Bab 3

1K 11 0
                                    

Sampai sahaja di lapangan terbang hati aku berdebar . Dah 5 tahun tidak berjumpa keluarga , aku belajar di luar negara untuk jauh dari darwish , dari kesedihan hati ini .

Sampai sahaja di rumah keluarganya , delissa berasa sayu kerana dia sangat merindui keluarganya .

"lissa !!! Anak mummy , kenapa tinggalkan mummy tanpa berita sayangg , mummy tahu awak tu belajar kat sana tapi kenapa tak melawat mummy ? Tak bagi mummy alamat awak kat sana sayangg ? Mummy rindu sangat kat anak mummy ni " ujar mummy delissa dengan riak yang sedih kerana sangat merindui anaknya itu. Datin  tidak tahu bahawa delissa pergi kerana terluka dan sebagai ibu dia sangat risau akan anaknya, lebih - lebih lagi kerana delissa perempuan. Namun Datin percaya bahawa delissa dapat menjaga diri dengan baik. Buktinya delissa berjaya habis belajar dan kembali ke Malaysia dengan selamat dan sihat.

"Maafkan lissa mummy , lissa ada sebab buat macam ni tapi lissa belum bersedia nak cerita dengan mummy" sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Maafkan lissa mummy, lissa pergi kerana terluka. Lissa tidak mahu mummy risau dan lissa pergi demi kebaikkan semua. Lissa hendak pulang dengan membawa kejayaan dan melupakan memori pahit yang telah terjadi.

Pada malam itu, Delissa termenung ditepi kolam mengenang peristiwa pahitnya itu , walau macam mana pun dia membenci tapi sayang itu tidak pernah pudar , betul kata orang bahawa cinta itu buta . Cinta membutakan mata manusia untuk mencintai seseorang walaupun disakiti .

Keesokkan harinya delissa berjalan keluar dari rumah untuk berjoging , sambil - sambil menikmati udara segar . Sedang leka dia berjalan untuk menikmati udara segar , sebuah kereta berhenti betul betul dia hadapannya , delissa sangat terkejut . Delissa cuba untuk lari tetapi malangnya dua orang lelaki memakai topeng muka berwarna hitam , belum sempat delissa menjerit untuk meminta tolong salah seorang dari mereka menekup mulutnya dan akhirnya delissa pengsan dan tidak sedarkan diri .

Dengan perlahan2 delissa membuka mata , dia berasa pening2 , mungkin akibat kejadian tadi . Tiba - tiba matanya di besarkan kerana tersedar bahawa dia telah diculik , tetapi dia berasa pelik kerana dia seakan2 mengenali bilik yang besar ini . Tiba - tiba pintu bilik terbuka , dan delissa sangat terkejut apa melihat susuk tubuh itu .

-------------------------☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

#hambar hahahaha maaf laa idea ada tapi bukan untuk bab ni , pendek sangat ke ? hahaha okey la dari takde , jangan kecam 😂 siapa laa yang culik ni haihh hahah

First Love Where stories live. Discover now