Chapter 20 - Last

357 30 22
                                    

"Kau.... kau santau Ajwad??" tergagap-gagap Anis menyoal Liyana dlm keadaan menahan geram. Liyan tunduk dan terdiam. Panas suasana malam di parking lot hospital. Panas lagi hati Anis mendengar kenyataan Asyraf tadi. Mujur dia terdengar sebelum Liyana balik. Kalau tak dia masih termakan dgn bayangan plastik rakannya itu.

"Aku benci tengok kau dgn Ajwad. Kau tahu aku sayang Ajwad! Aku suka Ajwad! tapi kenapa kau kahwin juga dengan dia?!!!" jerit Liyana kembali.

"Perlu ke sampai kau santau dia? Perlu ke sampai kau buat dia sakit?!!!" marah Anis dan mencekak baju Liyana.

"Lepaskan!! Ni semua salah kau!! Kau yang gilakan jin tu tapi kenapa kau pilih Ajwad jugak!! Kau patut pergi pada Jin tu!!!" marah Liyana pula.

"Berhentilah!!" pekik Asyraf yang datang entah dari mana. Anis dan Liyana diam sejenak.

"Apa kau nak? Sebab kau perempuan ni tahu! Tapi bagus juga dia tahu, boleh dia bersedia bila Ajwad nak mati!"

Tanpa berfikir, laju tangan Anis memberi tamparan percuma pada wajah Liyana. Asyraf terdiam kerana dia nmpk bukan Anis sendiri yang menerkam. Ada satu daya yg membantu Anis berbuat demikian.

"Kau ni memamg dasar perempuan...!"

Belum sempat Liyana membalas, tubuh Liyana seperti dihenyak suatu benda yang keras sehingga terjatuh dia ke tanah. Asyraf nampak dengan jelas bukan Anis yang buat perkara itu. Anis juga terkejut.

"Apa masalah kauuuu!!!" jerit Liyana dalam geram dan bangun mendekati Anis. Mata mereka saling menikam antara satu sama lain.

"Aku kecewa dengan tindakan kau. Aku tahu kau terlaku sukakan Ajwad tapi aku tak sangka kau ada niat untuk matikan dia! Aku sangka sifat kau memang sekejap baik sekejap jahat. Rupanya, kau memang plastik! Kau terlaku jahat! Kebaikkan kau adalah palsu. Sanggup kau kan? Sanggup kau buat Ajwad menderita muntah darah sampai dia tak boleh makan. Telan air pun terseksa! Sanggup kau biarkan org yg kau puja, org yg kau suka, kau sayang hidup terseksa mcm tu! Perempuan jenis apa kau ni!!!!" Anis mengamuk bersama air mata geram dan amarah.

"Anis istighfar."

"Diam, Asyraf. Kau tahu tak, Liyana. Aku memang menyampah sangat dgn sifat gedik kau pada Ajwad. Tapi aku sabar sebab aku tahu kau terlalu sukakan Ajwad. Tapi,, bila kau buat Ajwad mcm ni, kau rasa aku boleh duduk diam ke? Sebagai kawan Ajwad, sahabat Ajwad dan.... isteri Ajwad, Aku bersumpah kau mati terseksa. Lebih terseksa dgn apa yang kau dah buat pada Ajwad! Dan.... demi nama baik Ajwad, aku bersumpah, kau tak akan hidup bahagia selamanya!" sambung Anis lalu pergi dengan amarah yang membara.

"Bawa bertenang Anis......"

"Macam mana saya nak bertenang? Saya masih rasa bersalah dgn Ajwad. Dia tak boleh pergi sekarang....." balas Anis dalam tangis.

"Rasa bersalah akan ajar kita erti kemaafan. Saya tahu Ajwad dah pun maafkan awak. Jadi, buanglah rasa bersalah tu."

"Aidil.... kenapa semua ni terjadi?" sambung Anis.

"Sebab perkara ni terjadilah awak akhirnya mengaku dgn rela hati awak isteri Ajwad. Hikmahnya, dalam diri awak dah timbul keikhlasan."

Anis terdiam. Airmatanya juga seakan berhenti. Ada betulnya kata Aidil tu. Dia dengan sendirinya mengaku dia isteri Ajwad sebentar tadi. Anis termenung seketika.

"Aidil... terima kasih sebab awak lindungi saya tadi. Saya memang tak kuat untuk bertahan kalau awak tiada."

Tetapi kata-kata Anis itu tiada balasan. Anis jadi risau. Dia tercari-cari dan tiba-tiba ada lelaki berada di belakangnya.

Roh Where stories live. Discover now