Bab 2

1.1K 10 0
                                    

5 tahun kemudian ...

"Awak buat apa tu ? Kenapa muram jeh delissa ? penat ke ? atau masih teringat kisah lama awak . maaf laa kalau saya banyak tanya " kata syed

"It' s okeyy syed , awak dah tahukan kenapa saya macam ni . Saya memang nak lupakan kisah lama tapi susah syed . Dia orang pertama yang saya cinta , orang pertama bertakhta di hati saya . Entah laa . Hm " balasku

"Jangan siksa diri awak tu , saya percaya kalau dah jodoh tak ke mana " katanya

"Bukan saya tidak percaya pada jodoh syed , cuma awak kena tahu , tiada perempuan yang sanggup berkongsi apatahlagi kalau melihat kekasih hati curang , hancur hati saya syed " balasku dan air mataku jatuh seakan tidak dapat ditahan lagi . Lebih baik kita ditinggalkan kerana tidak sefahaman daripada dicurangi. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Susah untuk aku lupakan apa yang telah dia lakukan. Setia itu sangat berharga dan tidak semua manusia dapat melakukannya.

"Bersabar la , saya tahu awak kuat delissa " sambil memegang tanganku supaya aku dapat bertenang .

Delissa

Harini aku hendak bersiar siar di tepi pantai untuk melihat pemandangan sambil melupakan kisah lama .
Hatiku berasa sedih melihat pasangan yang sedang bermadu kasih tetapi apakan daya aku harus berusaha untuk melupakan .

Semasa termenung sambil duduk diatas pasir , aku terpandang akan susuk tubuh yang sangat aku kenali , cepat cepat aku menutup muka . Aku melihat darwish sedang jalan berseorangan , aku tidak pasti apa yang dia buat di sini tapi yang pastinya aku harus lari dari sini . Tolong la jangan berpaling ke arahku . Sedang aku cuba melarikan diri aku terdengar suara garau menegurku "delissa ? sayang ?" dada ku berdebar bagaikan mahu pecah , aku sangat mengenali suara itu , suara yang sangat aku rindui , ya dia lah darwish . Aku mempercepatkan langkahku dan terus kearah hotel supaya dia tidak dapat mencariku .

Semalaman aku menangis sehingga air mata ini kering dengan sendirinya . Mengapa dia muncul semula selepas bertahun aku meninggalkannya , mengapa aku harus bertemu dengannya disaat aku sedang merawat hatiku yang luka ini . Walapun aku sangat mencintainya aku tetap tidak dapat memadam memori bahawa dia telah curang dah menduakan aku. Adakah dia lupa bahawa dia telah mencurangi aku. Kenapa dia masih mengejar aku. Apa dia tidak malu dengan apa yang telah terjadi. Akhirnya delissa tertidur dengan linangan air mata .

Darwish

Semasa di tepi pantai aku ternampak seorang wanita yang sedang menutup muka , seaakan dia sedang melarikan diri dari seseorang , aku menapakkan kaki ku kearahnya dan semakin dengan aku dapat merasakan bahawa wanita itu adalah delissa . "Delissa ? Sayang ?" ujarku tetapi dia melarikan diri dari ku walaupun aku memanggilnya . Dia berjalan dengan laju dan menaiki teksi sebelum sempat aku mengejarnya .

Mengapa delissa meninggalkan aku selama 5 tahun tanpa sebarang berita . Bila aku bertanya kepada ahli keluarganya , tiada siapa yang tahu kemana delissa pergi dan mengapa dia pergi . Hatiku sangat merinduinya , aku tetap mencari delissa walaupun sudah 5 tahun berlalu . Delissa kenapa awak tinggalkan saya . Please come back sayang, sekurang - kurangnya bagi tahu saya sebab awak tinggalkan saya. Saya tak sanggup nak menahan rindu terhadap awak. Tiap hari saya teringat tentang awak. Tiada sehari pun saya melupakan cinta saya pada awak. Saya perlukan awak dalam hidup saya delissa. Saya tak tahu macam mana saya nak hadapi semua.
_________________________________________

Delissa bercadang untuk kembali ke malaysia . Rindu pada keluarga tercinta dan kerana dia sudah tamat belajar. Delissa juga sebenarnya ingin lari dari darwish kerana dia tahu darwish akan mencarinya . Syed menemani delissa ke lapangan terbang . Delissa perasan riak muka syed yang begitu kecewa selepas mendapat berita bahawa dia hendak pulang ke malaysia.

"Awak jangan risau ye syed , saya takkan lupakan awak kalau ada masa melawat la saya kat malaysia" ujarku .
" Saya akan merindui awak delissa , saya harap awak takkan lupakan persahabatan kita ni ye" balasnya dan terus memeluk tubuhku . Aku kaku di dalam pelukkannya , tidak tahu hendak balas atau pun tidak dan akhirnya aku hanya diamkan diri . Tanpa mereka menyadari ada sepasang mata yang sedang memerhati .

Di dalam kapal terbang, delissa terleka memikirkan hidupnya. Dia harus kembali kerana keluarganya masih ada di Malaysia. Hanya kerana seorang lelaki, dia terpaksa pergi meninggalkan Malaysia. Delissa tekad untuk pulang tanpa memikirkan lagi tentang Darwish.

----------------------------☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

#maaf sebab bab ni bosan sikit , tolong jangan kecam , saya masih baru lagi 😪😪😪😪

First Love Where stories live. Discover now