1

164 9 0
                                    

Rindu

Rindu .... itu yang aku rasa saat ini. Setiap kali aku nampak kau aktif di aplikasi WhatsApp aku ingin sangat-sangat untuk menegur dan menaipkan sesuatu, tetapi saat kau tersedar aku sedang menaip kau lenyap... lenyap begitu saja.

Kau tak pernah mengerti kut, bertapa terderanya perasaan dan jiwa ini. Tetapi aku tahu setiap kali kau akan baca juga kiriman whatsApp dariku .... Bukti kau sudah buka dan membaca apa yang aku titipkan buatmu. Ya kau tinggalkan tanda biru!

Manakan aku dapat ganti seorang lagi persis kamu. Sehingga aku jadi gila jika kau tidak menyapaku lewat WhatsApp. Tutur katamu, ucapan cintamu lewat emoticon love....taipan kemas text I Love You untukku.

Sesekali kau luahkan sayang padaku. Sangat-sangat menyayangi diriku. Betapa airmata ku sentiasa jatuh setiap kali aku merindui mu.

Ahhh kenangan itu datang lagi. Buat aku terus lemah tak bermaya.

Kini kau sudah pergi. Tanpa pamit tanpa ucapan selamat tinggal. Sebagaimana kau datang tanpa ku undang suatu ketika dahulu, kini kau pergi tanpa kata-kata akhir buatku.

Aku belajar melupakanmu. Belajar menerima hakikat bahawa cinta tidak mungkin memiliki. Apatah lagi adanya jurang yang maha besar yang sudah tercipta didepan kita.

Sebuah cinta terlarang, cinta terkutuk oleh tuhan dan semua manusia. Relakah aku diaibkan oleh nafsu semata untuk kepuasan yang sementara?

Tanda noktah, aku juga harus senyapkan diri.

SETH  [Edited] ✔Where stories live. Discover now