Aku?

2.7K 9 2
                                    

Bismillah.
Perlahan² aku membuka tudung saji makanan dengan penuh harapan.

"MasyaAllah! Umi!!!" jeritku.

Umi datang dari tingkat atas tergopoh gapah dengan telekung diseret.

"Kenapa jerit² ni Aisah?"

Aku tersenyum lebar, "Hehe umi masakkan makanan favourite Aisah eh?" sambungku sambil menjuihkan bibir ke arah sup tomyam masih panas di hadapanku.

Sebelum sempat umi menjawab, Umai turun menjelingku lalu menyampuk, "Ish akak ni. Itu pon nak terjerit². Sudahlah umi sedang solat, kalau boleh jerit tu nak kuat lagi..!"

Umi menggeleng² kepala. Penat mungkin melayan kerenahku dan Umai.

"Ya Allah cukup²lah anak² umi. Aisah, Umai, pergilah solat Zohor dulu sebelum makan. Lepas ni, Aisah jumpa umi di bilik ya?" kata Umi memancarkan biji matanya yang tidak mahu aku bertanya lanjut.

Aku mengangguk lemah dan berlari ke bilik untuk solat. Dalam perjalanan, sempatku cubit lengan Umai kuat. Adik yang keras kepala sungguh! Biar padan mukanya.

*dalam bilik umi*

Rambutku disanggul kemas. Rasa tomyam umi masih bermain² di lidahku. Syukurlah Nabi SAW mengingatkan untuk berhenti sebelum kenyang kalau tidak pasti aku sudah tidur terdampar bagai seekor dugong.

"Assalamualaikum" salam diberi kepada Umi yang sedang menghirup kopi pekat di atas meja dalam bilik.

Umi tersenyum "Waalaikumsalam." jawapan serentak keluar daripada umi dan Umai.

Aku memandang Umai dengan pandangan sinis.

Sibuk saja dia ni.

"Ada apa umi panggil?" tanyaku lalu duduk tanpa dijemput di hadapan umi.

Umi memandang tepat ke arahku. Matanya sedikit kuyu, bibirnya sedikit terbuka untuk berkata sesuatu.

"Sebenarnya..Imam Suparto di kejiranan kita ni..dia.." ayat umi tersekat.

Umai membuat riak muka meluat, "Imam tu masuk meminang akak. Ni ha dia whatsapp umi."

"HAAAA????"

jantungku berdegup kencang. Peluh jernih terus mengalir. Terbayang wajah Imam duda separuh umur itu mengerekot tersenyum. Misai dan janggutnya yang bersepah dengan tahi lalat tersembul di hidung itu membuatkanku mahu pitam di situ juga.

"Tidak! Kenapa Aisah!? Umai kan ada!" protesku dengan nada kucar kacir.

Umai mengerutkan dahinya. "Bukankah kak Aisah selalu kata yang Kak Aisah kesiankan Imam Suparto itu?? Kahwinla dengan dia!"

Ugh.

Sumpah kalau boleh mahu saja ku humban kepala Umai ke atas katil.

Gelak kecil Umi menghentikan perbalahan kami.

"Tidaklah Aisah..Ini semua idea adik kamu mahu bergurau" sampuk Umi dengan sisa² tawanya. Kelakar sungguh kah?

"Aduh umi. baru saja nak kenakan dia!" Umai menepuk dahi.

Huh adik yang nakal!

Umi juga bersekongkol. tidak sangka umi juga pandai berlawak hambar. Ini pasti ajaran si nakal itu.

"Aisah, kamu sudah ada calonkah?" soalan Umi merentap jantungku.

Mataku terbeliak.

erk. complicated.

"Entah kak Aisah ni! Nanti jadi anak dara tua la dia ya umi."

Eleh. Kau tu SPM pon belum.

Hati kecilku berbisik geram.

"Aisah..Aisah tidak tahula umi. lagipun, Aisah sibuk juga kerja" balasku mencebik sedih.

Umi terdiam sejenak. "Tidak apalah, Aisah. Umi tidak mahu paksa kamu. Tapi, kamu harus juga fikir tentang ini."

Aku tersenyum tawar. "InsyaAllah umi. Doa² lah untuk Aisah."

Aku berlalu pergi ke bilikku selepas memberi salam. fikiranku sedikit kusut. Tak pernah lagi terdetik tentang jodoh di usia 24 tahun ini. Susahla begini kerana umi kelihatan begitu mengharap.

Tidak mengapalah, Aisah.

Jodoh tidak akan lari.

Biarlah aku berkahwin cepat asalkan tidak dengan imam Suparto.

Aku melapik kepalaku di atas bantal dan terlelap dengan lena sekali di atas katil.

-
-
-
-

*esoknya*

*di MSK BUILDING*

"Cik Aisah, mengapa cik luluskan pinjaman ke-216? Bukankah sudah terlebih had pinjaman?" soal Amanda, my assistant. Gadis itu muda tiga tahun daripadaku. Tudung merah jambunya melengkapkan lagi wajahnya yang sedia ada manis.

Aku tersenyum. "Its okay, Amanda. Ini lah dipanggil rezeki orang itu. If supplier complain, tell him to meet me."

Amanda mengangguk faham. Setakat ini tiada lagi supplier complain tentang lebihan had pinjaman. Masing² tahu dan sudah basi jika ada lebihan pinjaman yang diluluskanku.

"Cik Aisah, its better if you be careful. Saya dengar main supplier dah letak jawatan. Ada orang baru ganti dia." tambah Amanda sambil menyelak² failnya.

"Main supplier letak jawatan? You mean Puan Naqibah?" Aku bertanya sedikit terkejut. Amanda pantas mengangguk.

Ya Allah.

Aku mencapai ganggang telefon. Jari jemariku lincah menaip nombor Puan Naqibab yang sudah dihafal.

"Assalamualaikum, boleh sambungkan kepada Puan Naqibah?"

"Waalaikumussalam, yes its me on the phone. Siapa ni?"

"Puan..! Ini Aisah!"

"Allahu. Aisah you there? Lamanya tak dengar suara kamu."

"How can't I dont know you're not working anymore, Puan Naqibah?? Puan tak maklum kat saya pon!" aku kedengaran sedikit kesal.

"dear! Ini tak dirancang. Saya tetiba je ditukarkan ke MSK cawangan lain."

eh. peliknya.

"well macam laim macam la. Hurmm its okayla Puan. Nanti kita bual lagi ya? InsyaAllah saya doakan puan di sana. Assalamualaikum."

"waalaikumsalam"

TUUUUUT..

Aku memandang ke arah Amanda yang sedia menanti khabar Puan Naqibah.

"How? Dia letak jawatan ke?" tanya Amanda ingin tahu.

Aku menggeleng lembut. "No. Dia kena tukar dekat cawangan lain. Nasiblah dekat KL ni banyak cawangan MSK, if not maybe dia kena pindah rumah sekali."

Amanda mengangkat sebelah keningnya curiga. "Wait. Tiba² tukar cawangan? Pelikla syarikat ni. Btw, saya minta diri dulu. Bye, Cik Aisah"

"Bye dear..! Jangan lupa hantar report dekat supplier!"

Fuuhhhh.

Hope the new supplier is an easy people.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 02, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YA ALLAH JODOHKU SPECIAL?Where stories live. Discover now