“Aku nak kau culik perempuan tu dan aku nak kau bawak dia jauh dari hidup anak aku. Terpulang pada korang nak buat apa-apa pun pada dia waktu kau culik dia. Kalau boleh aku tak nak tengok dia depan mata aku lagi. Aku nak hidup dia musnah!” Bentak Puan Rosalinda kepada beberapa orang lelaki yang berdiri dengan menunduk hormat padanya.“Baik puan! Arahan diterima!” Serentak kumpulan lelaki itu menyambut arahan dari Puan Rosalinda. Kemudian mereka melangkah meninggalkan bilik bacaan itu.
“Siap kau Balqis. Aku takkan biarkan kau bahagia dan aku pastikan hidup kau merana! HAHAHA” terbahak-bahak Puan Rosalinda ketawa.
“Rasakan Balqis Batrisya. Kerana kesalahan ibu kau dulu, kau pun akan rasa penderitaan yang setimpal macam yang pernah ibu kau rasa dulu.”
Senyuman sinis terukir di bibir Puan Rosalinda. Dendam kesumat harus dilaksanakan sampai hati puas. Orang yang menyebabkan dia menderita dulu harus lebih menderita! Itu tekadnya.
*******
Hari Jadi Danial makin dekat. Petang itu aku membeli-belah di MidValley. Mencari-cari hadiah yang sesuai buat Danial. Akhirnya aku membeli sehelai necktie untuk Danial. Nectie yang berwarna merah berbelangkan blue-black. Mesti handsome kalau Danial pakai ni. Usai membeli neck tie, aku terus menuju ke tempat parking. Tetiba orang yang aku kenali menegur aku.
“Haris?”
Haris adalah ex-boyfie aku waktu kami sekolah menegah dulu. Tak habis-habis kacau hidup lepas kami putus atas kecurangannya dulu. Katanya dia menyesal dan mahu kembali pada aku. Menyesal kepala hotak kau? Lepas aku terima kau lagi, kau curang aku untuk kali kedua pulak. Penipu.
“Iris, boleh kita cakap kejap?” Aku mengangguk. Ikutkan hati malas nak layan.
“Apa dia?” aku memulakan perbualan bila lama kami diam.
“Putus dengan Danial!”
“What?” aku terkejut.
“Putus!”
“No! Nonsense!”
Aku melenting lalu aku terus membuka pintu kereta. Mahu memandu pulang. Malas mahu dilayan Haris yang entah pape. Tiba-tiba pintu aku dikatup kasar dari luar lalu mulut aku ditekup dengan kain yang mungkin telah disapu ubat tidur sebab lepas kena tekup dengan kain aku terus tak sedarkan diri.
*******
Perlahan-lahan mata terbuka. Aku pejam celik mata aku berkali-kali. Terasa kepala masih berdenyut-denyut kesan dari ubat tidur yang diberikan pada aku. makin luas mata aku terbuka bila tengok tempat yang aku rasa sangat asing bagi aku.
“Aku kat mana ni?”
Liar mata aku pandang segenap bilik. Macam kat bilik stor je. Tengah-tengah syok pandang bilik kecik ni telinga aku dengar suara sekumpulan lelaki ketawa. Berdebar-debar jantung. Aku kena culik ke?
Pintu stor dikuak. Terjengul muka seorang lelaki yang aku kenal. Lelaki itu datang mendekati aku lalu lelaki itu duduk disisi aku. Mata lelaki itu meliar memandang atas dan bawah tubuhku. Ada jugak aku cucuk mata dia ni karang!
“Kau!” Aku membentak.
Aku mengengsot badan aku demi menjarakkan tubuh aku dengan Haris. Tak semena-mena Haris usap pipi aku.
“Jangan sentuh aku!” Aku memalingkan wajah. Haris ketawa berdekah-dekah.
“Kau tak bagi aku sentuh pun, malam ni kau tetap akan aku sentuh. Aku dan yang lain dah tak sabar nak makan kau ramai-ramai malam ni. HAHAHA” Haris ketawa lagi. Aku telan air liur.

YOU ARE READING
Aku Malaysia,Kau Korea
RomanceAku nak kau culik perempuan tu dan aku nak kau bawak dia jauh dari hidup anak aku. Terpulang pada korang nak buat apa-apa pun pada dia waktu kau culik dia. Kalau boleh aku tak nak tengok dia depan mata aku lagi. Aku nak hidup dia musnah!" Bentak Pua...