06

54 6 0
                                    

Alamak aku dah lambat!

Sampai sahaja ke destinasi, aku nampak Hoseok sudah menunggu ketibaan aku.

Aku tak rasakan ini satu kesilapan.

-

"Macam mana awak tahu ini bukan penipuan? "

"Saya tak sangka pula wayang tu sampai 3 jam lamanya!"

Kata aku yang sudah penat mengelap air mata sebab wayang tadi.

Huhu sedih.

"Sekarang ni dah lewat"

"Biar saya hantar awak balik"

Kata Hoseok lalu memimpin tangan aku.

Aku tertanya-tanya

Ini kan perhubungan sebenar aku dengan lelaki.

Jadi...

Aku tak pasti.

"Ini semua pokok sakura kan?"

Soal Hoseok lalu menunding jarinya ke arah pokok sakura. Aku hanya mengangguk walaupun tidak tahu sangat huhu

"Bila pokok sakura berbunga?"

soal ku

"Hujung bulan rasanya"

"Bila dah berbunga nanti, mesti cantik kan?"

Kata aku lalu memandang wajah Hoseok.

"Saya bersyukur sebab dapat datang ke Jepun"

Ujar Hoseok.

Aku hanya memandangnya.

Biasalah, blur.

"Mula²nya semua perkara macam tak berjalan lancar. Jadi saya ingat nak balik rumah je"

"Saya gembira sangat saya tak jadi balik. Kalau tak, mesti saya tak dapat ketemu awak, Kei"

Oh my gosh.

Aku hanya memandang mukanya dengan mata bersinar aku tu.

Berapa kali kau buat jantung aku berdegup macam nak meletup?

"Lagipun saya nak hadiahkan sesuatu pada awak"

Hadiah?

Hadiah?

HADIAH?

Sakitnya tu disini di dalam hatiku.

Ok aku sebenarnya benci lagu tu.

Hoseok terus memberi satu kotak kecil berwarna merah pada aku.

Rasanya apa eh dalam ni?

Rantai?

Cincin?

Barang emas?

Haih fikir sampai pulau Tioman.

"Boleh saya buka ke?"

Soal aku lalu memandang Hoseok yang dari tadi senyum. Dia hanya mengangguk.

Yes.

YEEESSS.

Bila aku buka,

Wah.

Kotak enamel yang comel di dalamnya.

Rasa nak menangis pun ada.

"Nampak mahal je."

"Barang antik ke?"

Soal aku yang masih lagi melekat dengan kotak enamel itu.

"Saya minta maaf kalau hadiah ni agak kecil"

Kecil kau kata?

"Ini peninggalan mak saya"

Kata Hoseok lalu memandang aku.

Gagahnya dia.

"Dia pesan berikan kotak enamel ini kepada insan teristimewa dalam hidup saya"

Kata-kata Hoseok membuatkan air mata aku sudah bertakung bagai nak jatuh.

TERHARU WEHH

"Dalam kotak enamel tu"

"ada sebentuk cincin"

Sambung Hoseok lagi.

Air mata ku terus jatuh dari tubir mata aku.

Hoseok terus memegang tangan ku.

Kami berdua berkucup.

Kucupan manis.

Dan aku tak rasa ini satu penipuan.

Aku cintakan dia!

at Japan > HoseokWhere stories live. Discover now