seri

3.5K 199 1
                                    

Terasa cahaya terang merecik-recik ke permukaan wajahnya. Seri membuka matanya perlahan. ‘di mana ini? adakah aku sudah mati?’ bisiknya sendiri.
“Seri? Bangun Seri..’’ panggil suara itu. Seri mendengar dengan jelas suara itu. Itu suara Kasih. Dia membuka matanya. Benarlah, ada Kasih di situ.. dan ada Jebat juga.
“Kasih?’’ Seri mengerutkan dahi. Kepalanya terasa sakit.
“Mujur kau tidak apa-apa. Jebat yang selamatkan kau. Kenapa kau ke hutan? Bukankah aku sudah memberi amaran pada kau. Kau sungguh degil. Mujur tidak dimakan ular.’’ Marah Kasih.
“Baiklah, Kasih. Dia sudah selamat. Aku pulang dulu.’’ Jebat meminta diri untuk pergi. Kasih hanya mengganguk dengan senyuman.

Kini, sudah dua hari berlalu. Seri masih belum mengucapkan terima kasih kepada Jebat kerana telah menyelamatkan dia malam itu. Tapi dia tidak menemukan Jebat pada hari itu seperti biasanya. Kata Kasih, Jebat akan selalu datang setiap petang untuk melihatnya. Tapi kenapa hari ini dan hari-hari sebelumnya dia tidak dapat menemui Jebat lagi.
“Kasih? Kemana Jebat? Aku ingin menemuinya.’’ Tanya Seri sewaktu Kasih sedang menjemur pakaian di ampaian. Kasih berhenti seketika.
“Aku juga tidak tahu Seri. Barangkali, Jebat sudah tidak sukakan aku lagi. Sebab itu dia tidak datang.’’ Kata Kasih. Selesai dia menyidai kain, dia terus masuk. Seri mengikutnya.
“Di manakah aku boleh berjumpa dengannya? Aku ingin mengucapkan terima kasihku pada dia. Aku berasa berhutang budi dengannya, Kasih.’’ Kata Seri lagi. Kasih diam seketika.
“Aku tahu, Jebat hanya selalu ke hutan mencari akar kayu, dan juga menangkap ikan di sungai. Dia jarang ada di rumah.’’ Beritahu Kasih lagi. Seri duduk di tangga itu. Jadi, dia harus menunggu saja kehadiran Jebat atau mencarinya?

“Aku mahu menemani kau kalau kau mahu menemuinya.’’kata Kasih pula. Seri tersenyum sambil mengganguk. Hari itu mereka keluar bersama. Sewaktu mahu masuk ke dalam hutan itu, Kasih memegang tangannya dengan membaca ayat.
“Apa yang kau baca tadi?’’ tanya Seri ingin tahu.
“Pelindung. Untuk masuk ke hutan ini, kau perlu pelindung. Baru kau tidak akan diganggu oleh siluman ular.’’ Kata Kasih lalu melangkah. Seri masih berdiri di situ.
“Seri, apa kau tunggu di situ? Ayuhlah.’’ Panggil Kasih. Seri mengganguk lalu melangkah pergi. Benar kata Kasih, dia dapat menemui Jebat di sungai sedang menangkap ikan.

Agak lama berbual di situ. Jebat meminta sesuatu kepadanya. Seri melihat pandangan Jebat hanya memandang Kasih yang sedang bermain air dihujung sana.
“Apa yang kau ingin katakan, Jebat?’’ tanya Seri.
“Kau pernah kata, kau tidak mahu melihat Halim kecewa seperti aku. Sejak dari itu, aku mula sukakan kau. Aku pertaruhkan nyawa aku selamatkan kau dari ular itu.’’ Kata Jebat. Seri memandangnya lama.
“Apa yang cuba katakan Jebat?’’ Seri sudah mula meninggi suara.
“Aku mahu nikahi kau Seri.’’ Balas Jebat tenang. seri sudah bangun dari batu itu.
“Apa yang kau minta itu sungguh mustahil. aku tidak akan bernikah dengan sesiapa pun kerana aku menyintai Halim. Aku tahu kau telah selamatkan aku, tapi itu bukan bererti kau boleh minta sesuka hati kau untuk memiliki aku.’’ marah Seri. Cukup dia terluka dengan permintaan dan kata-kata Jebat. Dia memanggil Kasih untuk segera pulang.

Sejak dari hari itu, Seri sudah tidak mahu menemui Jebat lagi. Dia sudah menerima kenyataan untuk tinggal di kampung itu. Dia sudah mula cuba untuk bergaul dengan orang-orang lain di kampung itu. Hari itu, dia ke pekan bersama Merah.
“Atan, kau lihat perempuan bersama Merah. Siapa itu?’’ tanya Kamal kepada Atan.
“Oh, itu orang asing yang mereka jumpa di hutan. Namanya Seri.’’ Kata Atan pula. Kamal memandangnya lama.
“Sungguh cantik peri wajahnya.’’ Kata Kamal lantas berlalu ingin mendekati mereka.

“Hai Merah, beli ikan?’’ tanya Kamal sambil memandang Seri.
“Ya. Kau pula?’’ tanya Merah pula. Kamal tidak membalas pertanyaan Merah sebaliknya hanya memandang wajah cantik milik Seri. Dia begitu terpukau dengan kecantikan Seri.
“Kamal, kami pulang dulu lah ya.’’ Kata Merah menarik Seri untuk segera pergi.
“Siapa dia? Aku tidak suka dia.’’ Kata Seri. Dia sungguh tidak suka pada tatapan lelaki itu tadi. Memandangnya dari atas bawah. Sungguh menakutkan.
“Aku juga tidak suka padanya. Tapi dia tunang kak Kasih. Jadi, aku kenalah berbuat baik dengan dia.’’ Kata Merah membuatkan Seri terkejut.
“Lelaki seperti dia? Tunang Kasih? Dari sudut mana ibumu berkenan pada dia? Sungguh biadap orangnya.’’ Kata Seri bagaikan tidak percaya.
“Benar kata kau Seri. Aku lebih suka kalau Kasih bersama Jebat. Abang Jebat lagi baik dari Kamal. Sungguh beruntung siapa yang akan dinikahi olehnya.’’ Kata Merah. Seri teringatkan akan lamaran Jebat kepadanya tempoh hari. Dia menggeleng kepalanya. Dia mahu menghapuskan ingatan itu dari kepalanya.

