan buat aku marah.kau nak aku teman kau ke tak ni??"Auni mendengus kasar.marah.

"Er..yelah...naik"

Auni menjeling ke arah Han yang sudah masuk ke dalam kereta.tak gentleman langsung.rugutnya sendirian.

***

"Kau ni pehal?sekejap pandang senyum.."Tanya Auni.tangannya sudah mengepal penumbuk.dia tidak selesa diperhatikan sebegitu rupa.

"Tak de lah.lawak siok kau pkai dress.look different."jawap Han selamba.matanya masih fokus pada pemanduan.

"Ala...acah.nak kata aku cantik lah tu."

"Hah,kau..cantik??memang tak lah wei.."

Auni menjeling tajam ke arah Han.mulutnya sengaja dimuncungkan.geram dan marah.

"Alaa..merajuk pulak.bae,you look different and much beautiful tonight."Han tersenyum kecil.kalau dah budak still budak.

"Bae..bae.kau ingat aku lebah.rimas taw tak pakai benda alah ni semua."rungut Auni.nampak sangat riak tidak selesa pada wajahnya.

"Biasalah..pompuan memang pkai benda² cam tu.kau tu je yang menyimpang."

"Kau kalau tak menyakitkan hati memang tak sah kan.."

Auni memeluk tubuh.sakit hati betul dengan sikap Han yang sentiasa pandang rendah padanya.dikerlingnya sekilas ke arah Han.'dasar mangkuk ayung'.

The untold secret (Slow Update)Where stories live. Discover now