#11

141 14 0
                                    

Aku ada adik beza 11 tahun. Aku darjah 5, mak aku disahkan mengandung. Bukan satu tapi dua. Kembar seiras perempuan. Sekarang ni kembar dah berusia 21 tahun.

Yang sorang memang rapat dengan aku. Mungkin dari kecil aku yang jaga. Yang lagi sorang tu pulak perangai dia lain macam sikit. Jenis anti sosial, dia ni macam ada dunia dia sendiri.

Oh ye, untuk pengetahuan korang para pembaca, aku sekarang tidak menetap di Malaysia. Selepas tiga tahun berkahwin, suami diberikan rezeki dan berpeluang bekerja di timur tengah. Alhamdulillah, terima kasih Ya Rabb.

Jadi, dalam setahun ada la dua tiga kali balik Malaysia. Ceritanya disini, adik aku yang macam anti sosial tu, aku namakan dia Dina la. Dina ni entah macam mana boleh terjebak ikut kawan dia nak pergi hiking.

Ada la 3-4 kali dia panjat bukit ni. Mak aku memang tak berapa bagi sangat dia joint aktiviti macam ni, sebab dia ni macam salah sikit je nanti demam. Macam antibody tu slow.

Nak dijadikan cerita, entah bukit mana yang dia panjat, balik tu dia demam. Malam-malam selalu mimpi yang bukan-bukan. Badan rasa sakit-sakit, lebam-lebam. Lama jugak la dalam 2 minggu macam tu.

Banyak kali juga la dia ambil mc. Dah bawak pergi klinik doktor cakap demam biasa. Ada sekali tu dia tak tahan sangat agaknya,  dia ajak mak aku pergi berubat traditional. Pon sama jugak, takde apa-apa perubahan.

Kebetulan aku balik Malaysia masa tu ada hal penting sangat nak kena uruskan dengan pihak bank. Sampai je kat rumah, selalunya aku dah tumbang kepenatan. Mana taknya, flight hampir 9 jam. Memang jetlag teruk la.

Tapi kali ni balik, aku rasa penat sangat tapi aku tak boleh berehat. Aku macam dipaksa-paksa untuk masuk kebilik adik aku. Bayangkan, sampai-sampai rumah je lepas punggah barang terus masuk bilik Dina.

Aku tergerak hati selongkar bilik dia. Mak aku pon jadi pelik. Dah kenapa balik-balik penat gitu nak mengemas bilik orang pulak kan?

Selongkar punya selongkar, akhirnya aku terjumpa macam ranting pokok ada la panjang lengan gitu. Aku tanya mak aku ni ranting apa? Mak aku pon tak tau mana datang nya.

Jadi kami tunggu sampai Dina balik kerja. Dia balik je aku terus rasa nak mengamok. Rasa panas tengok dia. Meluap-luap rasa nak ajak bergaduh entah apa pasal.

Makcpun bercerita la pasal Dina sejak dia balik dari hiking tu. Kemudian aku tunjuk ranting tu kat Dina dan tanya mana datang ranting ni?

Dia jawab dia ambil dari hutan yang dia hiking tu. Aku tanya lagi kenapa ambil? Dia jawab tak tau. Terasa macam nak bawak balik je.

Aku suruh dia buang ranting tu jauh dari rumah. Selagi ranting tu ada, selagi tu aku tak boleh tidur dan selagi itu lah Dina akan demam, sakit badan dan resah gelisah.

Esoknya dia buang. Dan aku kembali tenang. Dina pon makin sihat.

Jangan tanya aku apa yang ada pada ranting tersebut. Sebab aku pon tak tau. Cumanya aku boleh rasa instinct gitu je la apa yang tak kena.

Untuk Dina aku pesan, masuk hutan, pergi tempat orang janganlah bawak balik apa-apa. Haishhh.. patutnya benda-benda camni kena ambil tau la. Tempat sembarangan begitu, apa yang kau harapkan? Just enjoy the moment tak boleh ke?

InsomniaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang