Bab 28

6.3K 146 1
                                    

Rezza Haikal merenung handphone yang berdering dari tadi.

Nama gadis pujaannya tertera didalam screen handphonenya.

Hatinya memang merindui untuk mendengar suara milik sang bunga yang telah mencuri hatinya namun fikirannya menghalang untuk mengangkat panggilan tersebut.

' Come on Haikal..mungkin dia dah ada lelaki lain dalam hidupnya so kau tak payah nak angkatpun call dia tu..' Pikiran Haikal.

' Mana kau tahu dia dah ada lelaki lain??Haikal jangan nak buat spekulasi sendiri..macam mana kalau dia sebenarnya takde sesiapapun dalam hatinya..takkan kau nak biarkan macam tu saja..nanti kau jugak yang akan terlepas..angkat saja call tu..kalau dia dah ada orang lain..tak mungkin dia nak call kau..' bisik hatinya pulak.

' Hoiii hati..kau jangan nak hasut dia..nanti kalau kau terluka siapa yang susah??aku jugak yang perlu berfikir macam mana nak tenangkan kau tu..jadi kau jangan nak memandai-mandai..' marah pikiran Haikal.

' Aku bukannya apa..aku taknak Haikal menyesal di kemudian hari..bab cinta-cinta nie kau mana tau..jadi lebih baik kau diam dan ikut kata aku..' balas hatinya pulak.

" Argghhhh..DIAM!!.." jerit Haikal memecah kesunyian didalam bilik ofisnya.

Rezza Haikal mengusap mukanya dengan kasar. Dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan. Hatinya memang mahu bertemu dengan Adrianna sebab dia benar-benar merindui gadis itu, tetapi fikirannya asyik teringatkan perbualan dia dengan lelaki yang mengakui sebagai teman lelaki Adrianna membuatkan kepalanya bagai nak pecah memikirkannya.

Sedang Haikal sibuk melayan hati dan perasaannya, sekali lagi handphonenya berdering.

Nama Adrianna tertera sekali lagi didalam screen. Dengan pikiran yang berat Haikal hanya membiarkan panggilan itu tidak berjawab, ini kali kedua Adrianna meneleponnya namun tidak diendahkannya.

Rezza Haikal masih lagi mengelamun.

Handphonenya yang berdering masih lagi tidak diangkatnya.

Hatinya berbelah-bagi.

' Arghhh..lantaklah..aku peduli apa kalau Adrianna ada lelaki lain ke tak!!mereka belum kahwin lagikan..maksudnya aku masih ada peluang lagi..' desak hati Haikal.

Akhirnya Haikal mengangkat panggilan Adrianna gadis yang dicintai sepenuh hatinya.

" Weii..Assalamualaikum Kal..kau apa ceta??lama tak dengar kabar berita??kau hilang kemana??.." bertalu-talu soalan Adrianna kedengaran dipanggilan.

" Waalaikumsalam.." jawab Haikal.

Hatinya begitu merindui sang gadis yang telah bertahta dihatinya.

" Kal..awak marahkan saya ke pasal saya gaduh dengan sepupu awak Julia hari tu??..sebab tu awak taknak jumpa saya lagi??.." soal Adrianna kepadanya.

Mahu saja Haikal bertanya siapakah gerangan suara lelaki yang mengakui kekasih Adrianna tapi mulutnya terkunci rapat.

" Mana ada..saya sibuk kebelakangan nie..sebab tu tak ada waktu nak jumpa awak.." bohong Haikal.

Sebenarnya dia sengaja menjauhkan diri dari gadis itu.

" Haiii..takkan kerja sampai 24jam kot??.." sinis soalan Adrianna.

' Kalaulah kau tahu apa yang terbuku dalam hati aku ini Adrianna..' bisik hati Haikal.

" Kal..kalau saya ada buat salah dengan awak saya minta maaf banyak-banyak.." kedengaran suara Adrianna begitu lemah-lembut ditelinga Haikal membuatkan hati lelakinya berdegup kencang membuatkan dadanya terasa sesak.

Marrying a Millionaire!Where stories live. Discover now