BAB 16

3.5K 122 0
                                    

Alif p.o.v

Selepas kemunculan budak baru bernama iqbal tu aku perasan yang Suhaidah macam senyap je. Aku banyak kali kacau dia tapi dia buat derk je dekat aku.

Si Azam ni pulak dari tadi jugak senyap. Aku pelik diorang ni main 'silentkiller'ke? Kalau nak main pun ajak lah sekali. Jangan tinggalkan aku keseorangan bosan kat sini. Apa yang aku mengarut sekarang ni!! Teruk betul..

"Woi azam, kau dah kenapa?? Senyap dari tadi " tanya ku.

"Takde apa lah.. Aku takde mood je hari ni",jawab azam.

"Asal lah?? ",tanya ku lagi.

"Takde apalah",jawab azam.

Aku pun bosan dengan jawapan klishe dia tu aku terus sambung buat kerja aku.

Kring......

Kedengaran bunyi loceng menandakan masa kedua dah habis. Subjek seterusnya ialah Sejarah. Tiba-tiba cikgu Fatin pun masuk.

"Ok guys. Hari ni cikgu nak bagi kerja berkumpulan untuk kamu semua. Cikgu dah tetapkan kumpulan jadi kamu tak boleh tukar atau bantah apa yang cikgu dah tetapkan",kata cikgu Fatin.

"Cikgu akan tampal di papan kenyataan dan kamu boleh tengok lepas ni. Tajuk pembentangan kali ni ialah tentang Bangunan bersejarah di Malaysia. Setiap kumpulan perlu cari tempat yang berlainan. Cikgu tak nak tempat yang sama je. Ok? ",sambung cikgu lagi.

"Ok cikgu",sahut murid kelas 3A1.

Selepas diberikan kerja, kami terus belajar macam biasa sehingga bunyi loceng rehat kedengaran.

Ramai budak kelas aku termasuk denga Azam bergegas berlari untuk melihat ahli kumpulan mereka.

Aku hanya duduk di tempatku sambil menunggu azam. Azam pun terus bergegas ke arahku dengan muka monyok dia.

"Kau dah kenapa? Kau kumpulan dengan sapa?? ",tanyaku.

"Aku kumpulan dengan si budak baru tu,ain dan suhaidah",jawab azam.

"So,apa masalahnya??",tanyaku lagi.

"Aku tak suka lah budak baru tu.Aku tak tahu kenapa",jawab azam.

"Tu je ke..Ek eleh apa lah kau ni.Aku grup dengan siapa??",tanyaku.

"Hah!!! Aku baru teringat pasal kau. Aku kesian dengan kau wei!! ",jawab azam.

"Kenapa?? "

"Lebih baik kau pergi tengok sendiri. Aku tak sanggup nak cakap takut kau tak percaya je",kata azam.

Aku terus bergegas ke hadapan dan mencari nama aku. Dan aku terkejut bila nama aku ada dalam kumpulan Nik, hazim dan yang tak paling disangka ialah PUTERI ARIANA..

AAHHHHHHHHH...

Aku menjerit di dalam kelas.Takpe sebab kelas aku dah kosong tinggal aku, azam, hazim dengan Aqil je. Aku tak tahu kenapa aku rasa nak mencarut je sekarang ni.

"KENAPA AKU KENA KUMPULAN DENGAN DIA??",jerit aku lagi.

"Sabarlah wei, aku pun sekarang ni redha je nak dengar bebel dia tu nanti",kata Hazim

"Wei bukan setakat bebel je. Masalahnya nanti aku yang akan kena dan dia akan berkepit dengan aku 24 jam.. Korang boleh bayangkan tak!! ",kata aku.
Mereka hanya terdiam dan aku pula stress memikirkan perkara ni. Macam mana nak hadapi minah sengal tu!!

⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨⇨
Suhaidah p.o.v

Aku hanya minum segelas air di kantin. Aku takde selera selepas melihat ahli kumpulan aku untuk pembentangan sejarah.

Flashback..

Selepas bunyi loceng rehat, aku dan Ain terus serbu papan kenyataan untuk melihat ahli kumpulan.

Aku melihat namaku tertera dalam kumpulan Ain, azam dan akhir sekali ialah Iqbal. Aku terus tergamam. Kenapa dia kena sekumpulan dengan aku.. Stressnya.

Yang si Ain tu pulak boleh terjerit-jerit bila dapat tahu dia sekumpulan dengan iqbal. Dia rasa seronok lah yang bahananya sekarang ni aku.

Itulah cerita dia. Aku tertanya macam mana aku nak hadapi dia nanti. Aku still tak ready nak tengok muka dia. Kenapa dia harus muncul balik??!!

Tiba-tiba rabiatul mengejutkan ku.

"Woi kau ni kenapa?? Aku tegur kau banyak kali kau buat derk je",kata rab.

"Takde apa lah.."dalih aku.

"Kau ni sepatutnya gembira sebab kau boleh usha Mamat hensem tu",kata nik.

"Betul tu.. Aku sokong",kata nieza pulak.

Mampus aku!! Semua pakat suka si iqbal tu kenapa.. Dah takde kerja lain apa, detik hatiku.

"Korang ni dah lah tu. Korang kumpulan dengan sapa? ",tanyaku.

"Aku kumpulan dengan Aqil, nieza dan irfan. Tapi aku lebih kasihankan nik sebenarnya",kata rab.

"Asal?? "tanya aku.

"Aku kumpulan dengan si Alif,hazim dan yang paling annoyingnya ialah Puteri Ariana tu..benci betul lah aku!!!"kata nik dengan geram.

"Omg!!gila serious aku cakap kalau aku kumpulan dengan diorang aku boleh jadi gila setahun",kata ain.

Aku, rab dan nieza mengangguk setuju.

"Korang tahu pun.. Aku ni terseksa tau tak",kata nik.

"Tabahlah wahai kawanku alien",kata nieza sambil menepuk bahu nik.

Aku melihat di sebelah meja kami dan ternampak iqbal melihat ke arah aku. Aku terus memalingkan mukaku dan minum air dengan selambanya.

Di meja hadapan aku pula, aku nampak Alif termenung melihat makanan. Aku rasa dia pun stress sebab Ariana ada dalam kumpulan dia. Aku bersimpati dengan dia tapi nak buat macam mana kan dah nasib badan!!.

[C]FALL IN LOVE WITH MR.TENGKUWhere stories live. Discover now