Aku membaling semua barang yang berada dia atas meja. Bertaburan kaca-kaca yang datang daripada mejaku dibiarkan sahaja.
"Arghh, aku benci kau jantan tak guna, shit aku tak sangka kau sanggup curang belakang aku" bebel aku sendirian
"Zira, kamu kenapa tu, mama dengar ada bunyi kaca jatuh tadi" laung mama dari luar bilik
Aku hanya mendiamkan diri dan terus menangis di tepi katil. Aku mengenggam erat cadar katilku dek kerana terlampau geram.
"Kenapa Yein yang dia pilih, kenapa tak orang lain aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni" aku memarahi diriku sendiri
iPhone6+ ku berbunyi berulang kali. Selepas penat memekik akhirnya dia berhenti. Aku segera memeriksa nama pemanggil. Daripada Jungkook.
"Apa lagi jantan tak guna ni nak, dah buat sial dengan aku ada hati lagi nak telefon aku" marah aku sambil menumbuk patung yang diberikan Jungkook sebulan yang lalu
Aku bangun dan lantas membersihkan badan. Usai sahaja selesai aku turun ke bawah untuk dinner bersama mereka.
"Annyeong omma, appa" sapaku kepada mereka
"Annyeong, neo waeire?" tanya papaku apabila pelik melihat aku berdiam diri sahaja. Biasanya aku yang paling becok kat rumah ni.
"Ani, tak ada apa-apa cuma stress sikit kat tempat kerja" kataku sekadar memberikan alasan
"Jangan stress sangat kerja, kamu kan uruskan baju-baju idols tu pun stress ke?" papa ketawakan aku bersama mama
"Mana ada stress sangat, penat sangat kot tu yang tak ada mood" kataku sambil tersenyum. Fake smile.
Lagu Dope masih menjerit di seluruh bilikku membuatkan aku merasa geram dan lantas mengangkat panggilan tersebut, " Kau nak apa lagi, tak puas lagi nak sakitkan hati aku", bentakku dengan keras
"Maaflah sayang, saya tak sengaja nak sakitkan hati awak tapi kenapa awak tak faham yang saya buat tu semua sebab kami ada photoshoot kat sana" jelasnya membuatkan aku mendengus kasar
"Photoshoot apa kalau dah seronok bergurau, sampai tak nampak aku kat situ, buat penat aku masakkan untuk kau rupanya kau tengah seronok makan bersuap-suap kat belakang aku, jantan jenis apa kau ni kalau curang" marahku membuatkan Jungkook terkedu di sana
"Kita jumpa kat tempat biasa jangan awak lupa yang saya akan tetap sayangkan awak walau apa pun yang berlaku saya akan tetap sayangkan awak" kata Jungkook dan terus mematikan panggilannya
"Merajuk ke dia, salah aku ke kalau aku cemburu?"
"Salah aku ke kalau aku buat perangai, sebab aku sayangkan dia lah aku buat macam ni"
"Salah aku ke kalau aku just nak luahkan rasa cemburu aku?"
Kata-kata hatiku semakin menyuarakan rasa tidak puas hati. Aku membiarkan sahaja Jungkook menungguku. Hujan di luar semakin lebat membuatkan aku tertidur.
Jam 4 petang, hujan masih lebat namun aku berasa tidak sedap hati. Aku keluar menaiki kereta dan terus menuju ke Taman Sakura tempat aku dan Jungkook selalu dating.
Jatuh air mata aku apabila melihat Jungkook yang sedang menahan kesejukan di bangku bawah pokok. Aku segera menuju ke arahnya dan terus memeluknya dengan erat.
Hujan yang membasahi kami tidak dipedulikan janji aku ada untuk dia. Hujan semakin lebat dan Jungkook masih memelukku.
Dia tersenyum dengan bibirnya yang sudah mula kebiru-biruan, "Saya ingatkan awak tak datang, saya tunggu awak dari pukul 12 tadi", kata-katanya menyentakkan aku. Selama 5 jam dia duduk di sini dengan dibasahi hujan.
Aku memandangnya, "Kenapa awak buat kerja bodoh ni hah, awak tau yang saya takkan datang kenapa awak sanggup tunggu saya, pergilah balik kalau saya tak datang, andai kata saya tak datang takkan awak nak tunggu sampai awak mati keras kat sini" aku memarahinya dan memukul dadanya
Dia masih tersenyum, "Saya tahu awak akan datang juga, buktinya sekarang awak ada kat depan mata saya, saya akan selalu tunggu awak walau apa pun yang berlaku kan saya dah kata yang saya sayangkan awak, saya akan buat apa sahaja untuk awak", katanya dan mengeratkan lagi pelukannya
"Andai kata saya tak datang tadi, awak masih nak tunggu saya, tak guna awak tunggu saya, saya tak layak untuk awak saya tak kan layak untuk awak, saya tak guna awak, saya ni bodoh tak pandai nak hargai awak sebab awak dah ada untuk saya, saya tak pandai nak hargai awak yang sayangkan saya" kata aku dan memandang mukanya.
Rasa bersalahku semakin menebal, aku menariknya dan dia kelihatan lemah, aku memasukkan dia ke dalam keretaku dan terus membawanya ke hospital.
Sampai sahaja di hospital, doktor menolongku dan terus masuk ke dalam wad untuk periksa kesihatan Jungkook.
"Awak keluarga pesakit?" Dr.Dara menanyakan aku
"Ya saya, ada apa-apa tak kena dengan dia ke Dr? tanya aku cemas
"Tak ada apa-apa, cuma dia demam panas sahaja awak dah basah sangat, pergi jumpa nurse minta tukar baju awak takut awak pula demam nanti" katanya dan terus berlalu pergi.
Aku membuka pintu dan terus menerpa ke arahnya. Aku memegang tangannya dan terus menciumnya. Aku tertidur disebelahnya.