Pakwe Aku Gay

73 2 2
                                    

Aku cerita ini disebabkan tangan ni rasa nak type. Have fun. Newbie dalam wattpad.

Nama aku Isha. Aku tak pernah bercinta dari zaman sekolah rendah sampailah zaman sekolah menengah. Tapi pertama kali aku officially katanya couple tu bermula masa aku sambung diploma.

Nama dia Adam. Muhammad Amirul Adam. Dia tua setahun daripada aku. Adam mempunyai perwatakan seperti lelaki lembut. Tapi bukan pondan okay. Cuma lembut. (Faham kan lelaki lembut macam mana). Adam punya bentuk badan ni memang tegap. Pilihan gadis-gadis lah macam tu. Ibarat tall, dark dan handsome. KJ gitu. Hahaha. Adam ni sangat peramah tak kira sama ada dengan lelaki atau perempuan.Daripada gaya dan jalan si Adam ni, memang tak nampak pun macam lelaki lembut. Bila bercakap jelah nampak lembut dia. Dan dia juga antara yang rapat dengan aku lah. Kira geng-geng lah ni.

Aku dengan Adam ni sekelas dan dia dipilih menjadi wakil kelas oleh pensyarah. Lagipun memang ramai yang pilih dia jadi ketua kelas. Biasalah, orang-orang lembut ni rajin sikit buat kerja nak dibandingkan dengan lelaki yang elok ni. Hahahaha, tak gitu.

Hari berganti hari, dah hampir dua bulan aku menjadi pelajar diploma. Dan selama dua bulan aku berkawan dengan si Adam ni, kami pun makin rapat. Kawan serumah aku pun faham benar rapatnya aku dengan si Adam ni.

Nak dijadikan cerita, pada satu malam. Aku termasuklah kawan serumah aku dengan si Adam ni lepak makan sambil buat kerja dekat mamak. Malam pun dah lewat, aku dengan kawan-kawan aku pun nak balik kolej sambil ditemani Adam ni ha.

Sampai je dekat tangga, kawan aku yang seorang ni Intan namanya menyuruh aku cakap 'I love u' dekat Adam. Aku pun apalagi, tanpa berfikir panjang pantas mengucapkan 'i love u' kepada Adam. Dan, kawan-kawan aku ni pula minta Adam membalas balik kepada aku. Adam mengambil masa yang agak lama untuk balas dan akhirnya 'I LOVE YOU TOO' kedengaran dari mulutnya. TETAPI. Suara Adam yang lembut tidak kedengaran malah suara lelaki daripada Adam yang keluar.

Malam itu tidak berakhir begitu sahaja. Selepas Adam pulang ke kolejnya, dia terus menelefon aku. Dia inginkan kepastian, adakah ungkapan aku itu tadi benar-benar ikhlas ataupun main-main. Ya, aku jujur kepadanya itu ialah pengakuan ikhlas aku kepadanya walaupun aku disakat oleh rakan-rakan aku.

Aku juga bertanya kembali kepada Adam. Dia pula bagaimana? Adakah terpaksa untuk membalasnya atau ia juga benar? Dan, ya. Jawapan kami sama. Dan,bermulalah malam itu, aku dan Adam secara rasminya bergelar pasangan kekasih.

Kisah kami bagi aku sangat lah romantik. Tapi bukan romantik apa. Walaupun Adam seorang yang agak lembut, sebenarnya dia merupakan seorang yang sangat romantik. Baik. Mungkin mula-mula bercinta mungkin. Semuanya manis belaka. Hari-hari yang kami lalui sebenarnya kawan-kawan aku tidak tahu menahu tentang hubungan aku dengan Adam.

Tapi selepas hampir dua minggu rahsia yang dipegang rapi oleh kami berdua akhirnya pecah. Rakan kelas, rakan rumah termasuk juga para pensyarah juga tahu mengenai hubungan kami.

Tapi langit tidak selalunya indah. Pada satu pagi , semasa kelas Bahasa Inggeris, salah seorang kawan aku melihat ada plaster di bahagian leher Adam. Dia bertanyakan kepada Adam. Apakah yang berlaku kepada Adam sampai berplaster bagai? Adam hanya menjawab luka kerana terkena jam tangan sebab gatal.

Aku hanya mempercayainya. Sehinggalah petang itu, kawan-kawan aku menahan Adam. Akhirnya Adam membuka cerita yang itu bukanlah luka tapi lovebite yang dibuat oleh kawannya. Dan bukan sahaja di bahagian leher tapi di bahagian dada Adam juga terdapat hampir kesemuanya belasan lovebite. Sebenarnya aku telah diberitahu mengenai malam tersebut yang Adam mahu keluar bersama rakannya.

Perasaan aku pada masa itu, cuma kecewa. Ya, agak kecewa sebenarnya kerana tidak sangka aku akan diperlakukan begini. Sudahlah pertama kali bercinta. Kena pulak buat macam ni. Aduh, tragedi Oktober.

Dan lepas kejadian tu, kawan-kawan aku mula mengorek cerita daripada Adam mengenai apa yang terjadi pada malam itu. Akhirnya, lovebite yang ada pada badan dan leher Adam itu bukanlah perempuan yang buat tapi lelaki. Ya, LELAKI. wow... Kisah aku sangat drama. Ini kerana kalau lihat drama-drama tv , kisahnya curang bersama pasangan yang tidak sejenis tapi kisah aku. Aku diduakan oleh LELAKI. TERBAIK.

Tak lama lepas tu, dengan bantuan kawan-kawan aku, aku dengan dia putus. Kerana itulah yang terbaik untuk aku yang masih mentah dalam bab-bab bercinta ni. Lepas aku dengan Adam putus, aku tidak lagi berhubungan dengan dia walaupun kami sekelas.

Dan, apa yang aku tahu, dia jadi semakin liar dan suka keluar malam.

Dan akhirnya ,keputusan peperiksaan untuk semester pertama Adam teruk hingga dia gagal.

*So, kalau ada feedback, kisah ni akan disambung*

Adakah peluang kedua akan diberikan kepada Adam selepas apa yang berlaku? Nantikan 

Pakwe Aku GayWhere stories live. Discover now