Haechan membaling semua batal yang ada diatas katilnya ke bawah. Dia kesal dengan sikap Jaehyun. Niat dia ingin menolong Jaehyun disalah tafsir oleh Jaehyun.
" aku taknak diorang cederakan kau !! Diorang jahat Hyung " bebel Haechan dengan airmata mengalir.
.......
Irene dan Joy sedang membancuh ramuan untuk memulihkan tenaga Doyoung. Manakala Jaehyun serta yang lain berkumpul.
" aku tak tahu kalau adik aku berkawan dengan Yezi " ucap Jaehyun.
Hongseok tersengih licik. " Yezi seorang yang licik. Tak mustahil kalau adik kau senang terpengaruh dengan hasutan dia "
Jaehyun mengeluh kecil. Nampaknya dia telah gagal menjaga adiknya.
Taeyong mengurut pelan bahu Jaehyun. Dia tahu Jaehyun rasa serba salah dengan apa yang berlaku.
" kita dah takde cara lain. Bulan pun sudah hampir penuh. Kalau Doyoung still tak sedar, kita terpaksa lakukan hanya berlima. Kita harus hapuskan Yezi juga. Ingat kita adalah pahlawan yang terakhir yang ditugaskan untuk menghapuskan Yezi. Kalau sebelum ini Yezi mampu kalahkan tapi TIDAK untuk kali ini. Kali ini kita kena menang " balas Shinwon dengan semangat.
..........
Waktu sudah larut malam. Haechan masih dalam keadaan marah diatas katilnya. Botol air yang Ada disebelahnya diremukkan. Dia mulai menyimpan dendam terhadap Taeyong dan Doyoung. Dia percaya bahawa Doyoung dan Taeyonglah punca segalanya. Punca abangnya berubah.
Tiba tiba muncul sebuah cahaya dari arah pintu biliknya. Haechan menutup matanya akibat silau yang terlalu kuat.
Seseorang keluar dari tempat tersebut dan menghampiri Haechan.
Mata Haechan membulat besar. Dia terkejut melihat perkara tersebut. Haechan bangun. " Noona.."
Yezi tersenyum evil kearah Haechan.
........
Jaehyun pulang dengan wajah yang sayu. Kebetulan Taeil ada disitu. Taeil menghampiri Jaehyun. Dia cuba mengambil tahu permasalahan yang berlaku antara Jaehyun dan Haechan.
" Jaehyun .." panggil Taeil.
Jaehyun berhenti .
" kau kemana sahaja tadi ? " soal Taeil.
" aku pergi melawat Doyoung " balas Jaehyun singkat kerana tiada mood untuk berbual.
" Taeyong tak ikut balik ? " soal Taeil lagi.
" dia temankan Doyoung Hyung ... " balas Jaehyun.
YOU ARE READING
2 Moons ( HIATUS )
Fantasy6 putera yang mewakili dua bulan cuba menghapuskan kuasa jahat yang akan menakluki dunia. Siapakah yang berjaya ? Putera Bulan Merah & Putih ataupun Puteri Bulan Hitam ? Baca untuk ketahui lebih lanjut ~~~ P/S : Sorry if cerita ni ada merapu sikit...