BAB 2

77 3 2
                                    

Sofea Aqilah Pov'

Tepat jam pukul 2 pagi , aku baru selesai mengemop lantai di bahagian dapur iaitu lokasi terakhir aku mengemas rumah . Aku mengeluh panjang , penat . Dari pukul 9 malam sehinggalah sekarang tangan aku senang seluruh anggota badan aku tak berhenti bergerak . Rasanya semua orang dah tidur . Beberapa minit kemudian , seseorang datang ke arah aku . Cepat-cepat aku toleh memandang ke arah orang itu . Rupa-rupanya adik aku , Hafiz . Tak tidur lagi budak ni . Tadi dia nampak aku buat kerja rumah ker ? .

"Akak buat apa dekat sini ? Dah lewat malam kenapa tak tidur lagi ?" Alahai caring giler adik aku sorang ni . Aku hanya balas senyum tawar . Dah penat , senyum pun ikhlas tak ikhlas jer aku bagi dekat adik aku .

        Tapi aku rasa lega sebab adik aku tak nampak tadi aku buat kerja . Kalau tak mesti dia bagi tahu ayah dan keluarga ni akan jadi huru-hara . "Akak minum air ." Sorry Hafiz akak terpaksa tipu .

"Kalau akak minum air , kenapa ada mop dekat tangan akak ni?" Alamak aku terlupa ada mop dekat tangan aku . Alahai macam mana lah aku boleh lupa ni . Kenapalah kau ni cemerkap sangat . Adik kau pun lagi pandai dari pada kau . Tergagap-gagap aku nak menjawab pertanyaan adik aku . Otak aku dah blank . Tak mampu untuk berfikir lagi .

Tiba-tiba , terlintas satu cadangan dalam kepala otak aku ni . Tapi tak tahu lah dia percaya ker tak . Cuba .

"Tadi masa akak nak minum air ada ternampak lipas itu yang aku pegang mop nak halau dia ." tidak lama kemudian , adik aku hanya balas dengan anggukkan . Kau tengok , cadangan aku sungguh bernas . Jadi , sesiapa dalam situasi macam guna lah cadangan ni . Kalau tak nak , sudah .

Adik aku mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu . Dah kenapa dengan budak ni? . Dia datang dekat menghampiri aku . Sedikit demi sedikit dia menari lengan baju aku .

"Akak jom tidur , dah lama akak tak nyanyi lagu untuk Hafiz ." Alololo . Sian adik aku ni . Tidak membuangkan masa aku letak mop yang aku pegang itu kedalam tandas yang berdekatan dengan dapur . Aku mengerling jam tangan aku . 02:17 pagi . Dah lewat malam ni kenapa adik aku tak tidur lagi . Adakah dia tunggu aku?

Dalam perjalanan baik tangga , aku siap berborak dengan Hafiz . Selangkah dan selangkah kami berjalan masuk ke bilik . Mengambil masa 5minit juga lah nak sampai ke destinasi .

Aku buka kan pintu dan biarkan adik aku menghempas badannya ke atas katil . Kemudian aku berjalan ke arahnya . Cantik juga bilik adik aku ni . Pandai dia hias patung-patung yang ada dalam bilik dia . Jeles aku . Aku menyelimutkan adik aku yang sedang baring menantikan nyanyianku . Apabila aku sudah sedia , aku menarik nafas dalam-dalam .

Aku menyanyi lagu 'Open Arms' iaitu lagu kegemaran ibu aku sebab lagu ni ayah selalu nyanyi semasa hari ulang tahun mereka dan hari lahir ibu . Tak adalah berapa sedap macam arwah ibu aku nyanyi semasa aku nak tidur . Suara yang merdu bagi anak-anak ialah ibu kerana dengan suara ibu boleh menyejukkan hati . Tapi aku dah tak dapat dengar suara merdu tu sebab ibu pun dah tinggalkan aku lama dah . Untuk menghilangkan rasa sedih dan rindu aku kepada ibu caranya mengingati lagu ini . Memang susah nak hilangkan rindu tu tapi dengan banyak beristighfar hilang lah jugak , sedikit .

