Tuan Wildan...wild wild wild

209K 814 7
                                    




Derap kaki berlarian. Kuat menghentak. Tangga yang jadi pemisah antara tingkat bawah dan atas pejabat itu seakan mahu runtuh. Dihentak-hentak kasut bertumit tinggi gadis yang berambut ikal hitam pekat yang berjuntai sehingga ke paras bahu. Rambut itu terbuai-buai dibawa gerakan badannya.

Nafasnya laju. Pipinya basah. Degup jantungnya kencang. Panas...badannya membahang. Namun, gemuruh yang membungkus di setiap ceruk tulang-belulang badannya itu, tidak menggentarkan nalurinya. Dia telah bersedia. Walau terpaksa, dia tetap akur.

Hurgh! Hanna Awliya merengus tanpa sedar.

Ini semua salah Nor Ain, rakan sekerjanya itu. Suka hati sahaja bercuti tanpa sebab, tanpa notis. Tak pasal-pasal pula Hanna yang terpaksa ambil alih tugas itu. Kalau setakat nak selak laporan, buat kira-kira atau jumpa pelanggan, dia tak kisah sangat pun. Walaupun dia tidak biasa, dan terpaksa berhadapan dengan manusia yang pelbagai kerenahnya, itu lebih baik.

Bukan tugas yang satu ni. Kena menghadap tuan besar yang pantang tengok perempuan berdahi licin tu. Hurgh! Sekali lagi, Hanna merengus dalam hati.

Entah benar entah tidaknya, wallahualam, Hanna sekadar mendengar desas-desus daripada rakan-rakan sekerja di jabatannya. Belum pernah juga dia bertentang empat mata dengan lelaki yang digelar 'wild' secocok namanya itu.

Sama ada rela atau terpaksa, Hanna sendiri tidak pasti sebenarnya. Di satu pihak, inilah peluang yang dibayangkan Hanna sejak pertama kali mencuri-curi melihat kelibat Tuan Wildan Aekthar dari jauh. Ketika lelaki itu masuk kerja waktu pagi atau balik dari kerja petangnya.

Di satu sudut pula, hati kecilnya berbisik-bisik. Ganjil tegahan itu. Aneh sungguh darah yang mengalir dirasakan saat dia sampai di tingkat atas bangunan pejabat 3 tingkat. Mungkinkah ini adalah nasib malang yang bakal menjerat hidupnya?

Sampai di depan pintu bilik tuan besar, langkah Hanna terhenti. Dia kesat peluh yang menitik. Dia selak rambut dan rapikan lagi. Dia kemam bibir biar nampak basah dan seksi... Opss! Bukan nak menggoda, tau!

Tujuan tidak lain melainkan untuk menggepal keyakinan diri agar nampak berkaliber di hadapan majikan sendiri. Mana tahu, rezekinya melimpah-ruah hari ni. Tanpa sedar, terketuk hati si tuan besar. Tup tup tup...Hanna naik pangkat. Ha...macam tu jer. Best giler ni.

Hampir sahaja Hanna tertawa sendiri mengenangkan angan-angan Mat Jeninnya itu. Hanna genggam fail putih setebal dua inci dan rapatkan ke dada. Blaus putih dari kain sifon plain dan nipis dengan potongan lengan pendek dan longgar dirapikan di bahagian pinggang. Biar nampak kemas. Manakala skirt ketat berwarna hitam yang mengikut potongan punggungnya sehingga ke paras lutut itu, digunakan seketika untuk mengesat peluh di telapak tangan.

Benar! Dia memang yakin namun tetap membelit gemuruh. Dada berdebar kencang. Cuba ditenangkan.

"Hanna!"

Hanna tersentak. Namanya disergah dari belakang. Pantas, dia menoleh. Bertembung mata dengan Fadhil yang berdiri mencekak pinggang.

"Apa lagi yang awak buat tu? Sudahlah lambat, ada masa nak berdandan pula. Ingat awak di dalam tu nak buat catwalk ke? Nak jadi isteri tuan besar?" sinis sungguh sergahannya.

Berdesing telinga Hanna menerima arahan daripada pengurus jabatannya yang seperti biasa, suka menjaga tepi kain pekerjanya. Hanna mula panik. Dia pantang disergah. Pantang diherdik. Keyakinan dirinya akan jatuh berguguran.

"Apa tunggu lagi? Cepat masuk! Bos dah lama tunggu awak tu." Fadhil memekik lagi.

Kalut dan menggelabah, Hanna terus sahaja memutar tombol pintu dan membawa dirinya masuk. Kemudian, daun pintu dilepas dan ditutup dengan bantuan kakinya. Sesaat, pandangan tertera ke meja besar yang kosong. Matanya membundar. Besar-besar.

SATU MALAM SAHAJAWhere stories live. Discover now