BAB 1

65 3 0
                                    

Sofea Aqilah Pov'

Aku balik rumah dengan harapan yang sangat gembira sebab aku nak tujuk dekat ayah aku laporan keputusan peperiksaan aku baru-baru ni . Pemandu ayah aku datang mengambil aku dekat pintu lapangan terbang . Masuk sahaja dalam perut kereta aku tercari-cari kelibat ayah aku . Pembantu ayah aku cakap dia tengah overseas , katanya banyak kerja kena selesai . Dari mula perjalanan sehinggalah sampai di rumah aku hanya membisu seribu bahasa .

Pembantu aku buka kan pintu rumah untuk ku . Satu langkah aku jejak di rumah itu , adik aku lari mendapatkan aku . Tak lepas pelukannya dari aku .

"Akak balik pun , ingat dah tak nak jumpa Hafiz ." Mula lah dia dengan suara manja dia tu . Aku mengusap kepalanya berkali-kali . Baru nak pandang wajah aku . Terukir senyuman di bibirku . Adik aku dah besar , maklumlah dah 4 tahun kut tak jumpa dengan adik kesayangan .

                        ^_^

SELEPAS kematian arwah ibu aku , ayah bawa aku dan adik aku tinggal di luar negara selama 5 tahun . Kasihan adik aku sebab dia tidak dapat melihat wajah ibu . Aku lihat ayah tertekan sebab syarikatnya muflis . Di sebab kan aku tak tahan tengok ayah macam tu , aku suruh ayah cari peganti supaya berada di sisi ayah ketika susah dan senang . Lama-kelamaan ayah jumpa pegantinya , tetapi peganti ayah tu dah ada anak perempuan seorang tua 2 tahun daripada aku . Jadi aku ada kakak tiri dan mak tiri . Semenjak dari tu ayah mula kurang layan aku dan sering tinggal aku berseorangan . Aku di suruh oleh mak tiri untuk membuat kerja , ayah tidak tahu di sebalik isterinya itu sebenarnya tidak suka kannya . Mak tiri aku kahwin bukan di sebab kan cinta malah di sebab kan harta .

Bila aku dah berumur 10 tahun , ayah mahu menghantar aku keluar negara untuk melihat aku berjaya . Aku tidak dapat melawan . Akhirnya aku dihantar ke Jepun atas suruhan ayah aku . Aku mula ingat yang ayah aku dah tak sayang aku , tapi dengan kata-kata ibu aku tidak berfikir dengan negatif tentang ayah aku .

                       ^_^

"TAK akan lah akak tak nak jumpa adik kesayangan akak ni . Hafiz tau tak akak ada bawak hadiah untuk Hafiz . " Aku hanya mampu untuk bersenyum di hadapan adik aku .

"Nak! "

Cepat sahaja tangan dia menghulur . "Nah."

Dia membawa lari kotak yang baru sahaja aku letak di atas tangannya . Sekelip mata sahaja pembalut kotak itu di koyak olehnya . Aku hanya menggeleng kepala . Pembantu yang lain tersenyum melihat kerenah Hafiz . Tersenyum lebar apabila dia melihat barang di dalam kotak itu . Dia memegang patung dan terus memeluk aku semula . Keluar satu ayat daripada mulutnya "Terima Kasih."

Tak lah istimewa sangat yang aku beli tu . Satu set komik 'Power Rangers' dengan set patung . Aku beli 'Power Rangers' ni sebab adik aku minat sangat sebab dari kecik di siap boleh hafal lagi lagu tema 'Power Rangers' . Lagi pun aku tak ada duit nak beli mahal-mahal , ini pun aku pinjam sedikit duit daripada keluarga angkat aku dekat Jepun .

"Ini drama malam ker?" Kedengaran suara dari tangga . Semua pembantu berderet baris di tangga . Aku melihat kelibat mak tiri aku dan belakangnya pula kakak tiri aku sedang turun di tangga . Adik aku pula berlari mendapatkan mak tirinya .