Lihat mata adik aku semakin lama semakin layu . Beberapa minit kemudian , dia terlelap juga . Aku lihat jam yang digantung di bilik Hafiz itu tepat pada pukul 3 pagi . Badan aku pun dah letih , apa lagi pergi bilik aku dan terus baring . Bersihkan badan pun aku dah tak mampu . Tiba-tiba rasa tak boleh tidur .

Tak tahu nak buat apa , aku pun buka laci dan ambil sebungkus kotak kacil . Nampaknya loket yang ibu bagi masih selamat ada dalam kotak ni . Aku tenung loket itu dan menggenggam di dalam tapak tangan ku . Lama kemudian , aku mula di buai dengan mimpi ngeri yang selama ni selalu berlaku kepadaku .

^_^

Adriane Zafriee Pov'

BETULKAN tali leher dan berlari anak turun tangga . Mummy tegur aku supaya berhati-hati turun tangga tapi aku abaikan sebab aku dah lambat nak pergi sekolah . Ini semua salah adik aku sorang kena melayan dia tengok wayang dan lah tempah tikit pukul 12 pagi . Nasib lah hari lahir dia kalau tak memang tak lah aku nak tengok .

Curi roti yang tersedia atas meja dapur dan terus pecut pergi kereta . Driver aku hantar , macam biasa . Ayah dah lama ada dekat dalam kereta tunggu anak katanya .

        Tidak lama kemudian aku tiba di sekolah . Aku menyuruh pemandu ayah aku hantar aku sehingga ke dalam sekolah sebab ramai budak perempuan menunggu aku di pagar .

        Selepas bersalaman dengan daddy , aku pun kelaur dari perut kereta dan berlari ke kelas . Jumpa kawan aku , Irwan terus jalan bersama-sama sehinggalah tiba di kelas . Tak sempat aku nak jejak ke kelas , aku dan Irwan di serbu oleh budak perempuan . Tapi kebanyakan serbu dekat aku lah .

Irwan gelak sinih . Setelah kami mengambil semua hadiah yang di beri oleh 'peminat' , kami terus masuk ke kelas Irwan tak habis-habis lagi gelak kan aku . Muka aku hanya cool jer .

"Hahahaha ... apa susah sangat , ambil jer lah dah orang bagi ." Tersekat-sekat dia cakap dekat aku .

"Memanglah aku nak ambik tapi kalau setiap hari lah macam ni aku jadi rimas kut ." Aku pun melabuhkan punggung dan letak beg di sisi meja aku .

"Susah lah macam ni kalau kau layan diaorang macam tu kau tak akan dapat girlfriend macam aku . Kau kata nak ada girlfriend ."

Alahai... membebel pulak mamat ni .

"Yalah-yalah ." Malas nak layan . Senang tutup topik ni dan belajar . Tidak lama kemudian guru kelas kami masuk dan membawa keputusan peperiksaan kami . Tak sabarnya aku .

Setelah meberi salam semua pelajar kelas 2 Cemerlang duduk di tempat masing-masing .

"Hari ni cikgu akan memberi tahu kamu semua tentang kedudukan akhir tahun kamu . Pada bulan ni tempat pertama adalah ........" Degup jantung ku berdebar-debar .

        "Adriane Zafriee ." Enam kali berturut-turut aku mendapat tempat pertama . Aku minat dengan belajar dan aku tak berminat nak bercinta macam kawan aku sebelah ni . Tapi banyak mana pun dia bercinta tapi pelajaran dia tak adalah teruk mana . Dia sering dapat tempat kedua .

        Akhirnya , semua orang dapat tahu kedudukan masing-masing . Nampaknya aku dan Irwan tahun depan dapat masuk kelas sama , kelas pertama ! Selesai sahaja memberi tahu , cikgu membenarkan kami membuat apa-apa sahaja tapi tak boleh bising dan tak boleh keluar kelas . Bebas !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 01, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY WISH ...Where stories live. Discover now