#1

1.5K 49 0
                                    

Seingat aku, aku mula payah nak tidur malam ni sejak tahun 2008. Masa tu aku baru beberapa bulan bekerja sebagai concierge di PKL. Dan baru 3-4 jugak la aku jadi tunangan orang (sekarang dah jadi suami).

Kisah ni terjadi antara bulan Jun atau Julai kalau tak silap aku. Pada awalnya aku tak boleh tidur. Selalu dapat pejam mata selepas pukul 3pagi.

Bila tak cukup tidur tu, mula lah aku rasa stress. Kepala ni rasa bengkek je. Rasa nak mengamok, nak marah orang. Pendek kata emosi memang tak stabil la bila tak cukup tidur ni.

Sampai satu tahap, aku boleh tak tidur langsung straight 7 hari. Bayangkanlah betapa sakitnya kepala aku. Berdenyut-denyut.

Eyebag bawah mata dah bertukar jadi luggage. Emosi memang ditahap kritikal la. Prestasi kat tempat kerja memang drop. Takde daya, takde energy, malas, anti social, lepas tu asyik nak moody je.

Relationship dengan tunang pun terganggu. Nyaris nak putus jugak lah masa tu. Merentan asyik cari point nak putus. Siap call bakal mertua cakap taknak kahwin ni.

Tapi Alhamdulillah, bakal mertua aku masa tu memahami sangat lah. Dia banyak nasihat suruh bersabar je. Kalau dia agree dengan request aku  dulu gamaknya tak kahwin la aku weh! Thank you mak.

InsomniaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang