Hanna oh Hanna, hurmmm!

132K 690 15
                                    




Wake up Hanna...a such dreamer? Selalu termenung, selalu mengigau tak tentu pasal.

Tidak tahan menanti perempuan itu bersuara, tangan Wildan naik menyentuh pipi Hanna. Ditepuk sekali, menyedarkan gadis yang sedang khayal di hadapannya. Terkulat-kulat Hanna menyentuh semula pipinya. Berbekas rupanya sentuhan Tuan Wildan itu. Terasa jiwanya berkocak-kocak.

"Saya tanya awak dari department mana?" soal Wildan kian garang.

Atau sebenarnya memarahi kelancangan diri sendiri. Tingkahnya yang tanpa segan silu menyentuh pipi gadis tadi. Saat dia rasa betapa dinginnya kulit itu, hati Wildan jadi cair. Seganas-ganas renungannya tadi kini jadi malap pula. Sekecoh-kecoh emosinya tadi kini jadi senyap. Aneh sekali. Hanya kerana menyentuh pipi gadis itu.

Sekerlipan itu, fikiran Wildan pula yang meliar. Membawa dirinya ke dunia khayalan. Mengimpikan bibirnya pula yang lincah bermain-main di pipi gebu itu. Membayangkan pula tangannya nakal berlari-lari dari seluruh wajah ke bibir sebelum jatuh ke leher gadis itu. Turun dan terus turun.

"Tuan...saya...saya bawa fail untuk tuan. Laporan 3 buah rumah yang dah siap...diubahsuai." Hanna cuba menerangkan tujuannya seperti mana yang dia telah berlatih sebelum ke tingkat atas pejabat Unggul Atur Kreatif Sdn. Bhd. tadi. Sebelum memasuki bilik pejabat Tuan Wildan yang berkelakuan tidak senonoh itu.

Wildan tersedar saat suara lembut berdesis indah di pendengaran. Diamati sungguh-sungguh pekerjanya yang tidak pernah muncul di hadapannya itu. Bagaimana dia boleh terlepas pandang? Bagaimana dia tidak tahu ada intan dalam pejabatnya? Sungguh! Dia hampir terlepas mutiara yang menyilaukan nafsunya itu.

Menyedari pipi si gadis basah, dan seluruh badan itu pastinya berkeringat, Wildan berganjak ke mejanya. Mengambil remote pendingin hawa dan menekan ke had maksimum.

Biar gadis itu beku, kesejukan. Biar Wildan juga beku, kedinginan. Kerana apa yang dirasakan oleh tubuhnya sekarang adalah kehangatan yang tidak pernah dirasakan selama ini.

"Wild..."

Terlupa seketika bahawa ada makhluk lain yang berada di antara mereka, Wildan tepuk dahi sebelum duduk di atas mejanya. Di penjuru meja itu.

"Tuan Wildan." Dia membetulkan panggilan gadis yang sudah berpakaian penuh di belakang Hanna.

Seraut wajah yang baru ternoda itu tadi, kini berubah kelat. Tetapi, dia akur. Mendekati Hanna dan membelek atas hingga bawah.

"Tuan, dia ni dari marketing department. Pekerja baru. Kerani jer pun. Tak tahu apa kes dia boleh naik atas ni pula." Gadis itu melenkolikkan suaranya. Menjeling Hanna tanpa senyuman. Sinis nadanya itu kalau bukan berniat menyindir Hanna, sengaja menyakitkan hati gadis itu agaknya.

"Saya tak peduli. Sekarang awak boleh pergi."

"Tapi tuan, kita belum..."

"Urusan kita dah selesai. Titik." Wildan menguis-nguis tangannya di udara. Mengusir perempuan itu. Hilang minat akhirnya.

"Tapi..."

"Awak tak perlu susah-susah lagi. Saya dah ada ikan yang lain."

Ha? Ikan? Nasib Hannalah.

Tu diaaa! Tunak mata Wildan menikam ke muka Hanna. Senyumannya menjadi nakal. Menjadikan Hanna kecut tidak terkata. Bait-bait kata Suraya bergaung-gaung dalam kepalanya. Terasa mahu pecah. Pasti Suraya akan mentertawakan dia sebentar lagi.

Alahai... kenapalah Encik Fadhil memilih dia pula menghadap Tuan Wildan dan bukan kak Suraya seperti kebiasaannya. Dia dan Suraya berkongsi skop kerja. Bahkan dia diambil bertugas pun demi menggantikan Suraya yang akan bercuti panjang kerana bakal melahirkan anak.

SATU MALAM SAHAJAWhere stories live. Discover now