Kejutkan Aku Bila Oktober Berakhir

80 1 0
                                    

2006


Pada tarikh 6 Oktober 2005 selepas hidup ini tak bermakna lagi-- aku di bawa lari jauh dari penipuan dunia ini. It's sucks. Terpaksa hidup sendiri. Dalam hidup aku sudah tidak ada senyuman. Setiap hari cuma punya tangis dan kemurungan. Untuk sebulan aku tidak bercakap banyak, mengalami masalah murung dan bila malam akan menangis sehabis mahu.

Bukan hanya kerana Mak sahaja yang aku tangiskan, kehidupan aku terlampau susah. Semua tak macam biasa biasa lagi. Sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerana penuh dengan kebencian hidup orang lain selama ini.

Setiap kali Oktober, hidup aku akan malang. Akan jadi murung seperti dihidangkan malaikat-malaikat di sekeliling aku untuk seluruh bulan itu adalah bulan yang paling malang dalam hidup aku. Semua yang paling aku ingat adalah di dalam bulan ini.

-- Hari ini, aku dah penat untuk menyatakan yang aku terlalu rindu pada Mak. Dah berapa bulan aku terpisah dari dia. Aku masih bersekolah. SK Tun Dr Ismail, Perak. Mak di Negeri Sembilan. Berubat. Betapa aku mahu berada di sisi Mak waktu ini. Menginginkan di cinta seperti biasa oleh kasih Mak. Mak, hari ini dah 1 Oktober 2005. Bila Mak nak balik?

-- Pagi dingin. Sejuk mencengkam. Seperti biasa, bangun seawal jam 6 pagi untuk ke tandas. Elak daripada berebut dengan sepupu yang lain. Sejak Mak berubat di Negeri Sembilan, aku menumpang di rumah Mak Yah (Mak Saudara) di Kg. Buaia, Perak.

-- 5hb Oktober 2005 merupakan Ramadhan yang pertama tanpa Mak. Selalu bangun sahur Mak yang akan kejut. Dengan suara lembut dia. Dengan penuh tertib dia. Papah aku ke kerusi dan meja makan kalau aku mamai. Tapi itu dulu. Hari ini, tahun yang ke sebelas umur aku, bangun sendiri. Kejutkan sepupu yang lain untuk sahur. Aku cuma mengharapkan tubuh Mak keluar dari dapur menghidangkan makanan. Cuma itu yang aku mahu.

Berbuka tidak ada yang istimewa. Beberapa bulan lepas Mak janji nak berbuka sama-sama. Berhenti berniaga macam tahun-tahun sebelum ini. Pergi terawih sama-sama. "Mak nak tahun ni bulan puasa kita anak beranak sekali pergi masjid solat terawih." Itu ayat Mak.

-- Aku fikir aku sudah ditimpa malang. Tidur langsung tak dapat nyenyak. Bangun sahur dan cuba lagi untuk tidur selepas itu. Pagi Khamis itu terlalu susah untuk mengharunginya. Pukul 530 pagi dah bersiap-siap untuk mandi. Nak gosok baju, tiba-tiba iron jatuh atas tangan kanan. Tangan melecur. Tapi masih lagi boleh bertahan untuk gosok baju dan terus ke sekolah.

Kawan-kawan tanya pagi tu, "Kenapa tangan kau?" waktu kutip daun-daun gugur dekat padang sekolah. Ya, itu adalah rutin di SKTDI dulu. Aku cuma cakap tak ada apa-apa. Kelas Cikgu Zahid bosan. Aku termenung jauh. Seberapa ketika lepas itu, phone NOKIA 3310 yang Ayah beri tempoh hari berdering. Aku gelabah dan berlari ikut pintu belakang kelas.

Nombor yang tertera adalah daripada rumah di Negeri Sembilan. "Nak bagitahu dia ke?" Lalu panggilan terputus. Aku masuk ke dalam kelas dalam keadaan bingung. Dan menyambung menungan. Pintu di ketuk. Dua kelibat murid darjah enam menyeru nama aku.

Berita Mak meninggal telah menjahanamkan perasaan aku pada hari Khamis, 6hb Oktober 2005 bersamaan 2 Ramadhan. Segala rasa cela telah membuat aku ingin mati mengikut Mak ke atas langit. Maka aku berada dalam tempoh satu bulan yang semua orang tidak nampak sinar pada mata aku. Muka dan mata yang kosong. Tidak bercakap sedikit pun. Bila malam menangis sekuat mahunya. Tidur dan terjaga. Seluruh Oktober itu kosong tanpa sedikit pun dari kotak suara terdengarkan di sebelah siangnya.

-- Oktober 2006, aku bergaduh dengan adik tiri yang melemparkan kata-kata kesat ke arah aku. Dia kata aku adalah penumpang. Dia kata aku pembawa malang di rumahnya itu. Bumi Kelantan melaknat dengan kehadiran aku. Dan dia menyuruh aku pergi berambus dari rumah itu.

Aku tak fikir panjang. Keputusan untuk melarikan diri adalah keputusan muktamad. Melarikan diri ke entah mana tempatnya dengan kudrat sendiri berjalan kaki.

-- Oktober 2007, dan aku tidak pasti siapa bayangan tidak berjasad mengikuti aku sepnajang malam itu. Menenung tajam dan terus memerhati gerak langkah aku. Hanya kaku dalam bayangan hitam dia. Memerhati lagi dan lagi. Seterusnya membenarkan aku diracau secukupnya. Merumahkam jasad tanpa pernah segan aku bukan milik dia.

