Tiga

297 11 0
                                    

Jam loceng aku berbunyi. Nyaring. Aku melihat pada jam tersebut, sudah pukul sembilan pagi.

Aku mula melangkah perlahan menuju ke bilik air. Mula membersihkan diri untuk pergi melihat Alif yang masih lagi di hospital.

Sudah hampir dua minggu. Alif masih lagi tidak sedarkan diri. Tidak ada apa apa tanda yang dia akan sedar. Pulih seperti sedia kala. Tapi aku masih tidak berputus harap. Yang Alif akan pulih seperti dulu. Supaya aku boleh melihat kembali senyumannya, yang sekarang aku amat rindui.

-----------------------------------------------------------
Aku menatap muka Alif. Sayu. Mengusap lembut pipinya. Sudah seminggu Alif terlantang seperti ini. Aku melihat alat bantuan pernafasan berada di mulut Alif. Naik, turun dada Alif.

Aku seperti tidak tentu arah. Pelbagai usaha yang aku, keluarga aku, keluarga Alif dan doktor cuba buat untuk keadaan Alif. Tapi satu pun tidak membuahkan hasil. Alif kekal juga seperti ini.

Hati kecil aku merintih. Sakit. Melihat Alif seperti ini. Sudah banyak air mata yang aku keluarkan. Tapi itu masih tidak cukup untuk menutup betapa peritnya hati ini, menempuh dugaan seperti ini.

Lagi lagi membabitkan orang yang aku sayang.

Aku duduk di hujung katil Alif. Muka Alif yang pucat itu masih aku lihat tanpa ada sedikit pun rasa jemu.

'Alif, bangun Alif. Please. Tak kesian dekat Rara ke Alif? Tak kesian dekat ibu, dekat mami? Semua nak Alif balik. Semua nak Alif sihat. Bangunlah. Say something'

Dada Alif berombak.

Sekali lagi air mata aku jatuh. Aku menangis teresak esak di kaki Alif. Tidak tertahan lagi rasa sakit yang ada dalam hati ini.

'Cik Rara? '

Aku lekas mengelap kesan air mata yang ada dipipi. Aku cuba mengukirkan senyuman.

'Ya doktor. Ada apa apa perkembangan tak? '

Doktor hanya mendiamkan diri.

'Puan Alia dimana ya? Dia masih tidak datang? '

Aku menggelengkan kepala. 'Dia tak dapat datang. Tak sihat. Saya kena jaga Alif dekat sini'

'Oh I see.'

Aku memandang doktor dengan penuh harapan. Harap harap yang doktor cuba memberitahu hal yang baik.

Namun, sebaliknya yang terjadi.

'Cik Rara, seperti yang kita sedia maklum, Alif sedang dalam keadaan koma. Sepatutnya, walaupun pesakit dalam keadaan koma, dia masih boleh bernafas tanpa bantuan alat pernafasan tersebut. Tapi.. '

'Tapi apa doktor? Please, teruskan. '

'Tapi, Alif benar benar dalam keadaan yang lemah. Malah, paru parunya tidak boleh untuk menyedut sendiri udara untuk dia bernafas. Sebab itu, dia diberi alat bantuan pernafasan ini. Supaya dia boleh bertahan. Lebih, lama'

Doktor memandangku, sayu. Mungkin dia kasihan melihat aku seperti ini.

'Cik Rara, condition Alif sekarang ni, it is not 50-50 anymore. It just like 80-20 percent, now'

'80-20 percent? means? '

'80% chance for him, to not with us, anymore. And if Alif still gunakan alat bantuan pernafasan ini untuk dia bernafas, lebih dari seminggu, iaitu esok, kemungkinan, dia sudah tidak ada, lagi.'

Ya Allah.

Air mata aku mengalir lagi. Kali ini lebih banyak. Aku menggenggam erat tangan Alif.

My Peterpan, forever. Where stories live. Discover now