AKU memejam mata lama. Menunggu ijab dan kabul itu berjaya di lafazkan.“Aku terima nikahnya Wafia Binti Ariz dengan mas kahwin 300 ringgit tunai.” Mendengar suaranya yang agak tegas itu melafazkan kabul, terus bibirku menguntum senyum.
Ingin menangis? Okay, that’s not my style. Kalau boleh nak je aku melompat sampai ke bumbung masjid ini kerana terlalu gembira. Dan mungkin juga sekarang aku sudah melekat kat atas siling seperti cicakman. Gembira? Ya, aku gembira sangat-sangat. Akhirnya semuanya menjadi kenyataan jugak. Dia… dan aku!
Hahaha…
“Fia…” suara ibu sekali dengan sikunya yang menghentak keras sikuku membuatkan aku terpinga-pinga.
“Hah… hah…”
Mataku terkebil-kebil.
“Kamu ni Fia, baru je jadi bini orang beberapa minit yang lalu, terus hilang ke dunia lain ya? Nih, cik abang kamu duk tercegat macam tunggul kayu kat depan mata kamu, tak sedar-sedar lagi? Tunggu apa lagi… sambutlah tangan tu…” suara ibu walaupun ‘terkawal dalam bisikan’ semata-mata namun tetap membuatkan aku malu.
Aduh, boleh pulak aku mengelamun waktu macam ni.
LELAKI ini merenungku tak berkelip. Dia mendekati katil lalu melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Okey, majlis kita dah selesai. Tunggu apa lagi?” soal lelaki ini dengan wajah yang kelat. Argh, peduli apa aku. Kelat ke masin ke payau ke… yang penting impian aku dah tercapai. Perkahwinan kitorang berjalan dengan lancar.
‘Come on, we’re married. Be happy man.’ Aduh, teringin sangat aku nak keluarkan kata-kata itu tapi mengenangkan wajahnya yang seperti tidak boleh di bawa bergurau buat masa ini membuatkan kata-kata itu hanya terkurung di sudut hati.
Aku menarik kerusi di meja solek. Aku duduk di hadapannya. Bahuku di angkat.
“Memanglah majlis kita dah selesai.So, kau nak apa?” soal aku berani. Apa dia ingat dia aje yang tidak inginkan perkahwinan ini. Eleh, aku pun samalah. Sengajalah tu, nak sakitkan hati aku.
“So, what do you think I’m waiting for, Wafia? Give me what is mine.” Matanya di cegilkan. Aku menjeling tajam. Dengan laju aku menuju ke almari pakaianku. Almari tersebut ku buka rakus. Ku panjangkan tangan ke bahagian yang paling dalam dan paling bawah itu.
‘Bagus. Baik punya tempat kau sorok, Fia.’
Ye lah kan. Lagipun benda ini bukan boleh di letak merata-rata. Jumpa dek tuan rumah memerangkap atuk dan papa, boleh hangus mayat aku. Kalau jumpa dek ibu, boleh lagi di bawa berbincang.
“Kau ni memang tak menyempat-nyempat kan?” bentakku geram. Kertas yang ku capai dari almari ku serahkan kepadanya. Jelas terukir wajah tidak puas hatinya apabila barang yang aku hulurkan bukan seperti yang di pintanya.
Bukan kontrak itu yang dia mahu. Ya, aku tahu. Tapi, aku sengaja…
“Kau jangan cuba nak main-main, Fia. Aku minta dengan baik ni. Kalau aku berkasar, kau jangan nak salahkan aku pulak.” Keras suaranya. Aduh, boleh sakit jantung aku kalau hari-hari di sergah sebegini rupa. Nasib baiklah ini hanya perkahwinan sementara. Kalau tak, memang mayat aku hangus sebelum sempat atuk dan papa yang hanguskan aku.
“Aathif Haiyan, I’m not kidding with you. Aku tanya kau tak jawab. So, aku bagilah benda ini. Manalah aku tahu apa yang kau nak sebenarnya,” jawabku. Tangan di silang menunjukkan keangkuhanku. Bibir ku cebik menambahkan lagi perasa. Biar dia rasa yang kebencian aku kepadanya semakin hari semakin mendalam.
YOU ARE READING
JaNgAn TiNgGaLkAn aKu
RomanceAKU memejam mata lama. Menunggu ijab dan kabul itu berjaya di lafazkan. "Aku terima nikahnya Wafia Binti Ariz dengan mas kahwin 300 ringgit tunai." Mendengar suaranya yang agak tegas itu melafazkan kabul, terus bibirku menguntum senyum. Ingin menang...