Chapter 1: Room 310

648 20 0
                                    

"Dik, ni ha nombor bilik".

Aku tersentak.
"Oh okay, thanks", ucap aku tersenyum.

Selesai sahaja mendaftar, abah dan mama datang mendekati
aku.
"Ha dah siap kan, abah tak boleh lama-lama dah dekat sini. Nak hantar si Ray pergi kem latihan sekolah dia anjurkan. Takut terlambat pula.", bagitau abah sebelum berangkat.
Ye. Ray tu adik lelaki aku.

"Take care of yourself okay, anything call me", ma pula bersuara kali ni. Muka ma sudah kelihatan sedih. Aku pun sedih jugak sebenarnya tapi malas la nak tunjuk depan ma. Lagi teruk nanti ! Hahaha macam drama pulak ha sudah so baik tahan diri jangan nangis please , Joeanna Kristyn.

Maka sesi berpelukan, sesi bersalaman, sesi berlaga pipi pun berakhir. Banyak jugalah kata-kata semangat dilemparkan. Pergh. Makin berat pula hati ni nak berjauhan dengan keluarga. Sigh.

Aku melambai. Sebaik sahaja kelibat mereka sudah hilang daripada pandangan sekali lagi aku menarik nafas panjang. BERMULA LAH HIDUP AKU YANG BOSAN.

Aku mengatur langkah menuju ke nombor yang tentera dekat tangan aku.

310.

BANG ! Aduhhhhhhhh ! Siapa pulak yang langgar aku ni ?!?

First day pun kena hadap macam ni dulu. Haduih. Malang betul nasib aku.
"Jalan tu boleh t-teng..........", ayat aku tak habis sebaik sahaja aku nampak sekujur badan kecil sedang mengutip kembali fail yang jatuh bersepah.

........

CANTIK SIAAAAAAAL !

CANTIK SIAAAAAAAL !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ASDFGHJKL#%$%$#%

Dia segera bangun. Dan........... muka kami agak rapat. Agak ok. Tak la rapat sangat mampus aku koma dekat situ kang.

"Jalan tu elok-elok sikit la. Jangan la suka hati langgar orang. Eee ! ", dia mula bersuara dengan suara yang agak menyakitkan hati.

Eh eh minah ni. Dia yang langgar aku pastu nak marah-marah aku pulak. Dasar perempuan. Aku masih tercegat dekat situ. Terkelu. Entah mengapa. Biasanya aku pakai bidas je balik orang kurang adab ni tapi dia..... sigh

Dia pun berlalu pergi dengan muka yang agak kusam. Haih. Nasib baik cantik. Tak sampai hati nak maki hamun. Kecil hati pula nanti. Aku juga terus mencari perjalanan ke bilik. Sementara tu aku singgah sekejap dekat tandas berdekatan. Tak tahan sangat dah ni hahaha.

Aku basuh tangan dekat sink. Aku cuba menilik muka aku yang bersih dari sebarang jerawat. Betul. Bukan nak bangga tapi itulah hakikatnya. Hahaha k. Masa tu aku dress up sempoi je. Takde la hipster tahap langit ketujuh. Alah, nak pergi belajar je kut. Kesah apa aku. Tapi takdelah tahap tak kesah kalau aku selekeh nak mati. Simple sudah. Aku mengenakan pull hoodie berwarna hitam, slim fit-fit drawstring trousers dan kasut hitam leather and suede high top trainers dan smartwatch di pergelengan tangan kanan. Rambut aku ehem memang pendek. Sekilas tengok daripada belakang memang sebijik kut macam lelaki. But, who cares......

I'm Not StraightWhere stories live. Discover now