Prolog

11 0 0
                                    

Hari pertama aku menjejakkan kaki aku ke alam persekolahan yang baru. Sekolah selepas sebulan bercuti. Peperiksaan UPSR aku telah kuhadap dan mendapat keputusan mengikut usaha dan kemampuan saya. Doa aku diqabulkan oleh Dia yang sentiasa mendengar rintihan daripada semua hambanya.

Keadaan di dataran perhimpunan berada dalam kelam kabut,bising,dan dicampurkan dengan pekikan sekumpulan manusia memakai baju uniform lengkap berkaen hitam serta kasut yang kemas dan bersih. Aku berdiri dan melihat keadaan sekeliling untuk mencari barisan yang perlu aku duduki oleh saya.

" Hye,my name is Natasya. Can i know your name and your class ?" Aku toleh ke arah kiri dan tangan seorang perempuan dihulurkan.
"Iye,nama saya Fa... ehhh just call me Jihoh. Semasa hari pendaftaran minggu lepas,saya disenaraikan di dalam kelas Rancangan Khas" Salam dia disambut oleh aku dengan senyuman yang mesra. Saya nak orang mengenali saya dengan panggilan Najihah kerana aku mahu identiti yang baru.

"Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pelajar yang dikasihi sekalian,kembali bertemu kita pada tahun ini dan selamat datang...... " Mata aku tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang ketawa berseloroh dengan rakannya. ' Comel giler mamat ni ! '

Aku memang dari sekolah rendah suka berangan dan bercakap dengan diri sendiri. Aku pon tak tahu kenapa, mungkin sebab tiada kawan yang sudi dengar celoteh aku. Haha andaian je.

Dulu masa aku sekolah rendah perangai kalah budak tadika. Tapi aku kurang lah sikit nakalnya sebab aku pengawas sekolah atau budak sekarang suka panggil mawas. Lepas habis UPSR,aku dan kawan aku memang menguasai sekolah tu. Sekolah pon kecil je. Macam-macam yang kami ubah untuk buat kenangan kami dah pindah sekolah.

" Jihoh,jum lah naik kelas " Aku terleka sehingga aku tidak sedar pengetua sudah habis mengucapkan selamat datang kepada pelajar tingkatan satu.
" Ehh kejap " Aku membetulkan tudung aku dan terus bergerak ke kelas baru aku dengan pantas untuk merebut tempat di dalam kelas.

Setibanya kami di kelas,rupa-rupanya pelajar yang berada di dalam kelas aku hanya beberapa orang sahaja. Mungkin cikgu tidak mahu pelajar yang ramai untuk diajar di dalam kelas rancangan khas itu.

" Aku ambil yang ini dahulu ! " Suara didalam kelas tidak terkawal kerana tindak tanduk yang tidak dapat dibiasakan. Setelah selesai menyusun meja kami duduk dan melepaskan lelah penat seketika dan seorang guru wanita melangkah ke dalam kelas.

Kringggg !!!!!!!!!!!

Encik Dimple Najihah PunyaWhere stories live. Discover now