Selepas berzaman zaman kisah tentang dua bulan ini menjadi sejarah bagi orang korea . Ada yang percaya dan ada juga yang tidak. Puteri Bulan Biru dan Hitam ialah Puteri dari kayangan yang mempunyai kuasa yang luar biasa.
Dalam sejarah korea dahulu pernah mengalami kegelapan setelah kematian Raja Juho iaitu Pemerintah negara Korea terdahulu. Pemerintah yang menganti Raja Juho, Raja Sungwoon telah menemui seorang dukun. Mereka mahukan negara korea cerah seperti dahulu. Setelah melakukan ritual untuk beberapa minggu akhirnya negara korea kembali kepada asal.
Pada mulanya , negara Korea aman dan damai sehinggalah hal ini diketahui oleh Puteri Bulan Hitam. Puteri Bulan Hitam turun ke bumi dan menemui Raja Sungwoon. Puteri Bulan Hitam mahukan negara korea ini kembali ke keadaan asal kerana Raja Juho pernah bersekutu dengannya. Jika dia mendapat jawatan pemerintah di negara ini maka negara ini akan jadi milik Puteri Bulan Hitam. Raja Sungwoon langsung tidak tahu menahu tentang perjanjian Raja Zuho dengan Puteri Bulan Hitam.
Dengan penuh amarah Pemerintah tersebut menghalau Puteri Bulan Hitam keluar dari istana dan mengatakan Puteri Bulan Hitam hanya berbual kosong.Sebelum melangkah pergi, Puteri Bulan Hitam berjanji akan merebut kembali negara tersebut.Namun tak semudah itu, kerana dia perlu mencari 7 keturunan dari Raja Sungwoon. Puteri Bulan Biru telah menurunkan 12 kuasa pada setiap keturunan Raja Sungwoon untuk menentangnya. Dia perlu membunuh setiap keturunan Raja Sungwoon agar bumi korea kembali menjadi miliknya seperti yang telah dijanjikan denga Raja Juho.
" akan aku hapuskan keturunan kau.. Tunggu sehingga ke hari terakhir dimana bulan penuh akan menyaksikan kekuatan kuasa aku menghapuskan manusia bodoh di atas bumi !! " ucap Puteri Bulan Biru dengan penuh dendam
.
.
.😊 ⬇Tekan vote ( Star ) untuk bantu saya menaikkan ranking ff ini manalah tahu dengan bantuan anda. Saya dapat terus berkarya sebagai penulis pada masa hadapan. 😉 Thank You Readers...
YOU ARE READING
2 Moons ( HIATUS )
Fantasy6 putera yang mewakili dua bulan cuba menghapuskan kuasa jahat yang akan menakluki dunia. Siapakah yang berjaya ? Putera Bulan Merah & Putih ataupun Puteri Bulan Hitam ? Baca untuk ketahui lebih lanjut ~~~ P/S : Sorry if cerita ni ada merapu sikit...