selepas peristiwa malam tu, ishraf lebih banyak menjauh dari aleesya. pulang lewat malam dan kluar lebih awal. dia jarang berada di rumah dan masanya lebih banyak terluang bersama kawan-kawannya.
Aleesya sedikit hairan dengan tingkah ishraf. dia mula risau dengan plannya bila ishraf seperti ini. memang rancangannya tidak bermula lagi coz dia perlu ambik tahu tentang ishraf. dari cerita yang dia dapat, ishraf memang banyak kawan perempuan dan dia lebih akrab dengan perempuan tapi dia tiada kekasih. ramai kawan-kawan lelaki sekelasnya mengatakan dia gay. dan dia tidak membantah atau melawan dengan gelaran itu. dia menerimanya dan seperti mengiyakan gelaran itu padanya.
"lees..jauh melamun! ingat kat suami ke?" laila menepuk bahu aleesya. bergetar bahu aleesya kerana terkejut.
"giler ko..nasib baik tak tercabut jantung aku..ko memang sengajakan?"aleesya menjeling tajam pada laila manakala laila tersenyum sumbing padanya.
"maap..tak sengaja la..ko tu jauh melamun..puas aku panggil ko tapi ko wat derrrr je..sakit pula hati kita!" siap dengan aksi lagi laila berkata, membuatkan aleesya tergelak.
"ok la..aku maafkan ko..tapi jangan plak lepas nih ko buat lagi..rasa nak lekuk je kpala ko.."ujar aleesya sambil mengemas buku di atas mejanya.
"eh..lees..ko nak ke mana?"laila bersoal pelik.
"lec dah abiskan tadi..balik la..banyak benda lagi aku nak buat..malas aku nak layan ko!"aleesy bangun dari duduknya dan mengalas beg untuk balik.
"sakitnya ku disini..didalam hatiku..sakitnya ku disini..dengan kata-katamu..sa.."belum sempat laila menghabiskan lagunya..satu hempukan di kepala mengenainya.
"aduh..sakit la weh..bapak aku bayar zakat kpala aku nih..sesuka hati ko je erk.." omel laila.
"padam muka..klau ko nak kena lagi..hah perli aku banyak skit..dah la..bla luh beb.."aleesya melangkah pergi meninggalkan laila.
Hari ini ishraf balik awal ke rumah. Rasa penat dan mengantuk membuat dia memilih untuk pulang awal dan berehat. Tidak seperti biasa, dia akan melepak dengan kawan-kawan terlebih dahulu dan bila malam baru dia akan pulang ke rumah. dua tiga hari sebelumnya dia tidak cukup tido dan rehat kerana assignment yang berlambak yang perlu dihantar dalam masa terdekat.
dia melintasi bilik aleesya dan sepertinya aleesya belum balik. dia masuk ke biliknya dan merebahkan dirinya di atas katil. memikirkan tentang aleesya dah hampir seminggu dia tidak sempat jumpa aleesya. aleesya, nama itu bermain dimindanya. ada rasa dalam hatinya terhadap aleesya tapi dia tak pasti. tapi buat masa skrang, dia begitu ingin jumpa aleesya. cukup klau hanya dapat melihatnya.
dia tidak tahu macam mana dia ingin menerangkan rasa ini tapi setiap masa dan saat, dia hanya memikirkan aleesya. tapi buat masa skrang dia tak sempat nak jumpa aleesya. lagipun, dia tak mahu bertengkar dengan aleesya. tapi stiap kali jumpa, mereka pasti bertengkar. ikutkan kata hati, skrang juga dia nak jumpa aleesya. tapi skrang mesti dia masih di kelas.
Ishraf bangkit dari tidonya dan menuju ke dapur..sepertinya hari ini dia ingin menyiapkan makanan untuk dia dan aleesya. ingin skali, melihat senyuman terukir di wajah aleesya kerana dirinya. dengan tersenyum bahagia, dia berlalu ke dapur.
