1

30.5K 325 1
                                    

" aku terima nikahnya Nur Ariffah Bt Muhamad Yusof dengan mas kahwin nya 1000 ringgit tunai " ucap khairul anwar dengan tenang

Ary pov.

" alhamdulillah aku sah menjadi isteri dia yang sah dengan sekali lafaz " monolog ariffah di dalam hati

Selepas ayah membaca doa aku bersalam dengan ibu, ibu mentua aku, akak aku dan yati.. Sekarang nua sudah duduk di depan aku dan menyarungkan cincin yang bertakhtakan 5 batu..

" cium la tangan suami kamu " kata datin asiah

Aku malu2 untuk menyalam nya, aku capai dan dia terus mencium ubun2 ku.. Aku rasakan keikhlasannya dan air mata aku mengalir lagi.. Tak kuat langsung aku ni 😝

Bilik Ary aka Bilik Pengantin, 9 malam

Selepas melayan semua tetamu, malam nya aku terus masuk ke bilik yang cantik di hias

No one

" ramai juga yang datang tadi, naik lenguh kaki aku di buat nya " ngadu ary

Pintu bilik di kuak seseorang
Ya, dia nua

Ary terus mengambil bajunya di almari dan terus ke bilik mandi

" fikir aku tergoda latu dengan dia, kalau cantik takpe la " kata nua dan merebahkn tubuhnya di atas katil " penat nya.. Ramai pulak yg dtg harini.. Nak lelap la kejap "

" segar nya dapat mandi " ary mengelap rambut nya yg masih basah dan duduk di depan meja makeup

Sambil2 mengeringkan rambut ary memandang susuk tubuh yang sedang baring di atas katil

" mesti penat sangat " kata ary lalu pergi ke arah katil

Ary memandang wajah nua yng sedang lena, suci je air muka nya.. Tak tau la orang nya bagaimana, baran ke, pemarah ke, ary mengejutnya dengan perlahan

" awak.. Awak bangun mandi dulu nanti sambung tido " kejut ary

" ermm.. Nanti la.. Tak payah kacau aku " marah nua

" khairul anwar b dato' khairi bangun mandi, berlengas la.. Awak selesa ke tido macam ni " tegas ary, susah betul kejut kan mamat ni.. Ary gelengkan kepala

" bingit la kau! Sibuk je kacau, aku nak rehat kejap pun tak bole! " bising nua lalu bangun dan masuk ke bilik mandi

" bising pun sebab nak dia selesa, nanti tak kejut kita juga dia marah " monolog ary dan siap sedia untuk solat isyak

Nua pov.

Memekak betul minah ni.. Ni ibu kata baik sangat, kacau aku je..

Selesai je mandi nua berdiri depan cermin,

" Aku takkan lepaskan kau sampai aku puas musnah kan hidup kau perempuan "

No one

Nua terus keluar selepas mandi dengan hanya memakai tuala paras pinggang

" ewah2 minah ni, dia kejut aku dia yang dah tido dulu.. Ni nak jadi isteri mithali.. Kelaut " nua terus ke beg pakaian nya untuk memakai baju, yela ni kan rumah pak mentua dia

Selesai solat nua berdiri di sisi katil, kelihatan seperti memikirkan sesuatu

" minah ni sedap tido, aku nak tido mana? Takkan sebelah dia? No no no.. Bahaya2 " monolog nya sambil memegang dagu dan mundar mandir di depan katil " takkan aku tido dekat sofa kot? Eh, agak agak la.. Habis badan aku patah riuk sakit dek tido atas tu " nua berfikir lagi " tanya dia ke? Mesti kena kejut dia.. Ah lantak la! Dia kacau aku tido tadi boleh pula " nua terus menerpa ke arah ary yang sedang tido

KAU ISTERI AKU - KHAI AN [COMPLETED]Where stories live. Discover now