Manisan Pemakbul Impian {REWRITE}

115 2 0
                                    

"Hajat..."

Terdapat sebuah legenda yang terkenal di antara pelajar-pelajar senior Akademi Rosier. Dikatakan, di dalam hutan Vinewoods jauh di tepi bandar Azalea, ada sebuah kafe menjual manisan bernama "Sweets Lair",milik seorang ahli sihir bernama Amai. Juga, ramai yang berkata manisan yang dijual di situ bukan manisan biasa. Ianya manisan.. yang mampu memakbulkan hajat. Namun...

"Anda..."

...hanya mereka yang mempunyai hajat besar - hajat yang mustahil dilaksanakan sahaja mampu melihatnya. Apa sahaja hajat kita, mendapatkan kekasih secara magis, melaksanakan penipuan - asalkan hajat itu bukan bersifat materialistik. Emas, permata atau seumpamanya adalah benda yang mustahil untuk dicipta melalui magis. Juga harus anda ketahui, setiap hajat yang dimakbulkan anda bayarannya. Jika anda berminat, silalah datang ke kafe "Sweets Lair" yang disebutkan. Sila rujuk peta di halaman kedua. 


"Akan dikabulkan..." 

_____________________________________________________________________________

Mizuki mengeluh, rambut blond nya beralun-alun ditiup angin. "Mana kedai ni?" Dia melihat sekeliling. Kabus mula melitupi hutan Vinewoods, membuatkan dia menggigil ketakutan. "Hey, Amai! Keluarlah!" Dia menjerit, namun langkahnya tiba-tiba terhenti apabila dia mendengar suara di belakangnya, yang kedengaran seumpama seorang gadis sedang ketawa. Dia berpaling. Matanya membulat dan tubuhnya terkaku sebaik saja dia terlihat seorang gadis berpakaian Lolita sedang tersenyum ke arahnya. Rambut hitamnya mengurai lurus, terus ke pinggangnya. Mata violet nya bundar, bulu matanya lebat terletak elok di sekeliling matanya. Kening hitamnya pula umpama dilukis pada wajahnya yang bujur itu. 

Mizuki tergamam. Siapakah gadis ini? Cantiknya! Si gadis tersenyum. "Saya mendengar awak memanggil nama saya." Suaranya lembut, menenangkan sesiapa yang mendengarnya. "Jadi, apa hajat awak?" 

Mizuki tersenyum, melipat kertas di tangannya lalu memasukkan kertas itu kedalam poket uniform sekolahnya. "Saya berhajat..."

"..supaya saya dapat menawan hati seseorang..." Amai tersenyum. 

"Saya ada manisan yang sesuai sekali untuk awak..."

_____________________________________________________________________________

Please send in some wishes... I need them.

Manisan Pemakbul Impian {REWRITE}Where stories live. Discover now