Aku berjalan pantas apabila melihat bayangan seseorang mengekori aku dari belakang. Aku meraba-raba poket seluar aku untuk menelefon ommaku.
" omma, omma kat mana Hyeon rasa macam ada orang ikut Hyeon dari belakang, dahlah takda orang macam mana ni " keluhku perlahan mengharapkan ada seseorang menolongku
Langkahku terhenti dan telefonku terjatuh apabila aku ditarik dari belakang dan dibawa masuk ke dalam sebuah van putih di hadapanku.
" omma " jeritku
Tangan lelaki itu menekup mulutku dan pandangan aku terus mati.
**** SKIP ****
Aku membuka mata dan cuba untuk bergerak namun tidak berjaya. Aku diikat dengan ketat menyebabkan aku sukar untuk bergerak.
" tolong, sesiapa kat luar sana tolong ! " jeritku kuat-kuat
" tolongggg . . . . . toloooonnngggg !!!! " jeritku lagi
Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam bilik dimana aku dikurung.
" kau nak apa ? kenapa kau buat aku macam ni ? apa salah aku dekat kau hah ? " jeritku kepada lelaki yang memakai mask hitam itu
Dia menarik masknya ke bawah menyebabkan aku terkejut melihat mukanya
" kau ? " kataku terkejut
" memang aku, kenapa terkejut tengok aku " katanya dan terus tersenyum sinis ke arah aku
" apa kau nak, kenapa kau kurung aku kat sini " jeritku lagi tidak berpuas hati
" aku dah lama perhatikan kau dengan Jungkook bergaduh kalau kau nak tahu aku yang porak-perandakan hubungan korang sampai jadi macam ni " katanya dan ketawa dengan kuat
Aku terus teringatkan kejadian di mana aku dan Jungkook bergaduh sehingga kami berdua bermusuhan.
Semuanya bermula daripada . . .
" kau memang suka sangat dekat lelaki tu kan, pergilah kat dia tak payah nak menggatal dengan aku lagi " jerkah Jungkook menyebabkan aku tertunduk
" tak, saya boleh jelaskan itu semua tak macam apa yang awak bayangkan saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan pun " kataku perlahan
" perempuan semua sama, banyak sangat alasan kalau dah tak suka cakaplah terus terang tak payah susah-susah nak berdalih lagi " marah Jungkook lagi
" tapi saya dengan dia cuma . . . "
" cuma apa, cuma pasangan kekasih yang sedang cuba menyembunyikan hubungan kami dengan orang lain, macam tu ke ? " kata Jungkook dengan begitu sinis sekali
" tak saya tak pernah ada hubungan dengan dia langsung " kataku namun tidak didengari lagi oleh Jungkook kerana dia berjalan meninggalkan aku sendirian
Tanpa mereka tahu, ada sepasang mata yang sedang galak memerhatikan mereka sambil ketawa terbahak-bahak.
" dah ingat kejadian tu, kalau kau nak tahu aku yang buatkan Jungkook percaya dengan aku sebab kau hanya milik aku seorang sahaja bukan milik Jungkook. . . hahaha " katanya sambil ketawa lagi
" aku tak sangka Jimin, aku tak sangka kau rupanya musuh dalam selimut sanggup kau buat aku macam ni " kata aku kepada lelaki yang bernama Jimin
" aku lagi tak sangka yang kau cintakan Jungkook berbanding aku, apa bezanya aku dengan Jungkook, apa kurangnya aku dan apa lebihnya Jungkook hah " jerkah Jimin dan terus menampar aku dengan kasar
Tepi bibirku berdarah dan aku mengaduh sakit.
" sorry sayang, aku tak sengaja buat kau macam ni " kata Jimin dan menhampiriku
" pergi dari sini aku tak nak tengok muka kau lagi " aku memusingkan kepala memandang arah lain
" janganlah macam ni, aku minta maaf aku sayangkan kau jangan buat aku macam ni yaa sayang " katanya dengan lembut dan membelai pipiku manja
Aku tidak mampu menepis tangannya kerana tanganku sendiri sudah berikat. Aku terpaksa membiarkannya walau pun hatiku tidak merelakan.