-- Oktober 2008, perasaan yang hancur dengan caci maki orang telah menghadam dalam otak. Aku berlari ke atas bangunan paling tinggi di sekolah dan mahu melompat dari sana. Mungkin menyabut nyawa sendiri adalah perkara yag paling bagus sekali untuk merasa tenang? Tapi jasad di tarik dan ditenangkan manusia ini. Memberi kata-kata yang membina untuk hidup.

-- Oktober 2009, PMR adalah penentu. Entah macam mana malam sebelum paper Matematik, sakit gigi tiba-tiba datang. Rasa macam yang nak mati sebab dia menarik ke mata dan kepala. Aku menangis yang teramat bila mata mula hitam. Tak nampak apa-apa. Aku fikir aku akan mati. Tapi tak. Masih ada nyawa yang bersisa.

Manusia yang tahun sebelumnya tadi masih wujud, dan dia bikin onar. Bawa untuk ikut berjudi kasih. Menghabiskan duit untuk dia. Entah berapa 4 angka kosong titik kosong kosong diberi kepada dia dengan tidak pernah tahu rasa sebenarnya aku dikhianati.

-- Oktober 2010, Fika call. Dia menangis. Aku fikir mak dia sudah meninggal. Tak. Bukan mak dia. Tapi. Kimi. Amir Hakimi. Kawan sekolah rendah aku. Kawan yang nakal dan memberi salah satu pengalaman terbesar dalam hidup kau. It's been 5 years without any news about him. Dan kali terakhir aku berjumpa dia adalah perjumpaan yang terakhir kalinya.

Beberapa hari kemudian, Fika call aku disebelah malamnya. The same date where Mak meninggal 5 tahun lepas. Fika menangis lagi. Mak dia meninggal.

Aku pulang daripada rumah belakang. Maghrib bertandang. Apabila dua tiga minit di ruang tamu, Ayah datang menarik rambut aku dan mencampak tubuh aku ke atas lantai. Di tumbuk dan di lempang secukupnya. Kesalahan yang dituduh tanpa sebarang usul periksa secukupnya.

Alignment hidung lari; patah. Tapi tak buat apa-apa. Pergi ke sekolah dan jawab final exam Add Math dalam keadaan muka bengkak dan sakit badan. Semua bertanya pada aku. Dan cuma aku mampu membatukan diri.

-- Oktober 2011, bila cinta itu menguasai segala akal fikiran. Bila kasih itu menjadi sangat subjektif. Bila rindu itu diseru dan merupakan sejenis abstrak. Bersatu dan membelitkan leher dengan tiada ruang untuk bernafas.

Doktor yang tiap-tiap minggu merawat aku di hospital kata aku ada masalah mental. Dia kata aku dah tidak siuman. Dan untuk menunjukkan yang aku bukan gila, aku menggengam semua ubat-ubatan dan menelannya sekaligus. Entah. Aku tak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar di hospital. Memandang dan melihat aneh.

Kaunselor menunjukkan gambar-gambar aku menconteng pakaian-pakaian di dalam locker dengan dakwat merah, marker merah dan apa sahaja yang berwarna merah. Anak patung beruang di conteng dan ditulis kata kata kesat. Satu surat cinta mati yang langsung tidak masuk akal ditujukan pada sebuah benda tidak berjasad.

-- Oktober 2012, 2013, 2014, yang berada di atas semua berulang. Dengan secara tidak tahu kenapa. Dengan kewujudan rasa nak mati. Dengan nota-nota yang tidak masuk akal. Dengan jiwa-jiwa yang terlalu kosong. Dengan rasukan-rasukan yang tidak tahu ingin berhenti. Dengan semua yang mencelakakan.

Kesimpulan yang dapat aku ulang sekali lagi-- 2005, Mak meninggal, aku di bawa lari, permulaan rasa hidup seorang pelacur. 2006, lari daripada rumah bergaduh dengan adik tiri lepas kena herdik secukupnya. 2007, kena gangguan yang tak tahu daripada mana asalnya. 2008, cubaan nak bunuh diri dekat sekolah tetapi tak menjadi. 2009, malam sebelum PMR sakit gigi macam nak mati, kena kecam dengan senior sebab dia tak laku jadi artis dekat sekolah, berhabis duit untuk si jalang, hampir kena jual maruah. 2010, kena pukul seteruk-teruknya dengan Ayah sampai berdarah muka dan patah hidung, jawab final exam dalam keadaan muka bengkak sana sini. 2011, telan segenggam ubat dengan rasa tak bersalah, tulis surat cinta mati, conteng semua pakaian dengan marker merah dalam locker, dituduh ada masalah mental, masuk hospital beberapa kali, penuh dengan masalah sosial.

Semua bila buka balik diari bertulis-- penuh dengan kebencian setiap kali Oktober. Tidak pernah tercatat satu pun yang manis atau aku punya menyatakan yang aku bahagia pada bulan itu. Aku sangka bila habis zaman-zaman sekolah dan jauh daripada keluarga; aku akan bahagia dan Oktober untuk tahun baru aku adalah baik. Tetapi tidak sedikit pun. Masih sama dengan badi Oktober sebelum sebelumnya. Masih lagi akan sakit seperti biasa.

Bolehkah Oktober ini dimansuhkan dalam kelendar hidup aku?

10 TAHUN (Wattpad Version)Where stories live. Discover now