"Ini kenapa semua ada dekat sini . Dah tak reti nak buat kerja ker ?! Kalau dah tak reti berambus dari rumah ni ." Datin Lynda menegkeng dekat pembantu-pembantunya . Semua berlari anak dan sambung buat kerja masing-masing . Aku hanya berdiri tegak sambil melihat adik aku yang tidak habis-habis menunjuk patung barunya itu kepada Datin Lynda .

"Mak tengok ni , akak Feah bawak balik hadiah untuk Hafiz ."

"Hafiz setakat patung ni , mak boleh belikan jauh lebih mahal daripada ni . Ini kecik , mak beli paling besar untuk Hafiz ."

"Tapi ....."

"Hafiz naik atas pergi tidur , dah lambat dah ni . Esok pagi kena bangun awal pergi sekolah ." Aku menyampuk . Aku tak nak adik aku melayan jer perempuan ni . Buang masa hidup jer .

Hafiz mengangguk dan naik ke biliknya . Perlahannya tengok dia jalan , mungkin dia ingat aku tak nak jumpa dia . Masalah ni . Selepas hilang bayangan Hafiz di depan mata aku , mula lah mak tiri aku buka mulut .

"Bila kau balik ?"

"Baru jer." Aku membalas pertanyaan nya dan mula beredar . Tetapi mak aku dah mendapat tangan aku . Aku memangdang tepat ke anak matanya .

"Kau dah lupa ker , tugas kau duduk rumah ni adalah kemas rumah . Aku tak suka tengok muka kau bersenang lenggang jer . Kau sesuai jadi pembantu rumah ni . "

Aku mula nak membaran dah ni . Dia siapa ? setakat mak tiri aku jer kut . Nak mengarah jer kerja dia .

"Puan tu mak tiri saya jer , puan tak berhak nak memerintah saya buat apa-apa . Lagi pun puan bukannya isteri pertama Datuk Asyraf!" kau nak sangat kan dengar semua tu dari mulut aku . Dengar lah!

Aku nampak tangan kanannya sudah menggigil . Datin Lynda mengetap giginya dengan kuat . Menahan rasa marah . Akhirnya , dia melepaskan marah dia dengan menampar aku . Kuat . Sehingga cermin mata yang aku pakai tertanggal . Aku rasa pipi aku mesti berbekas merah . Aku mengusap berkali-kali pipi aku tetapi dengan perlahan .

Air mata mula berkumpulu di kelopol mata . Kalau kelip mata rasanya air mata mengalir . Aku menahan diri aku supaya tidak menangis .

"Ohh sekarang ni dah pandai menjawab yer? "

Tidak sempat aku mahu menoleh memandang ke arahnya , dia sudah dapat muka aku dan menekan kedua belah pipi aku .

"Kau tahu tak ayah kau tak pernah sayang kan kau sebab kau bunuh mak kau sendiri . Ayag kau tak pernah bagi tahu dekat semua orang yang dia kenal yang kau anak dia . Lagi pun ayah kau sayang aku , kau tak nampak ker ayah bagi semuanya dekat aku . Kau buta ker dah pakai cermin mata pun tak nampak lagi ." Akhir kata-kata dia , dia tolak aku sehingga tangan aku tak mampu untuk mempertahankan .

Kedua-dua tiri aku beredar tinggalkan aku berseorangan di ruang tamu yang luas itu . Air mata aku mula mengalir . Aku tak bunuh ibu akulah ! Aku menjerit sepuas-puas hati aku di dalam hati .

Tiba-tiba darang seorang pembantu ke arah aku . Aku lihat makcik Milah yang menjaga aku selama 4 tahun . Lama juga dia mengasuh aku dengan aku . Dia jer lag yang sanggup melayan kerenah aku dan adik aku . Suka beri semangat dekat aku semasa aku nak bertolak ker Jepun . Masa tu pun ayah tak menghantar aku . Dia hanya menyuruh beberapa pengawal peribadi dia menghantar aku .

"Cik muda okay tak?" Apabila mendengar soalannya itu . Aku lagi menangis dengan kuat . Seperti kanak-kanak menangis . Aku berada dalam pelukan makcik Milah . Hanya dia seorang faham dengan situasi aku . Aku tidak mampu menahan tangisan aku lagi .

MY WISH ...Where stories live. Discover now