“Kenapa Seri?’’ tanya Merah.
“Kalau kau diberi pilihan, kau mahu menikahi Jebat?’’ tanya Seri. Merah diam.
“Kenapa? Jebat melamar kau ya?’’ duga Merah. Kali ini Seri pula yang terdiam.

“Jadi benar? Dia melamar kau?’’ tanya Merah lagi. Seri akhirnya mengganguk. Merah memegang bahunya bagaikan tidak percaya.
“Sungguh? Kau setuju bukan?’’
“Tidak. Aku menolaknya.’’ Kata Seri. Merah bagaikan tidak percaya.

“Kenapa kau tolak? Kau masih berharap untuk kembali ke tempat asal kau? Lupakan saja Seri. Tidak ada jalan untuk keluar dari sini. Kau hanya menunggu sesuatu yang mustahil berlaku.’’ Kata Merah lagi. Namun, sedikit pun tidak merubahkan pendirian Seri. Dia percaya bahawa ada orang yang akan menyelamatkan dia.
“Merah, janji pada aku kalau kau tidak akan memberitahu Kasih mengenai hal ini. aku tidak mahu Kasih terluka.’’ Kata Seri lagi. Merah hanya mengganguk. Mereka meneruskan perjalanan pulang.

Kamal yang memasang telinga mencuri dengar perbualan itu membuatkan dia berang. “Kurang ajar si Jebat! Mahu merebut Seri si cantik rupawan itu dari aku,’’ marahnya.
“Gila sungguh kau, bukankah kau sudah bertunang dengan Kasih? Dulu, masa si Jebat bercinta dengan Kasih, kau beria-ria mahukan dia. Sekarang, kau mahukan Seri pula?’’ kata Atan. Kamal mendengus kecil.
“Ahh..! aku tidak peduli. Sekarang, aku sudah jatuh cinta pada Seri. Tahulah aku memburukan Jebat didepan Seri nanti.’’ Kata Kamal dengan yakinnya.

Pada keesokan harinya Seri pergi sendirian ke pekan, dan sewaktu perjalanan pulang, dia diganggu oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali.
“Apa kau mahu?’’ marah Seri sebaik langkahnya dihalang. Kamal datang di situ dan menghalau lelaki itu.
“Kau tidak apa-apa , Seri?’’ tanya Kamal yang ingin cuba berbicara dengan Seri.
“Aku baik-baik saja, ke tepi aku mahu pulang.’’ Seri mahu melangkah. Rambutnya disentuh oleh Kamal sewaktu dia cuba melintasinya.
“Ahh.. sungguh wangi rambutmu..’’ kata Kamal. Seri berasa begitu marah lalu ingin pergi tapi sekali lagi Kamal menahannya.

“Apa kau mahu, hah? Ke tepi, jangan ganggu aku!’’ marah Seri. Sedikit pun tidak membuat Kamal menjauhinya. Tapi lelaki itu lebih berani menyentuh pipinya. Dengan pantas ditepis oleh Seri.
“Garang.. aku suka perempuan cantik yang garang seperti kau.’’ Ujarnya. Seri menampar pipinya kuat.
“Sungguh biadap kau!’’ marah Seri. Kamal menyentuh pipinya yang terasa pedih. Kuat sungguh tamparan itu membuatkan dia semakin mahukan Seri. Baru saja tangannya ingin menyentuh Seri, tapi dihalang oleh sesorang.
“Agh! Siapa pula yang..’’ dia melihat Jebat di situ.
“Jangan berani kau sentuh dia.’’ Tegas kata-kata Jebat. Kamal merentap tangan itu.

“Kau siapa? Tidak sedar diri. Sudah ditolak, pergilah berambus. Dah orang tak suka.’’ Sindir Kamal sambil ketawa kuat.
“Kau memang tak guna Kamal. Kau merebut Kasih dari aku. kau buruk-burukan aku di depan ibu Kasih, sehinggakan dia tunangkan kau dengan Kasih. Sekarang, kau cuba menduakan Kasih dengan cara kotor seperti ini? aku tidak akan memaafkan orang seperti kau..’’ baru saja buku limanya ingin dihalakan ke muka Jebat tapi dihalang oleh Seri.
“Sudahlah Jebat! Jangan dilayan orang seperti dia. Huru hara nantinya.’’ Halang Seri. Jebat menghentikan perbuatannya. Seri menariknya untuk pergi.
“Seri, kau tunggu pinangan aku. aku lepaskan Kasih untuk kau Jebat. Kau ambillah dia semula. Seri tunggu aku ya sayang..’’ jerit Kamal.
“Bermimpilah kau Kamal. Sekalipun aku bernikah, orangnya bukan kau. Aku lebih rela memilih Jebat dari orang seperti kau!’’ balas Seri pula. Jebat yang mendengarnya terdiam seketika. ‘benarkah Seri… ?benarkah kau akan memilih aku?’ dia berbisik dalam hatinya bagaikan tidak percaya.

“Arghh! Tak guna kau Jebat!’’ marah Kamal. 

SERIWhere stories live. Discover now