Bab 7

35 3 0
                                    

"Apa yang lain ?".

Aaqif mengendahkan soalan aku dan terus menarik tangan aku. Kami terus berlari ke bilik di hujung koridor.

Sebaik sahaja kami masuk, Aaqif terus menutup pintu. Dia menindih pintu dengan alamari.

Almari ?

Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Ini bilik yang sama dalam mimpi aku. Situasi pun sama, cuma tak de..mayat.

Bilik ni tersusun rapi. Bilik tidur. Mungkin bilik tidur seorang remaja perempuan, sebab bilik ni warna pink.

"Fuhhh, kalau kau lari lembab sikit tadi..haihh", keluh Aaqif. Dia kini menarik nafas lega. Dia menuju ke katil dan terus baring.

"Apa yang kau lega sangat ni ? Ada orang gila dengan parang tau kat luar sana. Aku dah mimpi benda ni Aaqif. Aku tak nak mati dekat tangan lelaki gila tu. Do something !".

"Chill la. Dah pukul berapa ni. Esok aku sambung fikir", balas Aaqif. Dia terus melelapkan mata.

Dah pukul satu pagi. Aku tak faham. Apa yang sebenarnya semua ni.

"Aaqif, jangan la tidur. Jangan tinggalkan aku sorang. Aku takut", aku menggerak-gerakkan tubuh Aaqif.

Harini Aaqif nampak lain. Dia bukan lagi lelaki berjubah yang aku kenal. Dia hanya pakai T-shirt putih dan seluar jeans jenama Lee. Dia memakai jam tangan dan topi berwarna hitam serta kasut Converse hitam-putih.

"Aaqif, apahal kau hipster sangat harini ? Kau nak try ikut fesyen ke ?", soal aku kepada Aaqif yang masih melelapkan mata. Selepas mendengar soalan aku, dia terus bangkit dari tidur.

"Aku handsome kan ? Hehh, aku tau kau melting", dia memuji diri sendiri.
Isi bakul angkat sendiri.

"Kau sempat bergurau ? Kau tau tak aku tengah takut gila sekarang ni ?".

Aaqif tersenyum lalu baring dengan kedua tangan diletakkan di belakang kepalanya.

Harini Aaqif memang lain. Bukan hanya dari segi pakaian, perangai dia juga berbeza. Dia nampak macam..playboy. Dia bukan lagi lelaki alim yang pemalu aku pernah kenal.

"Aina.."

Aku terdiam. Aku hanya duduk disebelahnya di atas katil sambil menunggu sambungan ayatnya.

"Kita dua orang je tinggal sekarang ni",

Apa..apa dia maksudkan ni. Apa maksudnya dengan kita dua orang ?

Aku ingin bangun dari katil tetapi ditahan oleh Aaqif. Dia menggenggam tangan aku dengan kuat lalu bangkit untuk duduk menghadap aku.

"Sekarang kau yang kena pilih. Kau, atau aku".

Apa yang dia maksudkan ? Aku hanya terpinga-pinga memandang wajahnya. Wajahnya yang tadi tersenyum manis, kini serius.

"Kau pilih", Aaqif mengeluarkan pisau dari poket seluarnya. "Pilih. Kau, atau aku yang kena mati dulu".

MATI [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now