All Rights Reserved©
HAKIMI mengambil kerusi roda dan membantu moyangnya duduk di situ. Dia tahu moyangnya tidak suka berpindah dari rumah itu tapi apa boleh buat, dia terpaksa memandangkan tiada siapa lagi yang mahu menjaga moyangnya itu selain dia. Dua orang anaknya masuk dan bermain bola di halaman rumah yang luas.
“Azim! Shima! Pergi tolong kakak. Jangan nak asyik nak bermain aje!’’ marah Adila pada kedua anaknya itu. Keduanya berhenti bermain dan membantu kakaknya mengambil barang untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Hakimi mendorong kerusi roda itu tapi moyangnya mengangkat tangan menyuruhnya berhenti.
“Lukisan dan cincin Tok nek kamu letak dimana?’’ soalnya.
“Ada dengan Farah ni. Dalam kotak ni kan?’’ Farah menunjukan kotak itu. Moyangnya meminta kotak itu dengan segera. Hakimi menggeleng lemah.
“Tok nak buat apa dengan lukisan pelik ni? Dah kimi suruh buang kan?’’ marah Hakimi. Dia sebenarnya tidak berapa suka melihat moyangnya begitu menyayangi barang yang baginya tidak bernilai itu tapi tetap saja tidak merubah pendirian moyangnya.
“Biarlah bang, dah tok jom masuk. Tak elok duduk dekat luar ni nanti masuk angin.’’ Adila mengambil alih mendorong kerusi roda itu dari tangan suaminya. Dia tidak mahu ada sebarang pergaduhan lagi antara dua beranak itu.
Lukisan gambar itu diletakkan di dinding. Azim dan Shima masuk ke bilik moyangnya.
“Lukisan apa itu tok?’’ tanya Azim pelik. Moyangnya tersenyum sambil mengusap gambar lukisan yang sudah buruk itu.
“Itu.. perempuan cantik dan seekor ular.’’ Kata moyangnya tenang. Azim sudah buat muka pelik kerana dia tidak dapat melihat pun ada seekor ular pada lukisan itu. Mungkin benar kata abah, moyangnya sudah nyanyuk.
“Err.. abah ajak tok nek makan. Jomlah.’’ Azim yang berusia 10 tahun itu menarik pergelangan tangan moyangnya.
“Cucu pergi lah dulu, tok nek belum lapar.’’ Balas moyangnya. Azim mengganguk perlahan kemudiannya pergi.
“Azim? Mana tok nek?’’ tanya Hakimi sebaik anak lelaki itu tiba dimeja makan sendirian.
“Tok nek cakap dia tak lapar lagi.’’ Balas Azim lalu duduk di meja makan. Hakimi sudah naik geram dengan sikap moyangnya itu.
“Biar Dila aje nak panggil tok nek.’’ Adila terus melangkah pergi sebelum suaminya telebih dahulu bangun dari tempat duduknya. Adila membuka pintu bilik. Moyangnya duduk melihat ke arah tingkap yang terbuka luas.
“Tok..’’ panggilnya.
“Tok tak mahu makan. Kamu makan lah dulu,’’ kata orang tua itu seakan tahu niat Adila masuk ke biliknya.
“Tok tak suka pindah dengan kami ke sini ke?’’ tanya Adila lalu duduk di atas katil itu. Moyangnya menoleh ke arah isteri cucunya itu. Lembut orangnya. Pandai Hakimi mencari isteri. Kalau dilihat dari jauh, wajah Adila mungkin seiras Kasih. Dia rindukan Kasih. Kalau segalanya boleh diputar, dia tidak akan menyalahkan Melur. Dia mahu terus berada di situ. Biarpun dibenci, dia bahagia.
“Tok.. kenapa ni?’’ Adila menyentuh lembut bahu moyangnya. Dia dapat melihat titisan air mata yang mengalir dipipi moyangnya.
“Tok janganlah menangis, nanti apa pula kata abang Kimi. Tok tahu kan kami sayangkan tok nek, tak mungkin kami sekeluarga nak biarkan tok nek tinggal di rumah lama itu sorang-sorang.’’ Kata Adila cuba menenangkan moyangnya.
***
“Azim, Shima! Tok nek panggil korang.’’ Jerit Farah. Dia membawa mangkuk meggi ke ruang tamu. Shima dan Azim sudah buat muka.
YOU ARE READING
SERI
SpiritualKISAHNYA bermula pada zaman dahulu kala, dimana ada seorang wanita cantik yang bernama Seri terperangkap di sebuah tempat tersembunyi akibat perbuatan orang yang mendendaminya. "Melur, tidakkah engkau suka pada Halim? Tapi aku dengar dia akan dinik...