" aku keluar dulu, nanti aku belikan makanan untuk kau dan kau jangan sesekali cuba nak larikan diri kalau tak Jungkook dalam bahaya " katanya dengan lembut dan kemudiannya kasar lalu keluar dari bilik itu
Aku hanya mampu menangis kerana aku tidak mempunyai apa-apa alat untuk menghubungkan aku dengan dunia luar kerana telefonku terjatuh sewaktu aku diculik tadi.
Sejam kemudian, aku terdengar orang membuka lock pintu ku. Aku mengharapkan itu orang lain namun Jimin.
" nah, aku ada belikan makanan untuk kau makan yaa sikit nanti awak sakit saya juga susah " katanya dengan lembut dan membukakan makanan yang dibelinya
" aku tak lapar, jangan paksa aku makan kalau tak aku akan jerit biar semua orang dengar " kataku tegas namun disambut dengan hilaian tawa oleh Jimin
" kau nak jerit sampai tercabut tekak pun tak ada orang dengar lah sayang " katanya dan menyuakan sudu dimulutku
Aku masih mengeraskan tubuhku namun Jimin menampar mukaku buat kali kedua dan aku mula mengalirkan air mata. Pedih. Itu yang aku rasa sekarang ni.
" hello, kau nak apa perempuan itu ada dengan aku tak payah lah kau risau aku sayangkan dia dan aku takkan sesekali cederakan dia " kata Jimin dengan seseorang di telefonnya
Aku mencebik kerana pipiku sahaja sudah bengkak di tampar olehnya.
Tiba-tiba pintu bilik dirempuh oleh seseorang dan ianya Jungkook. Aku memandangnya dengan perasaan yang bercampur.
" kau? macam mana kau boleh masuk dalam sarkas aku ni " kata Jimin dan menumbuk Jungkook
" kau, kau memang tak guna sanggup kau buat perempuan ni macam ni " kata Jungkook dan membalas tumbukan Jimin
" kau tak guna, dia sepatutnya milik aku tapi sebabkan kau dia tak pandang muka aku pun " jerkah Jimin kasar
" aku ? aku tak pernah sukakan perempuan tu, kalau kau hadap sangat kau pergilah amik dia tapi jangan kau sesekali cederakan dia " kata Jungkook menahan amarah
Aku yang mendengar apa yang diucapkan oleh Jungkook terkedu dan menangis.
" disebabkan dia CINTAkan kau dia tak pandang muka aku, kalau kau tak wujud dalam dunia mungkin aku sekarang ni dah berbahagia dengan dia " kata Jimin mengejutkan Jungkook
" dia cintakan aku ? " kata Jungkook
Kedengaran siren polis tiba menyebabkan Jimin bertindak melarikan diri namun ditahan oleh Jungkook.
**** SKIP ****
" kenapa awak tak cakap yang awak cintakan saya ? " tanya Jungkook
" awak tak pernah sukakan saya macam mana saya nak cakap dengan awak " kataku perlahan
" sebabtu saya cemburu bila awak keluar dengan Jhope tempoh hari takkan awak tak perasan " kata Jungkook dan menyekeh kepalaku perlahan
" manalah saya tahu, kalau awak cakap kan senang tak adalah saya kena culik dengan Jimin " kata aku dan terus memukul dadanya
" yerlah, mianhae saya sayangkan awak sebab tu saya tak nak awak cedera walau apa pun yang berlaku saya tetap akan lindungi awak dari cedera sebab hati saya dah dikunci hanya untuk awak sahaja " kata Jungkook dan memelukku erat.
Aku membalas pelukkannya dan stay dalam keadaan tu untuk beberapa minit.