Clek~
Dengan serta merta pintu tersebut terbuka dengan luas dan banglo itu bertukar menjadi banglo yang indah.
Mulut Taeyong dan Irene ternganga besar.Mereka terkejut melihat kejadian itu.Banglo tersebut bertukar menjadi banglo yang indah dalam sekelip mata.
"Selamat datang.."ucap Shinwon lalu jalan memasuki banglo tersebut.
Irene dan Taeyong mengikuti Shin masuk.Mata mereka masih tidak lepas memandang ruangan banglo tersebut. " ini rumah kau Shinwon ?" Soal Irene
Shinwon mengangguk pantas.
" mewahnya .." Ucap Irene kagum.
Shinwon kembali tersengih sengih kerana melihat gelagak Irene tapi sengihan dia berhenti. Taeyong memandang Shinwon dengan seribu pertanyaan.
" kau Putera bulan putihkan ?" Soal Taeyong takpa mahu berdolak dalih lagi.
Shinwon diam. " kenapa kau merasakan begitu ?"
" kau cuba menyelamatkan Jaehyun kan hari tu ?!" Balas Taeyong.
Shinwon kembali tersengih. Dia melangkah meninggalkan Irene dan Taeyong. Shinwon menjatuhkan punggungnya diatas sofa.
Irene dan Taeyong turut ikut duduk bersama Shinwon kerana mereka yakin Taeyong ingin mengatakan sesuatu.
" aku pikir , aku boleh terus menipu kau tapi tidak kau lebih bijak dari aku " ucap Shinwon. " tak sangkakan rupanya kita akan ditemukan di sekolah yang sama "
" jadi kau betul Putera bulan putih ?"
Shinwon mengangguk " yups..akulah pemilik kuasa Telekenis ..aku boleh hilang dan muncul dalam sekelip mata "
Kata kata Shinwon mengejutkan Taeyong dan Irene. Akhirnya apa yang mereka agakkan benar. Shinwon adalah Putera Bulan Putih. Separuh dari pencarian mereka selesai.
Taeyong tersenyum gembira ." Patutlah banglo ini boleh hilang dan muncul dalam sekelip mata ." Kata Taeyong.
YOU ARE READING
2 Moons ( HIATUS )
Fantasy6 putera yang mewakili dua bulan cuba menghapuskan kuasa jahat yang akan menakluki dunia. Siapakah yang berjaya ? Putera Bulan Merah & Putih ataupun Puteri Bulan Hitam ? Baca untuk ketahui lebih lanjut ~~~ P/S : Sorry if cerita ni ada merapu sikit...