Ji hyo memeluk seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dia terpeluk kerana terlampau sedih dengan perbuatan Dong Hyuk tadi. Memarahinya semata-mata rahsia dia terbongkar ada perempuan lain.
Bukan sepatutnya Ji Hyo ke yang marah?? Tapi sekarang itu tak penting. Sekarang dia perlu tahu dia memeluk siapa.
Ji Hyo melepaskan pelukannya pada seorang lelaki. Ji Hyo memandang wajah lelaki tersebut secara perlahan-lahan. Boleh tahanlah.
Ji Hyo melihat baju lelaki tersebut. Basah. "Eer.. Awak, sorry baju" Ji Hyo menunjukkan jarinya pada baju Kihyun.
Kihyun tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. "It's okay. Btw my name is Yoo Kihyun. Panggil Kihyun" Kihyun menghulurkan tangannya pada Ji Hyo tanda perkenalan.
Ji Hyo menyambut huluran perkenalan tersebut. "Nama saya Song Ji Hyo. Just call me Ji Hyo" Kihyun tersenyum.
Dari jauh Yoongi yang melihat kemesraan antara Ji Hyo dan Kihyun berasa sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan. Sesuatu yang sakit, tapi pada masa itu juga dia gembira dapat mengenakan Ji Hyo. Adakah dia sudah jatuh cinta dengan Ji Hyo. Mr. Arrogant fall in love. Karut bagi Yoongi.
💞💞💞
2/30
Ji Hyo bangun dari tidurnya. Semalam Yoongi menarik tangannya dan terus jejaka tersebut menghantarnya pulang. Dengan muka yang cemberut membuatkan Ji Hyo takut.
Ji Hyo mengingat kembali kejadian semalam dia ditarik oleh Yoongi.
"So awak dah tunang?? "Kihyun mengangguk. Ji Hyo juga turut mengangguk. Teruja dengar kisah Kihyun.
Tiba-tiba Yoongi menarik tangannya dan menolak badannya supaya masuk ke dalam kereta. Sakit kepalanya terhantuk pada pintu kereta itu. Namun Yoongi tidak mempedulikannya. Yoongi terus memandu ke rumah Ji Hyo dengan muka yang cemberut.
Ji Hyo kembali di alam yang sebenar. Dia menggelengkan kepalanya. Pening dengan perangai orang lelaki ni. Cemburu mungkin.
💞💞💞
"Yoongi" Yoongi memandang appanya yang sedang duduk di atas sofa. Yoongi kemudian ke arah appanya.
"Yoongi, Yoongi mesti nak tahu kan. Kenapa appa benci sangat dengan Encik Song" Yoongi berkerut mendengar kata-kata appanya. Pelik betul. Namun dia hanya menganggukkan kepalanya.
"Sebenarnya, appa dengan Encik Song dulu rakan kongsi. Bila syarikat yang Encik Song jaga tu semakin maju. Dia mula mengetepikan appa. Semua urusan terletak dekat tangan dia. Lepas dia dah banyak untung, dia halau appa. Dia bagi duit untuk appa bukak syarikat baru. Tapi waktu tu omma kamu sakit. Duit tu appa buat sebagai bayaran perubatan. Appa buat bermacam kerja untuk menyara kamu dan omma kamu. Selepas beberapa tahun, appa berjaya kumpul duit sikit untuk buka bisnes. Bila appa dah berjaya. Appa dikhabarkan omma kamu mati mengejut. Rupa-rupanya omma kamu ada barah hati. " Terang Encik Min. Yoongi menundukkan kepalanya, sedih dengan apa yang berlaku.
"Kalaulah, appa tahu apa yang Encik Song rancang. Kalaulah......... " Yoongi menepuk bahu Encik Min.
"Appa, Yoongi akan lunaskan dendam appa" Encik Min kembali tersenyum. Ceritanya itu semua karut. Puan Min mati sebab penyakit, tapi sebenarnya Puan Min berpisah dengan Encik Min kerana tidak tahan dengan keinginan Encik Min dengan duit. Dan sekarang Ji Hyo menjadi mangsa untuk mendapatkan duit.
To be continued.
Readers faham tak?? Ok mesti ramai tak faham. Sebenarnya semua yang Encik Min cerita dekat Yoongi semua tipu. Encik Min bercerai dengan Puan Min kerana Puan Min tak tahan dengan perangai Encik Min yang terlalu gilakan duit. So... ....
Vote
Comment
YOU ARE READING
[C]Suamiku Mr.Arrogant | Yoongi
FanfictionDipaksa kawin pada usia 21 tahun dengan seorang lelaki yang ego melangit. Siapa yang nak?? Disebabkan syarikat dia yang menjadi mangsa. Apakah yang akan terjadi kepada Song Ji Hyo dan Min Yoongi "Kahwin dengan kau. No way" Song Ji Hyo "Kau ingat a...