"Okay, cuba cerita. From the start."
Dia pun start cerita. Mulanya, dia tak sedar yang dia ada kuasa tu. Sampailah dia dalam dewan peperiksaan, tengah nak jawab SPM subjek Kimia.
Kimia. Subjek tu memang kelemahan dia. Dia paling lemah subjek Kimia entah kenapa, walaupun dia suka belajar Kimia sebenarnya. Sebenarnya aku nak ajak dia high-5, sebab aku pun tak suka Kimia dulu. Tapi disebabkan dia khusyuk cerita, aku batalkan niat tu.
Usai membaca doa, memohon pertolongan daripada Tuhan, dia rasa macam dewan tu bising. Sangat bising. Dia boleh dengar suara kawan dia yang duduk jauh gila dari dia, tengah fikir pasal soalan elektrolisis.
'Uish, pengawas peperiksaan tak marah pulak bising-bising ni?' getus hatinya.
Dia pun toleh ke belakang, tengok tak ada sesiapa pun tengah buka mulut. Adalah beberapa, tu pun tengah menguap. (aku tergelak sikit part ni, sebab lawak)
Dia pun dah hairan. Suara siapa yang dia tengah dengar dari tadi ni?
"Sorry to interrupt you, Diana tapi saya nak tahu awak dapat A+ tak for Chemistry SPM?" Tanpa menunggu, aku terus tanya. Curious weh.
"Yeah, I did."
Eleh, meniru bolehlah.
"Manade! Saya cuba ikut gerak hati masa tu." Dia dah tersenyum sikit, walaupun nada agak terasa dengan gurauan yang aku buat dalam fikiran aku.
"Tapi memang, saya adalah dengar gerak hati kawan saya masa tu untuk beberapa soalan yang saya tak faham." Kan aku dah kata???
"Okay, saya faham. So macam mana awak boleh rasa insecure dan ada anxiety dengan kuasa sebegini hebat?"
Dia pun explain. Dia takut nak berjalan seorang diri. Dia malu, kecewa dengan diri sendiri. Dia selalu naik LRT dan public transport, and of course ada ramai orang dalam tu. Ramai orang, banyaklah masalah. Tu dalam fikiran Diana.
Diana ada masalah family. Ayah dia dah meninggal, dan mak dia pulak selalu hilang entah kemana. Adik-adik tak terjaga, so Diana-lah yang kena pikul tanggungjawab jaga 3 adik dia.
Akhirnya, Diana ambil keputusan drastik. Dia pindah, dan share rumah sewa dengan kawan, bringing along her siblings.
Entah kenapa, tapi nasib Diana ni baik bila ayah kawan rapat dia sanggup ambil dia jadi P.A dekat syarikat dia. Mungkin sebab kawan Diana selalu puji kejujuran Diana masa buat apa-apa kerja.
Diana takdelah cakap macam tu, aku yang buat assumption sendiri.
"Tapi ada satu kejadian yang pernah jadi sampai Diana takut nak keluar sendiri."
Ni satu cerita yang dia share dengan aku, yang aku rasa sangat interesting.
************************************************************
Stesen LRT Masjid Jamek, 7:10 p.m.
Diana mengeluh. Dahlah lambat, LRT ni pulak delay. Diana sedang memegang iPhone 7 di tangan kanannya yang baru dibelinya minggu lepas. Di tangan kirinya pula terdapat secawan kopi CBTL.
Entahlah, dia pun tak tahu kenapa dia prefer CBTL berbanding Starbucks.
'Dah lambat ni. Asyira punya pasallah ni!' getus hatinya.
Hari itu stesen LRT agak ramai, dan semua orang kelihatan sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Ada yang tersenyum sendiri, ada yang muka masam sepanjang masa.
Apa yang susah sangat nak senyum pun Diana tak tahu.
Tak jauh dari Diana, ada seorang budak lelaki kurus. Diana perasan budak tu asyik pandang ke arah dia sejak awal dia masuk stesen ni lagi. Disebabkan rasa tak sedap hati, Diana cuba baca fikiran budak tu, malangnya tak boleh.
Aku tak pernah tak boleh baca fikiran orang. Apa hal ni? Dia cuba sedaya upaya tapi tak boleh jugak.
Tiba-tiba, budak tu ketawa. Kuat pulak tu.
HI DIANA.
TENGAH CUBA BACA FIKIRAN SAYA KE?
HEHE.
Budak tu bukak hood yang tutup muka dia sejak tadi, dan mata dia...
Mata dia putih. Full.
Diana agak ketakutan bila budak tu berjalan perlahan ke arahnya.
Bibirnya seolah mengukir senyuman sinis melihat kebingungan Diana.
Mana tak pelik, semua orang dalam stesen seolah tak nampak apa berlaku. Patutnya ada mesti ada beberapa yang merakam dan viralkan. Macam biasa?
Diana baru perasan.
Tak ada orang yang bergerak melainkan dia dan budak mata putih tu. Jari mereka semua berhenti menaip. Mata tak berkelip. Sah, memang tak bergerak langsung!
Diana dah panik. 'Aih, apa ni?' getus hatinya. Dia cuba control ventilasi udara yang dihirupnya, sambil tangan kanannya bersedia memegang pepper spray. iPhone 7 dah disimpan dalam beg, untuk mengelakkan kerosakan. Maklumlah, mahal tu.
'Nyawa tak penting, iPhone lagi penting ke?' aku terfikir. Diana dah bulatkan mata dekat aku so aku senyum dan diam je lah.
Sebelum sampai kat Diana, budak tu hilang. Keadaan stesen LRT kembali normal.
Amaran pertama, Diana.
Jangan guna kuasa kau dah.
Diana hilang imbangan, lalu pengsan.
YOU ARE READING
Unik
General FictionNama aku Hakim. And I am a psychologist. Not a normal one, however.