Angin malam meniup lembut ke arah wajahku. Aku melihat ke awan yang gelap. Dari tadi aku menunggu kehadiran bintang. Yang selama ini menceriakan hidupku. Yang selama ini menjadi peneman setia hidupku, selain dia. Aku menutup mata. Apa yang baru terjadi pagi tadi, masih tidak dapat aku lupakan begitu sahaja. Sakit. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan aku buat masa ini. Manik- manik jernih aku biarkan sahaja membasahi pipiku.
_____________________________________'Rara?'
Aku menoleh setelah mendengar dia memanggil namaku. Dia memberikan sebuah senyuman yang paling indah, yang pernah aku lihat seumur hidupku.
'Ya, abang? Kenapa senyum senyum macam kera busuk dapat hadiah je?'
Alif ketawa. Lalu dia memelukku dari belakang. Erat.
'Ish sayang ni. Macam tahu tahu je abang tengah happy'
'Of course I know. Abang ni suami Rara kot. So whats the matter sampai senyum lebar sampai telinga ni? Naik pangkat dekat tempat kerja?'
'Kinda.' Dia mencubit hidungku.
'Oh really? Congrats then abang! You deserve it btw. Ye lah, sebab hari hari kerja overtime balik lewat. Penat apa semua, kan?'
Aku membalas kembali senyuman Alif. Sambil mengusap lembut kepalanya.
'Ahahahaha. Thanks sayang. But bukan tu je. There is one more thing. Good news juga'
Alif ni. bagitahu je lah.
Aku membuat muka. Terus makin besar gelak si Alif.
'Ish, sayang ni. Ye lah ye lah abang bagitahu. Abang sebenarnya dapat tiket pergi umrah. Best kan?'
What? Like seriously tu impian aku dari dulu. Untuk jejak kaki dekat kota suci tu. Allhamdulillah, ya Allah.
'Seriuously? Aw abanggggg!'
Aku tidak dapat menahan perasaan gembira aku sekarang. Air mataku laju sahaja mengalir.
Alif menyeka air mataku. Lalu dia pun membiarkan aku dalam dakapannya.
'Alhamdulillah. Rezeki kita kan sayang? Abang dah book cuti dah for kita pergi sana. And abang harap, abang sempatlah pergi sana. Dengan sayang, dengan baby kita yang dalam perut ni'
Alif tersenyum girang. Sambil mengusap lembut perutku.
'Mestilah sempat. Abang jangan lah cakap macam tu. Macam nak pergi jauh je'
Alif memandangku. Sayu. Tiba-tiba dia mendekatkan mukanya ke arah perutku.
'Baby abah, nanti dah keluar, jangan nakal-nakal, ya? Jaga mama elok elok, jadi anak yang solehah. Tau.'
Alif mengalihkan matanya ke arah aku. Satu senyuman yang manis diukir.'Alif.' Satu keluhan berat dilepaskan.
Whats wrong with you? I don't want to lose you,Alif. Never.
Aku menatap sayu muka Alif. Entah kenapa aku merasa sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang bakal terjadi, yang membuatkan aku akan kehilangannya.
'Eh sayang ni, mana ada. Abang cakap je lah. Dont take it too serious, okay?'
Of courselah ambil serious. Dah awak tu husband saya, Alif oi.
'Hm!' Aku meleraikan pelukan Alif. Merajuk.
'Sayang, as long as abang hidup, as long as abang masih bernyawa, abang janji abang akan always ada untuk sayang. Untuk baby abang tu. Untuk kita. Sayang ingat apa yang abang pernah janji dulu, kan?'
'Iya.' Aku mencebik.
Alif hanya menggeleng melihat telatah aku yang kononnya merajuk. Tapi merajuk tu sekejap je, manja tu lebih. Lol
'As long As I love you, Rara, I will pray for you that Allah will protect and take a good care of you, always.'
Alif menarik lembut tanganku. Lalu menggenggamnya dengan erat.
'Abang sayang, Rara. Sangat-sangat'
'Rara pun, abang'
______________________________________
Aku tidak menyangka, itu lah kata-kata terakhir dia buatku. Aku tidak menyangka, itulah saat-saat terakhir aku bersama nya. Dan aku tidak menyangka, itulah kali terakhir aku melihat senyumannya. Aku lap air mataku. Kalau Alif nampak keadaan aku sekarang, mesti dia akan sedih. Aku tidak boleh terus menangis, meratapi pemergian dia. Allah sayangkan dia. Walaupun sukar untuk aku teruskan hidup tanpa dia, namun siapa lah aku untuk menyangkal takdir Allah ini?
'Abang, tenanglah abang di sana. Rara dekat sini, takkan pernah putus doakan abang. And I will never stop loving you. Until my last breath. Just like you did. And I promise to myself that I will take care of our child, sebaik-baiknya. Sebab itu je satu-satunya bukti cinta Rara dekat abang.'
Aku menyusap lembut perutku. Sekali lagi manik-manik jernih mengalir dipipi.
Al-fatihah.
YOU ARE READING
My Peterpan, forever.
Teen FictionPertemuan Alif dengan Rara setelah sekian lama berpisah akhirnya bertemu kebahagiaan. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak kekal lama sehingga pada suatu hari Alif pergi buat selama- lamanya. Namun setelah tragedi itu, perasaan Rara terhadap Alif t...