"ap yang aku nak masak ari nih?"ujar ishraf sambil berfikir. dia bermonolog sendirian.
dia cuba memikirkan makanan apa yang disukai aleesya. tapi tidak terbit di benaknya pun tentang makanan kegemaran aleesya. tersenyum dia sendirian mengingatkan dia dengan aleesya bukan berkahwin atas saling memcintaikan dan dia juga mengenali isterinya itu sejak mula berkahwin sahaja.
ishraf mengambil fon dan membuat panggilan. hanya orang ini yang boleh bantu dia dan sangat mengenali isterinya.
"assalamualikum ma..Ish nih.."salam diberi oleh ishraf bila panggilan yang dibuat berjawab.
"bertuah punya budak..baru skrang kamu nak call mama..busy sangat ke ngan pelajaran.."part nih yang ishraf tak suka dengar bila call mamanya. bukan dia tak mahu call mamanya tapi kekadang terlupa.
"ma..ma..jawab salam ish dulu klau nak marah pun..tak baik tau.. tak jawab salam.."
"pandai la ko nak nasihat mama..ko tu cam mane plak..langsung tak ingatkan mama..waalaikumussalam.." ishraf tergelak sendiri bila mamanya menjawab salamnya juga. tapi tak abis lagi dengan amarahnya tu.
"hah...apsal ko gelakkan mama..walaupun kamu duk jauh dari depan mama..tapi mama tau kamu sedang gelakkan mama..nih..tetiba call mama kenapa? jangan kata kamu rindukan mama..tu tandanya esok dah nak kiamat.."semakin besar gelak ishraf bila terdengar amarah mamanya yang bercampur perlian yang melucukan.
"hishh..mama nih ke situ pula..ish call mama nih sebab rindukan mama la..mama apa khabar?tak nak datang sini jenguk ish ke?" ishraf memanjakan suaranya.
"mama memang bercadang nak ke sana..tapi sebab kan kamu pun dah call mama n mama pun kena pergi ke austria..ada keje skit kat sana sambil jalan-jalan..so mungkin lepas balik dari austria kot mama jenguk kamu.."
"amboi ma..berjalan sakan nampak..jangan lupa mama masih ada saya..anak mama nih.."
"sebut pasal anak..memang mama dah ada anak..n anak mama dah kahwin pun..so bila bleh bagi mama cucu plak.." ishraf tergelak dengan ucapan mamanya.
"mama..ish masih study la..nati sapa nak jaga anak ish klau ish n aleesya pergi kelas..sabar la mama..nati kitorang abis blajar..kitorang bagi la..mama gtau je nak brapa.."gelak ishraf masih bersisa.
"amboi..ko cakap tak pikir pun erk..kamu kena ingat skit..mama bukannya muda lagi..jadi sementara mama masih sihat dan bertenaga nih..bagi la mama cucu..mama nak tengok n main dengan dia.."
"mama..jangan kata camtu ish tak suka..mama blum lagi tengok ish berjaya..mama dah pikir nak tinggalkan ish..ok ma..kita tutup bab tu..ish sebenarnya call mama nih bersebab..hehe" senyuman ishraf terulir lebar bila bayangan aleesya tersenyum terbayang dimindanya.
##########
guys..sori klau citer nih pendek sangat..tak sempat nk update..masa sangat terhad n siyes busy sangat sampai otak tak bleh nak mengarang ayat..tapi hope korang enjoy k..klau ada mana yang kurang atau tak best..bleh tinggalkan komen...jangan segan-segan k..hehehe
YOU ARE READING
That is Mine!! [slow update]
Random"dia gay?mama biar betul saya kawin dengan gay..sampai ati mama buat saya macam nih.." "yup..sebab tu, tugas leesya adalah buktikan pada dunia yang anak mama tu bukan gay. leesya je sesatu orang yang mama harapkan dapat bantu mama..please ye sayang...