Chapter 7 : Selena Elyna

222 12 0
                                    

Aku terjaga. Lihat jam dah menunjukkan pukul 9 am. Hari ni aku free takde class. Aku buka langsir yang tertutup rapat. Kelihatan kereta Starex berwarna putih keluar dari kediaman rumah. Mummy? Oh ya dia ada cakap semalam, pagi ni dia ada benda nak uruskan dekat butik dia. Aku hanya mengintai dari dalam cermin bersiaz panjang tersebut lalu aku bersiap-siap untuk mandi.

Haih bosannya. So aku decide nak pergi lepak dekat starbucks. Takkan la sorang je so aku capai Iphone aku sambil tercari-cari contact list nak ajak teman. Haa! Aku tekan nama yang dipaparkan di skrin.

Damia.

"Hello?", sahut si dia.

"Its Joe la kau tak save nombor aku ke?", tanyaku hairan dengan nada si Mia tadi.

"Save la! Kau tu haa tetiba je call aku. Kalau tak kemain payah nak ws ni kan call",bebelnya pula. Hahaha rindu la.

"Hehehe chill la aku busy kut hm jom lepak dekat tempat biasa? Please say yes", pujuk ku.

"Hmmm okay la aku pun tak buat apa-apa ni. Dalam setengah jam aku ada dekat sana ok".

Panggilan dimatikan.

Aku hanya dress up simple je. T-shirt berkolar warna hitam. Macam biasa aku naikkan lengan sampai ke paras siku. Black skinny jeans dan black vans.

Aku capai kunci kereta Lotus Elise aku. Oh sebelum tu nak bagitau, aku dah ambik dah kereta kesayangan aku ni dekat rumah. Ma ada tinggalkan kunci spare dekat aku so anytime aku boleh balik. Kalau boleh nak duduk sana terus tapi yelah apa pula mummy dengan pa cakap. Tak pasal-pasal kena report dekat ma nanti.

Keluar saja bilik kelihatan pintu kamar Kendall terbuka. Mungkin dia sudah bangun awal pagi. Aku menuruni tangga dan yeah Kendall ada dekat ruang tamu. Sambil ralit bermain Iphone X di sofa. Dia menjeling ke arah aku. Tak puas hati lagi la tu.

Aku cuba untuk memulakan perbualan,

"Kendall, aku nak keluar kejap ni. Nak jumpa member", jawabku sambil mendekatinya.

Dia hanya buat muka bodo je dan takde respon.

"Kau okay tak duduk rumah sorang-sorang ni?", tanyaku lagi. Malangnya tiada respon darinya.

"Wei aku tanya....."

"I'm FINE. Just go la sibuk cara pasal orang kenapa?", balasnya acuh tak acuh.

Aku segera mengorak langkah keluar. Sepanjang aku keluar, terdengar la Kendall mencebek. Mengata aku la tu.

"Better kau tak balik terus", bebel Kendall seorang diri tapi didengari oleh aku. Ah. Lantak kau la. Macam aku hingin sangat duk sebumbung dengan orang macam dia tu. Hell nah.

Aku terus meninggalkan Kendall keseorangan. Biar la. Pandai-pandai la jaga diri ye Miss Diva. Aku memecut laju ke tempat perjanjiaan 'jejak kasih' dengan kawan rapat sekolah dulu, Damia.

Sebaik sahaja park kereta dekat tempat yang disediakan, aku terus menuju ke Starbucks. Hm masih tiada lagi Mia. Aku tengok jam yang aku pakai. Sepatutnya dia dah ada dekat sini hm its ok la mungkin jam kut.

Aku mengambil tempat meja kosong khas untuk dua orang sahaja. Sedang aku duk check Ig, noti ws masuk. Mia.

Mia : where u at? dah sampai ke?

Joe : dah. hurry up i look so lonely
here ya know

Bluetick. Otw nak datang la tu. Aku masih sambung lagi stalk Ig orang lain. Ah tak ramai sangat orang on Ig pagi ni. Jariku terus menekan butang home dan pergi ke aplikasi Twitter pula. Scroll punya scroll ada tweet Kendall dekat timeline. Oh just nak bagitau, aku follow dia lama dah lepas kejadian langgar tu en aku terus cari Twitter dia. Dalam hati cuma nak stalk tapi teringin juga la tengok ada tak dia tweet pasal langgar aku ke. Malangnya takde. So yea aku biar je la walaupun dia tak followback pffft iRedha.

I'm Not StraightWhere stories live. Discover now