chapter 5

309 18 0
                                    

"Kerja kau main slendrina tu! Pastu malam-malam ngigau!" bebel Liyana pada Izah. Izah menjelir lidah.

"Korang tak pelik ke dengan si Anis. Sejak pada dia balik kem bulan lepas, dia asyik mengadu yang dia sakit belakang. Lepas tu, dah dua kali dia menghilang. Tapi takdek pulak dia bagitau kena culik ke apa benda." ujar Sha.

"Yang first tu dia balik dengan abang dia lah. Dia sendiri yang call balik aku. Pasal sakit belakang tu aku tengok biasa-biasa ja. Takdek pon nampak mcm nak tercabut tulang ke apa." kata Liyana.

"Entah dia dok kawan dengan budak-budak negiria cemana? Bahaya weh puak-puak tu!"

"Kau punya pemikiran tu, tolong bijak boleh dak?! Lagipun, dia dengan lelaki bukannya setara mana. Habis-habis pun Ajwad." kata Liyana. Part Ajwad tu dia slow kan nada. Izah mencebik.

"Kau terus terang je lah kat Ajwad yang kau suka dia. Susah pendam-pendam ni." ujar Sha. Liyana senyap.

Anis terus berbaring di katil. Sakit belakang ni makin terasa pulak. Nak capai minyak atas laci pon tak larat. Anis gagah juga bangun untuk ambil minyak kemudian dia tutup lampu. Dia nak tidur terus. Dia taknak fikir panjang dah. Dengan hanya bersinglet, dia tidur meniarap. Dalam lali kepenatan, dia terasa seperti seseorang mengurutnya. Dia nak tengok siapa tapi kepalanya berat untuk angkat. Mengantuk macam 10 hari tak tidur. Tapi rasa orang yang mengurut ni sama macam mak Aidil.
____________________________________

"Semalam kau urut pakai minyak tu kan?" soal Liyana. Anis mengangguk dan menghirup air.

"Kan aku cakap bau dia mcm kapur barus." sambung Liyana.

"Kau sorang je yang bau benda tu. Aku bau sedap je. Peliklah kau!" kata Anis dan sambung makan burger.

"Buanglah minyak tu. Beli yang baru. Busuk gila! Serious tak tipu. Naik meremang bulu roma aku!" tambah Liyana. Anis buat tak tahu dan melihat pada orang ramai yang sedang mengerumi ni kiosk. Sah ada jual t-shirt bundle. Tu yang ramai. Dalam keramaian disitu, ada satu susuk tubuh yang Anis kenal. Aidil? Anis mengamati betul-betul susuk tubuh itu. Tiba-tiba ada satu bebola hitam bagai halilintar memecut laju lalu meresap masuk ke dalam tubuh Anis.

"Ahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!" jeritan Anis menarik perhatian. Anis menggelupur bagai dia sedang dicekik sesuatu. Liyana mendapatkannya.

"Anis weh!" Liyana cemas. Student lain juga turut cemas melihat Anis menggelupur.

"Kenapa ni?"

Liyana yang menangis mendongak untuk melihat lelaki yang menyoalnya. Siapa dia ni? Tak pernah kenal pun.

"Tak tahu" jawab Liyana. Muka Anis biru kerana tidak dapat bernyawa. Liyana perhati lelaki yang sedang merenung Anis.

"Bagi saya bawa dia. Dia perlu dirawat ni." ujar lelaki itu.

"Bawak dia ke mana?" soal Liyana.

"Nanti saya bawa dia balik. Usah risau." lantas lelaki itu mengangkat Anis yang lemah dan turun dari kafe. Liyana menangis akibat takut. Melihat Anis menggelupur seolah sedang ditarik nyawa. Student lain juga turut aneh dengan kewujudan lelaki itu.

Ajwad terkejut membaca mesej Liyana. Lantas dengan segera dia minta untuk bertemu.

"Memang tak kenal langsung ke?" soal Ajwad.

"Betul. Budak course lain pun pelik dari mana lelaki tu datang." kata Liyana. Ajwad tak torah.

"Saya tak sedap hati."

Liyana pandang Ajwad yang memang sangat risau. Jauh dalam hati Liyana dia jealous. Ajwad punya risau memang jelas.

"Ajwad." panggil Liyana.

Roh Where stories live. Discover now